[Video] Pakar Kongsi Cara Didik Anak Lelaki Kawal Nafsu Termasuk Keinginan Seksual
Pakar Pendidikan dan Sosial, Dr Jasem Al Mutawa, mendidik anak lelakinya mengawal nafsu makanan dan kewangan sekaligus dapat mengawal keinginan seksual.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa lumrah seorang manusia untuk mempunyai keinginan dan nafsu terhadap sesuatu perkara, termasuklah yang bersifat seksual.
Pun begitu, sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran, menjadi tanggungjawab setiap dari kita untuk mengawal keinginan agar tidak melampaui batas.
Bagi anak-anak, ibu bapalah yang diberi amanah untuk mendidik mereka agar bijak mengawal keinginan dan nafsu.
Baca Artikel Berkaitan: Uyaina Kongsi Pengalaman Individu Kena Gangguan Seksual, Seawal 4 & 5 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: Jiran, Guru & Ahli Keluarga Boleh Didakwa Jika Gagal Lapor Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak
Baca Artikel Berkaitan: PDRM Dedah Ada Kanak-kanak Diperdaya Lakukan Seks Dalam Tempoh Sejam Berkenalan
Didik Anak Untuk Kawal Keinginan Ke Atas Makanan
Menerusi hantaran di media sosial, Pakar Pendidikan dan Sosial, Dr Jasem Al Mutawa telah berkongsi kaedah yang dilakukan olehnya dalam melatih anak lelaki bagi mengelakkan daripada melakukan perkara haram berkaitan seksual.
Katanya, dalam menguatkan kawalan ke atas keinginan seksual, beliau mendidik anaknya dengan mengawal keinginan ke atas perkara lain.
Menjadikan makanan sebagai contoh, Dr Jasem berkata anaknya dididik agar mengawal keinginannya terhadap makanan.
“Saya perlu menyabarkannya walaupun ketika dia sedang berlapar. Oleh itu, berpuasa dianggap sebagai salah satu latihan untuk mengawal keinginannya,” jelasnya.
Perkara ini dapat dikaitkan dengan berpuasa sebagai salah satu cara untuk mengawal nafsu.
Pendidikan Kewangan Penting Untuk Ajar Anak Mengawal Nafsu
Selain itu, beliau yang merupakan pengasas Maeen Parenting juga menekankan wang tunai sebagai salah satu keinginan manusia.
Dalam mengawal keinginan tersebut, Dr Jasem mendidik anaknya bagaimana untuk mengurus kewangan. Oleh itu, pendidikan kewangan juga merupakan suatu perkara yang penting.
“Dia tidak boleh bersikap membazir, berbelanja berlebih-lebihan, mahupun kedekut,” katanya.
Katanya, jika beliau berjaya mengawal keinginan anak lelakinya terhadap wang tunai serta keinginan makanan dan khasiat, akan lebih mudah untuk mendidiknya untuk mengawal keinginan seksual. Ini adalah kerana kesemua perkara ini merupakan keinginan.
Puasa Senjata Melawan Hawa Nafsu
Bagi umat Islam, pasti biasa mendengar bahawa berpuasa merupakan salah satu cara bagi mengawal nafsu memandangkan individu ditegah daripada melakukan perbuatan salah.
Seperti sabda Rasulullah SAW, maksudnya, “Puasa adalah perisai (pelindung). Apabila ada seseorang di antara kamu berpuasa, janganlah dia berkata yang kotor dan janganlah dia bertindak bodoh. Jika seseorang mencela atau berbuat buruk kepadanya, katakanlah: ‘Saya sedang berpuasa.'”
Memetik Imam Al-Ghazali pula, “Puasa adalah senjata melawan hawa nafsu dan syaitan. Dengan menahan diri daripada makan dan minum, seseorang membangun ketahanan terhadap godaan syaitan.”
Ibu Bapa Perlu Kawal Penggunaan Gajet Anak-Anak
Dalam masa sama, ibu bapa juga diingatkan agar mengawal penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak agar tidak terdedah dengan kandungan seksual.
Pakar motivasi Akhi Fairuz Al-Jengkawi berpendapat telefon pintar bukanlah satu keperluan buat kanak-kanak.
Walaupun mungkin sesetengah ibu bapa memberi anak telefon pintar untuk tujuan pembelajaran, namun penggunaannya tetap perlu diperhatikan dan dikawal.
“Kita anggap anak dah matang dan senang nak cari bahan pembelajaran padahal belajar sekejap je yang merepek tu banyak. Kita bukan nak prejudis dengan anak, tapi mereka ni perlu dibimbing ke arah penggunaan (telefon) dengan betul,” katanya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: “Terdedah Konten Seksual” – Pakar Anggap Telefon Bukan Satu Keperluan Untuk Pelajar Sekolah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Mak Ayah Boleh Relate, Anak-Anak Kena Serah Gajet Lepas Cuti Sekolah Tamat
Baca Artikel Berkaitan: Nak Elak Beri Gajet Kepada Anak Kecil? Wanita Ini Kongsi 3 Tips Mudah Buat Ibu Bapa
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.