Aiskrim Sebagai ‘Ubat’? Ini Penjelasan Pakar Pediatrik
Pakar Perunding Pediatrik, Dr Nisa Khalil, juga mendedahkan bahawa bukan aiskrim vanila sahaja yang boleh diberi kepada anak ketika tidak sihat.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebagai ibu bapa, sudah tentu timbulnya perasaan gusar apabila anak-anak jatuh sakit.
Kebiasaannya, ketika anak berada dalam keadaan kurang sihat, ibu bapa pasti akan menjaga makan minum mereka dan mengelak daripada memberi makanan yang disifatkan sebagai tidak berkhasiat.
Salah satunya adalah aiskrim yang bersifat sejuk dan dikatakan tidak sesuai dimakan sewaktu sedang demam, selesema dan sebagainya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Perunding Pediatrik Swasta Terima Gaji Hingga RM70K Sebulan Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Jadi Penyakit Kalau Tak Jaga” – Ramai Bimbang Lihat Kanak-kanak 2 Tahun Cecah Berat 26KG
Baca Artikel Berkaitan: Kes HFMD: Ini Simptom Yang Ibu Ayah Kena Tahu
Dr Nisa Berpendapat Aiskrim Boleh Menjadi ‘Ubat’
Pakar Perunding Pediatrik, Dr Nisa Khalil, bagaimanapun berpendapat bahawa aiskrim boleh digunakan sebagai ‘ubat’.
Katanya, walaupun carian di Google mungkin menerangkan sebaliknya, namun sebagai pakar pediatrik, dia berkata aiskrim boleh diberikan kepada anak sewaktu tidak sihat.
“Aiskrim boleh mengurangkan rasa sakit tekak, membantu mereka berhidrasi, dan mungkin satu-satunya benda yang mereka mahu makan ketika sakit.
“Jika ia mendatangkan keselesaan dan menyebabkan mereka tersenyum, saya memanggil itu suatu kemenangan,” katanya.
Aiskrim Dapat Kurangkan Rasa Sakit Tekak
Dr Nisa berkata carian di Google mungkin menyatakan bahawa aiskrim akan membuatkan demam anak menjadi lebih teruk.
Namun menurutnya, aiskrim boleh mengurangkan rasa sakit tekak dan menghidratkan mereka ketika sedang demam.

Selain itu, ramai mungkin percaya bahawa aiskrim akan menyebabkan lebih banyak lendir terhasil dan memburukkan batuk.
Pun begitu, Dr Nisa menerangkan bahawa makanan sejuk boleh membantu untuk mengurangkan kegatalan pada tekak.

Bukan Hanya Aiskrim Vanila Yang Boleh Diberi Pada Anak Sewaktu Tak Sihat
Walaupun terdapat ibu bapa yang membenarkan anak-anak memakan aiskrim ketika tidak sihat, mungkin mereka risau jika makan aiskrim serta-merta setelah mengambil ubat akan menghilangkan kesannya.
Dr Nisa dalam pada itu menerangkan bahawa aiskrim boleh diberi selepas beberapa minit mengambil ubat agar tidak bercampur dengan susu.

Di samping itu, ada juga yang mempercayai hanya aiskrim berperisa vanila yang boleh diberikan kepada anak-anak yang sedang sakit.
Namun Dr Nisa berkata bahawa perkara itu tidak betul, sebaliknya ibu bapa boleh memilih untuk memberi anak-anak aiskrim yang lembut, rendah gula dan bebas tenusu jika perlu.

Semak Bahan Dalam Aiskrim Untuk Elak Alahan
Dalam pada itu, Dr Nisa turut berkongsi beberapa tips buat ibu bapa dalam memberi aiskrim kepada anak-anak.
Katanya, aiskrim sesuai diberikan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai selera makan.
Selain aiskrim, ibu bapa juga boleh memilih untuk memberi makanan lembut lain seperti yogurt dan smoothie.
Dr Nisa juga mengingatkan orang ramai untuk menyemak bahan aiskrim bagi mengelakkan sebarang alahan pada anak-anak.
Jadi, lepas ni ibu ayah bolehlah cuba beri aiskrim pada anak jika mereka tiada selera ketika tidak sihat ya?
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Cuba Makan Aiskrim Vanila Dengan Sambal Nyet, Sedap Ke?
Baca Artikel Berkaitan: “Zayn Malik Suka La Ni” – Inside Scoop Tampil Dengan Aiskrim Perisa Ubat Batuk. Pelik Tapi Benar
Baca Artikel Berkaitan: Hari Kanak-kanak Sedunia: Ini 4 Tips Praktikal Untuk Pertumbuhan & Perkembangan Si Cilik!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.