Now Reading
[Video] Nak Turun Berat Badan Sebelum Raya? Doktor Kongsi Tips Diet Defisit Kalori

[Video] Nak Turun Berat Badan Sebelum Raya? Doktor Kongsi Tips Diet Defisit Kalori

Menurut doktor kesihatan, Dr Qarafi Tee proses pembakaran lemak badan tidak akan begitu ketara sekiranya kalori yang diambil masih tinggi sepanjang bulan Ramadan ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bersempena dengan bulan Ramadan, rata-rata para Muslim menanam azam baru dan ingin mencapai pelbagai benda dalam masa satu bulan ini. Sebagai contoh, meningkatkan amal kebaikan seperti ibadah sunat seperti bersedekah, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, ramai juga mengambil kesempatan untuk menurunkan berat badan sebelum menyambut Syawal.

Pun begitu, segelintir individu masih tewas dan terlalu ikutkan nafsu. Kadang-kadang perut tu tidaklah begitu lapar, tetapi disebabkan rambang mata melihat makanan lazat di depan mata, habis semuanya ‘disapu’.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara

Baca Artikel Berkaitan: Hilang 6 KG dalam 7 Hari, Wanita Ini Kongsi Cara Diet ‘General Motor’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Hilang 20KG” – Perjalanan Rutin Diet Khairul Aming Jadi Inspirasi Orang Ramai

Doktor Kongsi Kaedah Defisit Kalori Untuk Turun Berat Badan Sebelum Raya

Baru-baru ini, tular hantaran di laman TikTok (@qarafitee) menyaksikan pakar kesihatan, Dr Qarafi Tee berkongsi tips-tips buat mereka yang mahu mengurangkan berat badan sebelum tiba sambutan Aidilfitri nanti.

“Bila korang tengok video aku ni, sebenarnya korang tengah membakar lemak tau sama ada korang bercakap, bernafas atau sebagainya.

“Dan bila korang berpuasa pulak, itu juga boleh tolong korang untuk kurus. Cumanya bila korang dah membakar (lemak) ni, korang akan makan yang membuatkan ia akan jadi tolak tambah (tidak ketara) sama sahaja,” kata Dr Qarafi.

Sumber: Pexels

Berikut adalah beberapa tips yang dikongsikan oleh doktor berkenaan bagi menguruskan badan menggunakan kaedah defisit kalori. Antaranya:

#1. Kawal Jumlah Hidangan Diambil Semasa Berbuka & Sahur

Yang pertama sekali adalah memanfaatkan bulan puasa sepenuhnya. Dengan erti kata mudah, bulan barakah ini telah memberi peluang kepada individu untuk mengawal jumlah pengambilan makanan dalam sehari memandangkan umat Islam akan berpuasa sepanjang waktu siang.

Oleh disebabkan itu, Dr Qarafi menasihati orang ramai untuk mengambil satu hidangan sahaja semasa berbuka puasa dan juga waktu sahur.

Sumber: Pexels
#2. Elak Makan Moreh

Anda juga tidak digalakkan untuk menyertai aktiviti moreh atau dalam erti kata lain makan lewat malam. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), moreh sudah menjadi budaya umat Islam di Malaysia di mana mereka akan menjamah makanan dan minuman selepas habis solat tarawih.

Bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak sedar bahawa moreh ini boleh memberi pelbagai kesan buruk jika tidak dikawal.

Antara makanan yang selalu diambil ketika moreh ini adalah kuih-muih, sate, makanan berat yang bergoreng, burger, ayam goreng, bubur dan banyak lagi.

Sumber: Tiny Pockets/Pexels

Pengabaian aspek pemilihan makanan semasa moreh boleh menyebabkan kenaikan berat badan, kitaran tidur terganggu, kerap ke tandas di tengah malam serta ketidakhadaman dan pedih ulu hati.

Dalam pada itu, sesetengah juadah moreh yang tinggi dengan kalori juga boleh menambahkan berat badan meskipun anda sudah mengawal waktu makan semasa berbuka dan sahur.

#3. Elak Ambil Makanan & Minuman Manis

Seterusnya adalah dengan tidak mengambil makanan dan minuman manis. Maklumlah, apabila bulan berpuasa ni memang ramai di antara kita yang akan tergugat dengan minuman-minuman dijual di bazar Ramadan. Kadangkala, minum pun sampai tak ingat dunia.

Sumber: Facebook

“Kalau korang boleh teruskan momentum macam ni, insya-Allah boleh kurangkan berat mungkin sampai 8 kilogram,” kata beliau.

Jika mahukan penurunan yang lebih ekstrem, anda boleh mempraktikkan teknik puasa OMAD (one meal a day) dalam diet.

Sumber: X (Twitter)

“Contohnya, kalau korang biasa sahur setiap hari, kali ni korang sahur juga tapi gantikan sahur korang tu dengan air kosong. Kiranya dapat juga keberkatan (sahur) pagi tu tapi gantikan dengan 0 kalori.

“Bila hari-hari kau bakar (lemak) tetapi pengambilan kalori tu sedikit, ia menyebabkan kau akan turun berat badan dengan lebih cepat sehinggakan boleh turun lebih 10kg,” tambah Dr Qarafi di akhir perkongsian.

@qarafitee TIPS SEMPAT KURUS SEBELUM RAYA MELALUI CALORIE DEFICIT #drqarafitee #fyp #tipskurussebelumraya ♬ original sound – Dr Qarafi Tee

Tonton video penuh [DI SINI].

Kevin Zahari Dedah 5 Tips Mudah Turun 5kg Di Bulan Ramadan

Sebelum ini, seorang jurulatih kecergasan, Kevin Zahri juga ada berkongsi beberapa tips yang boleh dilakukan oleh semua untuk menurunkan berat sebanyak 5 kilogram.

Antaranya:

  • Bersahur dengan makan protein dan fiber kerana ia boleh mampu mengenyangkan anda dalam jangka masa lama
  • Minum air kosong secukupnya
  • Lakukan senaman seperti brisk walk, badminton secara santai, joging perlahan dan pastikan dagar degupan jantung dalam lingkungan 115 hingga 125 degupan untuk tempoh seminit.
  • Berhenti makan sebelum kenyang
  • Mendapatkan tidur yang mencukupi

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kevin Zahari Dedah 5 Tips Mudah Untuk Turun 5kg Bulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: Nak Bersenam Ketika Bulan Puasa? Ini 3 Waktu Yang Sesuai Untuk Anda

Baca Artikel Berkaitan: Berjaya Hilang 16KG Dalam Masa 6 Bulan, Lelaki Kongsi Tips Turunkan Berat Badan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd