Ini Senarai Masjid Berhampiran MRT, LRT & Monorel Sekitar Lembah Klang Untuk Berbuka Puasa
Antara masjid yang terletak berhampiran dengan stesen rel ialah Masjid Negara, Masjid Kampung Baru Jamek dan Masjid Asy-Syakirin KLCC.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setibanya di bulan Ramadan, rata-rata umat Islam pasti membanjiri masjid bagi tujuan memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini.
Dalam masa sama, ada juga yang akan berbuka puasa di masjid agar lebih mudah untuk terus menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, sebelum disambung dengan solat Isyak dan sunat tarawih.
Namun bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, sudah tentu perlu menggunakan pengangkutan awam, termasuk pengangkutan rel seperti MRT dan LRT.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Review 7 Masjid Sekitar Lembah Klang Untuk Solat Tarawih. 1 Hari 1 Masjid!
Baca Artikel Berkaitan: Masjid Putra Nilai Tawar Khidmat Asuhan Anak Sepanjang Ramadan, Siap Ada Soopa Doopa!
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Masjid Wilayah Persekutuan Sedia Khidmat Jaga Anak Ketika Solat Tarawih
29 Masjid & Surau Berdekatan Stesen Rel Di Lembah Klang
MediaSelangor menerusi akaun TikTok telah berkongsi senarai 29 masjid dan surau yang berdekatan dengan stesen MRT, LRT dan Monorel di sekitar Lembah Klang.
Menerusi hantaran tersebut, kesemua masjid dan surau berkenaan menyediakan jamuan berbuka puasa bagi para jemaah.
Berikut merupakan senarai masjid dan surau serta stesen pengangkutan rel terdekat:
MRT Laluan Putrajaya
- Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh – Pintu A Stesen MRT Sungai Buloh
- Surau Al-Islah Ad-Diniyah – Pintu B Stesen MRT Kepong Baru
- Masjid Abu Hurairah Kampung Batu – Pintu A Stesen MRT Kampung Baru melalui jejantas ke Jalan Kampung Baru
- Masjid Balai Islam (Bulatan Pahang) – Pintu B Stesen MRT Titiwangsa
- Surau Tabung Haji – Pintu B Stesen MRT Ampang Park
- Masjid Asy-Syakirin – Pintu C Stesen MRT Persiaran KLCC
- Masjid Jamek Ibnu Khaldun – Pintu C Stesen MRT Sungai Besi
- Masjid Al-Islah Serdang Raya – Pintu A Stesen MRT Serdang Raya Utara
- Surau Al-Munawwarah Seri Kembangan – Pintu A Stesen MRT Taman Equine

MRT Laluan Kajang
- Masjid Negara – Stesen MRT Pasar Seni melalui jejantas ke KTM Kuala Lumpur
- Masjid Jamek Alam Shah – Pintu A Stesen MRT Cochrane
- Masjid Al-Sultan Abdullah – Pintu B Stesen MRT Merdeka
- Masjid Kariah Batu 10 Cheras – Pintu B Stesen MRT Sri Raya
- Surau Al-Falah – Stesen MRT Bukit Dukung melalui jejantas Park ‘N Ride
- Masjid India Kajang – Pintu A Stesen MRT Kajang
Monorel Laluan KL
- Masjid Al Bukhary – 240 meter dari Monorel Hang Tuah
- Surau IPD Dang Wangi (Masjid Besar) – 450 meter dari Monorel Medan Tuanku
- Masjid Jamek Pakistan – 220 meter dari Monorel Chow Kit

LRT Laluan Kelana Jaya
- Masjid Aminah Al-Muhairi – 300 meter dari LRT Taman Bahagia
- Masjid Al-Akram Datuk Keramat – 350 meter dari LRT Dato Keramat
- Surau Al Muhajirin PPR Lembah Subang – 350 meter dari LRT Ara Damansara
- Masjid Asy-Syakirin KLCC – 500 meter dari LRT KLCC
- Masjid Darul Ehsan Subang Jaya – 550 meter dari LRT SS15
- Masjid Kampung Baru Jamek – 600 meter dari LRT Kampung Baru
- Masjid Al-Falah USJ 9 – 450 meter dari LRT Taipan
- Masjid Sultan Abdul Samad Jamek – 250 meter dari LRT Masjid Jamek
- Masjid Al-Madaniah – 650 meter dari LRT USJ 21
- Masjid ar-Rahan – 650 meter dari LRT Kerinchi
- Masjid Putra Heights – 650 meter dari LRT Putra Heights


Orang Ramai Kongsi Beberapa Surau/ Masjid Lain Berhampiran LRT & MRT
Senarai surau dan masjid yang berhampiran dengan stesen LRT, MRT dan Monorel ini sememangnya memudahkan mereka yang sentiasa menggunakan perkhidmatan rel.
Selain itu, orang ramai juga boleh memilih untuk menaiki pengangkutan awam ke masjid agar tidak bersesak dalam trafik dan boleh berehat lebih lama sementara menunggu waktu beribadah.
Di samping masjid dan surau yang disenaraikan di atas, orang ramai turut berkongsi beberapa rumah Allah SWT lain yang terletak berhampiran dengan stesen rel. Antaranya adalah:
- Masjid Zaid bin Thabit – LRT Bandar Tasik Selatan
- Masjid Jamiul Huda – LRT Ampang
- Masjid Salahuddin Al Ayyubi – LRT Taman Melati
- Masjid Al Najihin – LRT Salak Selatan
- Surau al-Firdaus Seri Kembangan – MRT Serdang Jaya
- Masjid Amaniah Kepong – MRT Metro Prima
- Masjid Abu Hurairah – MRT Kampung Batu
- Masjid Saujana Impian – MRT Sungai Jernih
- Masjid Jamek Pekan Kajang – MRT Stadium Kajang
Untuk info, semua perkhidmatan rel yang dikendalikan oleh Prasarana beroperasi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari. Oleh itu tiada masalah jika anda ingin beriktikaf dahulu di masjid selepas selesai menunaikan solat sunat tarawih sebelum pulang ke rumah.

10 Masjid Cantik Di Seluruh Malaysia Yang Boleh Dikunjungi
Selain surau dan masjid berhampiran stesen pengangkutan awam, anda juga mungkin ingin ‘masjid hopping’ ke rumah ibadah agama Islam yang cantik.
Kami sebelum ini telah berkongsi 10 masjid yang cantik di seluruh Malaysia dengan seni binanya tersendiri yang memukau iaitu:
- Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.
- Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah.
- Masjid Razaleigh, Kelantan.
- Masjid Selat Melaka.
- Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
- Masjid Tunku Azizah Iskandar, Bentong, Pahang.
- Masjid Damansara Perdana, Selangor.
- Masjid Muhammadiah, Taman Tasek Jaya, Ipoh, Perak.
- Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
- Masjid Terapung Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Memang banyak sebenarnya rumah Allah SWT yang cantik di Malaysia ni. Jadi marilah kita beramai-ramai mengimarahkan masjid di bulan yang mulia ini demi mengumpul ganjaran pahala yang lebih banyak.
Baca Artikel Berkaitan: Masjid Sri Sendayan, Damansara Perdana, Selat Melaka & 7 Lagi Masjid Yang Cantik Sekitar Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Bukan Untuk Budak Je” – Masjid Di Kedah Dengan ‘Indoor Theme Park’ Buat Ramai Teruja
Baca Artikel Berkaitan: Rasulullah SAW Larang Perbuatan Mengambil Tempat Duduk Orang Lain Ketika Di Masjid
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.