Now Reading
Tak Sempat Mandi Wajib Sebelum Masuk Waktu Subuh, Sah Ke Puasa?

Tak Sempat Mandi Wajib Sebelum Masuk Waktu Subuh, Sah Ke Puasa?

Segelintir individu tidak berpuasa kerana tidak sempat mandi wajib sebelum masuk waktu Subuh meskipun yakin badan sudah suci daripada haid misalnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, berpuasa merupakan ibadah wajib yang perlu ditunaikan buat setiap mereka yang bergelar Muslim.

Namun begitu, Islam memberi kelonggaran untuk tidak berpuasa kepada sesetengah golongan atas sebab tertentu. Sebagai contoh kaum Hawa yang didatangi haid. Mereka boleh menyambung semula ibadah itu selepas yakin sudah suci daripada hadas besar.

Bagaimanapun, masih ramai yang beranggapan bahawa mereka perlu mandi wajib terlebih dahulu sebelum berpuasa.

Oleh disebabkan itu, segelintir individu bertindak untuk tidak berpuasa dan menyebabkannya perlu mengganti puasa tersebut kerana tidak sempat menyucikan diri dengan mandi wajib.

Baca Artikel Berkaitan: UAI Perjelas Hukum Puasa Jika Sedar Darah Haid Selepas Waktu Berbuka

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Puasa 3 Bulan Berturut Dari Rejab Hingga Ramadan? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: Bangun Sahur Dikira ‘Niat’ Puasa Ke? Ini Penjelasan Seorang Ustaz

Dr Kamilin Perjelas Hukum Berpuasa Walau Belum Mandi Wajib

Sebelum ini, Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, Dr Kamilin Jamilin menerusi satu hantaran video di akaun TikTok miliknya ada berkongsi tentang hukum jika seseorang berpuasa mesikpun tidak sempat menyucikan diri iaitu mandi wajib sebelum masuknya azan Subuh.

Menurut Dr Kamilin, golongan wanita yang sudah suci daripada haid tetapi tidak sempat mandi wajib sebelum Subuh dibolehkan untuk berpuasa.

Puasa mereka adalah sah dengan syarat individu itu sudah berniat untuk berpuasa selepas sahaja putus haid dan dia yakin sudah suci.

“Kalau dah masuk Subuh tapi dia masih ragu-ragu dia dah suci ke belum maka hukumnya berbalik kepada yang asal iaitu dia belum lagi bersuci. Jadi dia kena ganti (puasa pada) hari tersebut,” kata beliau.

PERINGATAN: Mandi wajib adalah syarat sah solat dan untuk menyentuh al-Quran tetapi bukannya syarat sah berpuasa.

Sumber: Pexels

Nabi SAW Juga Pernah Berpuasa Dalam Keadaan Berjunub

Jelas Dr Kamilin lagi, isteri Nabi SAW, Aisyah dan Um Salamah RA sendiri pernah bercerita bahawa Nabi Muhammad SAW pernah berjunub sampai masuk waktu Subuh dan baru mandi kemudian Baginda solat serta berpuasa.

Untuk info, berjunub adalah orang yang tidak suci disebabkan keluarnya air mani atau bersetubuh.

“Jadi kalau tak sempat mandi wajib masa dah masuk Subuh tak ada masalah selagi mana kalau orang haid dia dah suci daripada haid dan orang yang berjunub ni dia tak buatlah asbab ketika Subuh tu yang boleh membatalkan puasa dia seperti perhubungan suami isteri,” ujar Dr Kamilin.

Reaksi Warganet Dengar Penjelasan Dr Kamilin

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkata mereka baru sahaja tahu mengenai hulukm seseorang berpuasa walaupun tidak sempat mandi wajib.

Ramai juga berterima kasih kepada Dr Kamilin atas ilmu dan pencerahan yang dikongsikan mengenai soal berpuasa itu.

Sumber: TikTok (@drkamilinjamilin)

Hukum Lambat-lambatkan Mandi Wajib Ketika Berpuasa

Meskipun para Muslim dibolehkan untuk berpuasa tanpa sempat mandi wajib namun adalah digalakkan agar tidak melengah-lengahkannya.

Hal ini kerana perbuatan melambatkan mandi wajib adalah makruh.

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sunat bersegera untuk mandi wajib sebelum terbitnya fajar dan dalilnya seperti yang disebut dalam kitab Bulugh al-Maram, daripada Saidatina Aisyah R.anha:

أَنَّ اَلنَّبِيَّ – صلى اللّه عليه وسلم -كَانَ يُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ جِمَاعٍ, ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW pernah bangun pagi dalam keadaan berjunub akibat jimak (pada malamnya), lalu Baginda mandi (wajib) dan (meneruskan) berpuasa.

Baca Artikel Berkaitan: Bolehkah Pesakit Gastrik Tidak Berpuasa? Ini Penjelasan UAI


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd