Now Reading
Lampu DRL Dan Fog Lamp, Bila Anda Perlu Guna?

Lampu DRL Dan Fog Lamp, Bila Anda Perlu Guna?

Ramai pemandu masih keliru tentang waktu yang sesuai untuk hidupkan ‘Fog Lamp’ dan ‘Day Running Light’ (DRL) di jalan raya. Sini kami jelaskan!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pernah tak anda terfikir, kenapa ada pemandu guna ‘fog lamp’ waktu cuaca terang? Penyalahgunaan lampu ini boleh buat pemandu lain silau.

Day Running Light (DRL) pula bukan hanya direka untuk menjadi aksesori semata-mata. Ia dicipta untuk meningkatkan keterlihatan sesebuah kenderaan pada waktu siang tanpa mengganggu pemandu lain.

Ramai masih keliru dengan bila masa yang sesuai untuk hidupkan kedua-dua lampu ini sesuai dengan penggunaannya. Apa yang anda perlu tahu? Kami ada jawapannya!

Lampu Kabus atau ‘Fog Lamp’ Bukan Direka Untuk Sekadar Gaya

Sumber: Zikry/TRP

Lampu kabus (fog lamp) depan dan belakang direka khas untuk kegunaan dalam keadaan cuaca yang buruk seperti kabus tebal, hujan lebat, atau salji.

Tapi, jangan salah guna! Lampu kabus seharusnya hanya dihidupkan dalam keadaan penglihatan yang terhad sahaja. Jika cuaca jelas, tinggalkan lampu kabus anda dalam keadaan mati.

Day Running Light (DRL), Peningkatan Keselamatan Tanpa Ganggu

Lampu DRL merupakan lampu yang sepatutnya hanya digunakan pada siang hari untuk meningkatkan keterlihatan kenderaan anda tanpa mengganggu pemandu lain.

DRL ini direka dengan pengcahayaan lebih lemah berbanding lampu utama dan bukannya untuk menerangi jalan, tetapi untuk memberi amaran kepada pemandu lain yang anda berada di situ.

Pengubahsuaian Yang Tidak Dianggap Salah, Tetapi Mengganggu Pemandu Lain

Ada pula kes seperti pemandu sengaja hantar kereta ke kedai aksesori untuk tambah wayar ‘bypass’ bagi mewujudkan pilihan menghidupkan lampu DRL mereka secara manual atau 24 jam.

Sudah semestinya lampu yang kelihatan malap di siang hari akan terlihat terang dan silau pada waktu malam.

Sumber: TikTok

Jika difikir secara logik, sesuailah dengan namanya ‘DAY Running Light’. Jadi sudah tentulah penggunaannya terhad pada waktu siang sahaja.

DRL pada kereta-kereta yang lebih moden kebiasaannya sudah didatangi dengan ‘sensor’ peka cahayanya sendiri. Lampu akan terpadam bila tiada lagi cahaya matahari yang dikesan, dan menyala di situasi sebaliknya.

Jika kereta anda sudah didatangi dengan fungsi tersebut, janganlah ‘gatal tangan’ pergi ‘bypass’ dan ganti fungsi pengaktifan lampu tersebut secara manual.

Waktu Sesuai Gunakan DRL Dan Lampu Kabus (Fog Lamp)

Kadang-kadang, ramai yang keliru mengenai bila masa yang tepat untuk menghidupkan Fog Lamp atau DRL.

Jika cuaca baik, biarkan Fog Lamp dalam keadaan mati. Hanya gunakannya ketika visibiliti terhad. Baru betul fungsinya.

Sebaliknya, untuk DRL, biarkan ia terpasang semasa memandu di siang hari kerana ia meningkatkan keselamatan anda tanpa perlu mengganggu sesiapa.

Bagi mereka yang mempunya fungsi pengaktifan DRL menggunakan ‘sensor’ peka cahaya, anda tidak perlu lakukan apa-apa kerana sistem elektronik kereta akan jalankan tugas tersebut. Mudah bukan?

Jadi, pastikan anda tahu bila dan bagaimana untuk gunakan kedua-dua lampu ini dengan betul. Keputusan yang bijak di jalan raya bukan sahaja untuk keselamatan anda, tapi juga pemandu lain.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd