[Video] Ini 7 Tips Untuk Bantu Anak Mudah Hafal Quran, Yang Last Paling Banyak Buat Salah
Antara tips yang dikongsi untuk bantu anak mudah hafal surah adalah ulang sebutan berkali-kali dan beri peluang mereka habis ucapkan ayat Quran sendiri sebelum membetulkan sebarang kesalahan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap umat Islam perlulah belajar membaca Al-Quran agar dapat sentiasa mengaji dan menerima syafaatnya di akhirat kelak.
Malah, pentingnya menghafal surah al-Quran, terutamanya al-Fatihah, untuk mengucapkannya ketika dalam solat.
Selain belajar mengaji dengan guru, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memulakan langkah pertama untuk menggalakkan anak-anak mula membaca al-Quran.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dilatih Sejak Lahir, Bayi Ini Boleh Sambung Bacaan Surah Lazim Al-Quran
Baca Artikel Berkaitan: Remaja Autisme Ini Hafal 30 Juzuk al-Quran Dalam Masa 18 Bulan Sahaja
Baca Artikel Berkaitan: [Video] TikToker Ajak Orang Awam Sambung Ayat al-Quran Untuk Dapat RM50
Cikgu Tadika Kongsi 7 Tips Ajar Anak Hafal Quran
Baru-baru ini, seorang cikgu tadika berkongsi menerusi akaun TikTok (@nurul_ok_onn) beberapa tips bagi membantu kanak-kanak agar menghafal surah al-Quran dengan cepat.
Dia telah berkongsi perkara itu setelah menerima soalan daripada pengguna lain tentang bagaimana untuk membantu anak murid menghafal surah-surah pendek.
Berikut adalah 7 tips yang dinyatakan olehnya:
#1. Potong ayat menjadi pendek
Apabila menyebut ayat untuk diulang oleh anak, jangan bacakan ayat yang penuh. Sebaliknya potong menjadi bahagian yang pendek agar lebih mudah diingati.
Menerusi video, kedengaran guru terbabit sedang mengajar surah al-Insyirah kepada murid-muridnya dan memotongkan ayat pertama menjadi pendek.
Sebagai contoh, ayat pertama surah: أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Dipotong menjadi نَشْ ,أَلَمْ dan رَحْ sebelum disambung menjadi أَلَمْ نَشْرَحْ.
#2. Lakukan pergerakan tangan agar mudah diingat
Selain itu, dia juga melakukan pergerakan tangan mengikut sebutan bagi membantu murid melihat secara visual.
Ketika menyebut رَحْ, dia membuat pergerakan seolah-olah mengibas lidah yang kepedasan bagi menegaskan huruf حْ.
Perkara ini secara tidak langsung dapat mengajar murid huruf yang digunakan bagi mengeja sebutan bahasa Arab berkenaan.

#3. Beri pujian berkali-kali
Kanak-kanak pasti akan berasa gembira apabila dipuji atas kerja keras dan usaha mereka.
Cikgu tadika itu sering menyebutkan “Very good!” apabila murid-murid mengulang semula ayat yang diajar olehnya.
Kedengaran juga murid-murid lain turut memuji sesama mereka. Comel!
#4. Buat sentuhan fizikal yang selamat
Di samping itu, cikgu itu berkata guru boleh memberi ‘reward’ pada anak murid dalam bentuk sentuhan fizikal yang selamat seperti peluk, cium dan gosok.
Dapat dilihat dia beberapa kali memanggil murid ke depan untuk mengucapkan semula ayat yang diajar olehnya.
Sambil kanak-kanak terbabit menyebut ayat al-Quran, dia dilihat menggosok-gosok belah belakang badan.

#5. Menghafal dalam keadaan santai dan bermain
Yang penting, apabila mengajar kanak-kanak untuk menghafal surah al-Quran, lakukan dalam keadaan santai dan bermain.
Jangan buat secara terlalu tegas kerana mereka hanyalah kanak-kanak yang baru mula belajar.
#6. Ulang sebutan sama berkali-kali
Apabila mengajar sesuatu pada anak, kita pasti akan melakukannya berkali-kali agar mereka boleh ingat. Perkara sama juga perlu diterapkan ketika mengajar hafazan surah al-Quran.
Sebagai contoh, ulang potongan ayat yang sama sehingga mereka boleh mengingatinya dan menyebut kembali dengan betul.

#7. Beri peluang dan masa untuk anak ucapkan ayat Quran
Sewaktu sedang belajar, kita tidak akan lari daripada melakukan kesalahan, apatah lagi bagi kanak-kanak kecil.
Oleh itu, ketika mereka sedang menyebut ayat al-Quran, jangan terus tegur jika terdapat kesalahan.
Sebaliknya biarkan mereka menghabiskan ayat tersebut terlebih dahulu, kemudian barulah tunjukkan kesilapan dan memperbetulkannya sebelum meminta mereka mengulang semula ayat sama.
Namun guru berkenaan menegaskan agar bacaan kanak-kanak diperbetulkan tanpa berkata sebuatan mereka salah.
@nurul_ok_onn Replying to @just_me”Ra” semoga membantu #bacaquran #hafalquran #tipsforparents #parents #tegasbukankejam #bukanustazah #cikgutadika #preschool #preschoolteacher #littlecaliphs #childabuseawareness
♬ original sound – -D@y@HKecik- – -D@y@HKecik-
Tonton video penuh [DI SINI].
Jangan Bandingkan Anak Apabila Ajar Quran
Di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak diajar menghafal ayat al-Quran seawal usia lima tahun apabila mula menjejakkan kaki ke alam prasekolah.
Namun pendakwah Nouman Ali Khan berkata sesetengah kanak-kanak kecil lebih mahu banyak bermain, jadi mereka tidak harus dipaksa untuk mempelajari al-Quran.
“Jangan bandingkan satu anak dengan anak yang lain, terutamanya berkaitan al-Quran,” jelasnya.
Katanya, tindakan sedemikian boleh menyebabkan anak-anak rasa tidak gemar pada agama.
Baca Artikel Berkaitan: Tips Mudah Khatam Al-Quran 30 Juzuk Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Dunia Dapat, Akhirat Pun Dapat” – Tindakan Pakcik Ini Baca Al-Quran Tunggu Lampu Isyarat Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: 2 Pelancong Jepun Peluk Islam Lepas Jatuh Cinta Dengar Alunan Ayat Al-quran Di Masjid Negara
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.