[Video] Kevin Zahari Dedah 5 Tips Mudah Untuk Turun 5kg Bulan Ramadan
Salah satu perkara yang perlu dititikberatkan adalah korang perlu menjaga waktu tidur agar tidak menyebabkan badan stres serta mengundang kepada nafsu makan menjadi teruk.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak lama sahaja lagi seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia dan melakukan ibadah berpuasa.
Setiap kali tibanya bulan puasa ada yang mengatakan ia bukan sahaja bulan yang penuh dengan keberkatan tetapi ibadah berpuasa juga boleh mengajar seseorang erti pengorbanan, kesabaran dan banyak lagi.
Dalam melakukan ibadah berpuasa pasti ramai di antara anda juga ingin mengambil peluang ini untuk menurunkan berat badan. Tak dinafikan ramai yang merasakan puasa merupakan salah satu cara untuk melakukan diet tanpa rasa terseksa.
Yelah di hari raya nanti mestilah nak pakai baju raya cantik-cantik bila dah kurus.
Baru-baru ini seorang jurulatih kecergasan, Kevin Zahri telah berkongsi beberapa tips yang boleh dilakukan oleh semua untuk menurunkan berat sebanyak 5 kilogram.
Wow 5 kilogram ni banyak juga yang boleh diturunkan dalam tempoh masa sebulan. Confirm hari raya nanti ramai yang tanya korang apa rahsia boleh kurus. Tanpa berlengah jom kami kongsikan tips menarik ini.
#1 Bersahur dengan makan protein dan fiber

Sahur merupakan perkara yang sangat penting untuk semua, malah Allah SWT juga memberikan ganjaran pahala bagi sesiapa yang melakukannya.
Tak dinafikan ramai yang sukar nak bangun sahur memandangkan korang perlu bangun di awal pagi.
Namun jika korang mahu menurunkan berat badan adalah baik sekiranya bersahur dengan mengambil protein serta fiber. Ini kerana dua nutrisi ini mampu mengenyangkan serta dapat mengelakkan seseorang dari makan secara berlebihan ketika bersahur.
Contoh protein adalah ayam, ikan, telur manakala fiber pula seperti sayur, oats, roti coklat (brown bread) dan nasi daripada beras perang.
#2 Minum air dengan cukup

Tak dinafikan berpuasa sewaktu siang hari membuatkan kita sukar untuk minum dan menyebabkan air dalam badan berkurangan.
Namun jika anda ingin menurunkan berat badan air merupakan perkara yang paling penting untuk dititik beratkan.
Oleh itu, sebaik sahaja berbuka sehingga sahur pastikan korang minum air kosong yang cukup. Bukan air manis ya tetapi air kosong.
Air yang kurang dalam badan boleh membuatkan anda mencipta nafsu makan yang palsu.
#3 Senaman

Mesti ada yang mula mengeluh apabila nak kena bersenam di bulan Ramadan ni kan? Yelah siang puasa dan lapar adakalanya rasa tak larat nak bersenam.
Namun usah bimbang, korang tidak perlu untuk melakukan senaman yang berat sehingga membuatkan korang hilang tenaga.
Sebaliknya buat senaman yang berintensiti rendah, waktu yang terbaik untuk membuat senaman ini adalah sebelum berbuka puasa.
Jelas Kevin Zahari waktu sebelum berbuka puasa merupakan waktu terbaik untuk membakar lemak dalam keadaan badan tidak mempunyai glukosa.
Sebagai contoh antara senaman yang boleh dibuat seperti brisk walk, badminton secara santai, jogging secara berlahan dan pastikan dagar degupan jantung dalam lingkungan 115 hingga 125 degupan untuk tempoh seminit.
Semua aktiviti ini boleh dilakukan 30 minit sebelum berbuka puasa.
#4 Berhenti makan sebelum berbuka

Waktu berbuka merupakan waktu yang dinantikan oleh setiap individu, yelah sudah seharian korang berpuasa menahan lapar dan dahaga mestilah nak makan kan.
Nampak pula ada lauk kegemaran lagilah buatkan korang tak sabar, korang sebenarnya boleh makan apa sahaja yang diinginkan asalkan ia makanan sihat.
Namun dalam masa sama perlu juga kawal aktiviti makan agar tidak makan secara berlebihan. Perkara yang baik untuk dilakukan adalah berhenti makan sebelum kenyang.
Apa sahaja makanan yang diambil perlu berpada-pada.
#5 Tidur yang mencukupi

Jika ingin menurunkan berat badan, korang perlu menjaga waktu tidur meskipun mempunyai pelbagai ibadah sunat yang ingin dilakukan.
Ini kerana tidur yang kurang akan menyebabkan badan menjadi stres dan menyebabkan nafsu makan korang menjadi-jadi.
Jadi usah biarkan nafsu mengawal diri korang yang nak turunkan berat badan sempena Ramadan ni.
Malah nafsu makan yang datang akan buatkan korang sukar untuk mengawal jumlah pengambilan makanan. Oleh itu, pastikan korang mempunyai tidur yang cukup sepanjang bulan puasa ni.
Harap korang dapat turunkan berat badan sempena bulan Ramadan ni dan tampil cantik serta handsome di pagi raya.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â