Ramadan 2025: Ini Tips Simpan Kurma Untuk Tahan Lebih Lama Sepanjang Bulan Puasa
Buah kurma yang salah cara penyimpanannya akan mudah rosak. Kami kongsikan beberapa tips menyimpan buah kurma agar tahan lebih lama.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali Ramadan tiba, kurma menjadi hidangan wajib ketika sahur dan berbuka. Bukan sahaja sudah menjadi tradisi, malahan ia merupakan sunnah nabi.
Kurma memang mudah didapati di mana-mana, tetapi memandangkan harganya yang semakin meningkat, amat penting untuk kita pastikan ia disimpan dengan baik supaya tidak membazir dan kekal segar.
Namun, ramai yang kurang memberi perhatian kepada cara penyimpanan yang betul. Jadi, kami kongsikan beberapa tips mudah untuk memastikan kurma tahan lebih lama.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 8 Jenis Kurma Dipercayai Dari Israel. Boikot Selagi Boleh!
Baca Artikel Berkaitan: Kurma Israel: Akui Terlepas Pandang, Syarikat Matahari Mohon Maaf
Baca Artikel Berkaitan: Nak Bangun Sahur Dengan Mudah? Ini Tips Penting Untuk Korang
Kenali Keadaan Kurma Sebelum Membeli

Sebelum memikirkan cara penyimpanan, pastikan kurma yang dibeli dalam keadaan baik. Kurma yang sudah rosak tidak boleh diselamatkan walau dengan apa cara penyimpanan sekalipun.
- Kurma Tidak Berbau Masam – Cara paling mudah untuk mengenal pasti kurma yang masih elok adalah dengan menghidu baunya. Jika ia mengeluarkan bau masam, elakkan daripada membelinya.
- Tekstur Keras & Kenyal – Kurma yang berkualiti mempunyai tekstur yang kenyal, walaupun kulitnya berkedut. Isi buahnya juga padat dan tidak terlalu kering. Jika terdapat kristal gula di permukaan kulit, kurma itu mungkin sudah kurang bermutu.
Cara Penyimpanan Kurma Agar Bertahan Lama
Kurma tidak memerlukan cara penyimpanan yang rumit. cuma cara yang betul boleh memastikan ia tahan lebih lama. Antaranya:
- Gunakan Bekas Kedap Udara – Menyimpan kurma dalam bekas kedap udara membantu mengekalkan kesegarannya. Jangan biarkan ia hanya dalam kotak asal kerana ia terdedah kepada udara dan kelembapan.
- Simpan Dalam Peti Sejuk – Suhu sejuk membantu menghalang pertumbuhan mikroorganisma, menjadikan kurma lebih tahan lama. Penyimpanan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dapat mengekalkan kesegarannya sepanjang bulan Ramadan.
Resepi Berasaskan Kurma Untuk Sahur & Berbuka
Jika anda bosan makan kurma begitu sahaja, anda juga boleh cuba pelbagaikannya dengan resepi menarik berasaskan kurma. Bukan sahaja lebih enak, tetapi juga dapat memberikan tenaga dan khasiat yang berpanjangan untuk berpuasa.
Sini kami kongsikan beberapa resepi pencuci mulut berasaskan buah kurma. Antara resepinya ialah:
#1. Cucur Kurma

Bahan-Bahan Diperlukan
- 10 – 15 biji kurma (mengikut citarasa)
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar gula
- 1/4 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh yis
- 1 & 1/2 cawan air suam
Cara Penyediaan
- Potong kurma menjadi kepingan kecil. Anda boleh merendamnya semalaman atau selama beberapa jam untuk melembutkannya.
- Masukkan kurma ke dalam mangkuk bersama-sama semua bahan dan gaul rata.
- Goreng dalam minyak panas menggunakan sudu untuk membentuk adunan dengan lebih seragam.
Tonton video penuh [DI SINI].
#2. Puding Kurma

Bahan-Bahan Diperlukan
- 1 cawan kurma tanpa biji
- 2 cawan santan
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- Secubit garam
- 2 helai daun pandan
Cara Penyediaan
- Gaulkan semua bahan dengan teliti.
- Tapis campuran tersebut untuk membuang semua ketulan.
- Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit.
- Boleh dihidangkan panas atau sejuk.
#3. Susu Kocak Perisa Kurma

Bahan-Bahan Diperlukan
- 1 cawan bijirin
- 1 cawan susu segar
- 4 – 5 biji kurma
- 1 cawan air
- 1 pisang (ikut citarasa)
Cara Penyediaan
- Rendam bijirin dalam secawan susu dan kurma dalam secawan air
- Biar semalaman di dalam peti sejuk.
- Keesokan paginya, kisar kedua-duanya hingga sebati menggunakan pengisar.
- Untuk rasa yang lebih manis, tambahkan pisang mengikut cita rasa.
- Jika mahu lebih segar, boleh juga tambah ais untuk dijadikan minuman ais batu kisar.
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: KLCC Tampil Dengan Menu Buka Puasa ‘Tradisi Semarak Rasa’ Sempena Ramadan 2023
Baca Artikel Berkaitan: ‘Power Nap’, Makanan Seimbang & 5 Lagi Tips Belajar Buat Murid Ketika Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kevin Zahari Dedah 5 Tips Mudah Untuk Turun 5kg Bulan Ramadan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.