[Video] Ini Cara Yang Betul Simpan Berus Gigi Untuk Elak Terkena ‘Renjisan’ Najis
Menurut kajian, pelbagai kotoran dalam tandas termasuk najis dan bakteria akan dilepaskan ke udara jika penutup tandas tidak diturunkan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memberus gigi merupakan salah satu amalan kebersihan asas yang wajib dipraktikkan oleh setiap orang. Manakan tidak, jika terdapat kerosakan pada gigi, ia boleh memberi kesan pada bahagian lain tubuh badan termasuk jantung dan otak.
Biasanya berus gigi akan diletakkan di dalam cawan di bahagian sinki bilik air. Ada juga yang menggunakan penutup khas bagi berus gigi.
Namun penjelasan oleh doktor ini mengenai tempat yang betul untuk menyimpan berus gigi pasti akan membuatkan orang ramai berasa geli-geleman!
Baca Artikel Berkaitan: PHM Dedah Masalah Gusi Boleh Tingkatkan Risiko Sakit Jantung, Hati-hati!
Baca Artikel Berkaitan: Adakah Berus Gigi ‘Soft Bristle’ Lebih Baik Untuk Membersihkan Gigi?
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Ini Kongsi Kuantiti Ubat Gigi Perlu Diambil Setiap Individu
Tak Turunkan Penutup Tandas Sebelum Pam Akan Sebarkan Bakteria & Najis
Seorang doktor perubatan yang bertugas di Singapura, Dr Samuel Choudhury, telah menjelaskan mengapa dia tidak meletakkan berus giginya di tempat tertentu di bilik air.
Dia pada mulanya berkongsi video yang menunjukkan apa yang terjadi jika kita mengepam tandas tanpa menurunkan penutupnya.
Ternyata pelbagai kotoran dari dalam tandas akan dilepaskan ke udara, termasuklah najis! Tambah Dr Samuel, perkara ini juga akan melepaskan bakteria seperti E. coli dan C. diff sehingga enam kaki tinggi di udara.
Dalam satu kajian yang dijalankan di sebuah asrama, didapati sebanyak 60% berus gigi mempunyai bahan najis padanya. Eww 🤢
Simpan Berus Gigi Dalam Bekas Tertutup Tingkatkan Beban Bakteria
Mungkin ada yang menggunakan penutup khas bagi melindungi berus gigi kerana merasakan ia adalah lebih bersih.
Namun sebaliknya, Dr Samuel berkongsi bahawa kajian mendapati menyimpan berus gigi di dalam mana-mana bekas tertutup akan meningkatkan beban bakteria.
Perkara ini terjadi kerana bekas yang tertutup akan menjadi persekitaran yang bagus untuk bakteria membiak.

Ini Cara Yang Betul Untuk Simpan Berus Gigi
Jadi macam mana nak simpan berus gigi dengan betul supaya tak terkena ‘renjisan’ najis atau bakteria?
Pertama sekali, Dr Samuel menjelaskan bahawa berus gigi harus disimpan dalam keadaan tegak setiap masa, dan bukan secara berbaring. Ini adalah agar air yang ada pada berus tersebut akan mengalir dengan betul untuk mengelakkan berus kekal lembap.
Dia juga berkata berus gigi perlulah ditukar setiap tiga ke empat bulan sejak mula dipakai.
Jangan lupa untuk menyimpan berus gigi jauh daripada mangkuk tandas dan pastikan agar menurunkan penutup sebelum mengepam tandas.
Tambah Dr Samuel, berus gigi juga perlu disimpan di tempat yang mempunyai pengudaraan bagus agar ia kering. Oleh itu, jangan simpan berus gigi anda di dalam kabinet yang tertutup pula.
Katanya lagi, berus gigi boleh diletakkan di dalam bekas dengan fungsi pensterilan UV atau dicuci menggunakan ubat cuci mulut, namun ia tidaklah mustahak.
Tonton video [DI SINI].
Letak Cecair Pembasmi Kuman Dalam Tangki Tandas & Mangkuk Tandas
Walaupun sebelum ini dipercayai bahawa menurunkan penutup tandas sewaktu mengepam dapat mengelakkan penyebaran bakteria, namun lain pula dapatan dalam satu kajian terbaharu.
Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Infection Control (AJIC) pada tahun 2024 itu mendapati tindakan tersebut tidaklah mengurangkan risiko pencemaran pada permukaan di bilik mandi.
Sebaliknya, para penyelidik merumuskan mungkin penting untuk melakukan proses pembasmian atau mencuci permukaan di bilik air, termasuk di tempat duduk mangkuk tandas dan lantai, bagi mengurangkan pencemaran silang virus.
Menerusi kajian lain, cara yang paling efektif untuk mengurangkan pencemaran ini adalah dengan meletakkan cecair pembasmi kuman ke dalam mangkuk tandas sebelum dipam dan di dalam tangki tandas.
Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Ini 3 Waktu Yang Perlu Anda Elak Untuk Gosok Gigi
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Gigi Pesan Pada Orang Ramai Untuk Jujur Sebelum Mula Prosedur. Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Gigi Perjelas Mitos Cuci Gigi Yang Ramai Salah Faham
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.