[Video] Soo Wincci & Ceddy Kongsi Tips Buat Non-Muslim Yang Ingin Cuba Puasa Tahun Ini, Take Note!
Menurut selebriti popular, Profesor Madya Dr Soo Wincci, adalah penting bagi setiap individu yang berpuasa untuk mengekalkan hidrasi badan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui tidak sampai tempoh sebulan, para Muslim sekali lagi akan bertemu dengan bulan penuh barakah iaitu Ramadan di mana setiap umat Islam akan menunaikan ibadah puasa mereka.
Walaupun bulan ini dikhaskan buat para Muslim, tetapi ramai juga individu bukan Muslim yang menyahut cabaran dan mencuba sendiri pengalaman berpuasa. Antaranya adalah seperti Content Creator, Ceddy Ang.
Lebih mencuri perhatian, Ceddy berkata dia berjaya berpuasa selama 30 hari tanpa ponteng sepanjang Ramadan tahun lalu (2024).
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ceddy Kongsi Pengalaman Pertama Kali Puasa Dengan Sahur 7 Biji Kurma
Baca Artikel Berkaitan: Ceddy Guna Aplikasi Untuk Semak Waktu Azan Jadi Isu, Siap Dilabelkan ‘Pemalas’
Baca Artikel Berkaitan: Gadis Bangsa Cina Teruja Berbuka Puasa Di Putrajaya, Siap Dapat Air Jagung Percuma [Video]
Dr Soo Wincci & Ceddy Kongsi Tips Buat Non-Muslim Yang Ingin Cuba Berpuasa Puasa
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila Ceddy (@ceddyornot) yang ditemani selebriti popular dan juga Miss World Malaysia 2008, Profesor Madya Dr Soo Wincci berkongsi pengalaman mereka berpuasa ketika bulan Ramadan sebelum ini.
Menurut Ceddy dia sudah cuba berpuasa untuk dua tahun manakala Dr Soo Wincci sudah cukup dikenali dengan amalan puasanya pada bulan Ramadan selama 14 tahun.
Baca Artikel Berkaitan: “Syukur Dapat Balik Malaysia Untuk Berpuasa” – Soo Wincci Terus Berpuasa Untuk Tahun Ke-9
Oleh disebabkan pengalaman itu, mereka berdua mahu memberikan sedikit tips berguna buat golongan bukan Muslim di luar sana yang ingin mencuba untuk berpuasa pada tahun ini.
Jelas Ceddy, orang ramai perlu tahu asas mengapa umat Islam perlu berpuasa. Menurutnya, ia telah termaktub dalam al-Quran selain memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh badan manusia.

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula, amalan puasa ini membantu seseorang untuk menghayati kehidupan golongan yang kurang bernasib baik yang terpaksa berlapar dan menahan dahaga.
Dr Soo Wincci turut menyifatkan puasa sebagai intermittent fasting (IF) yang lebih ekstrem. Jelasnya, dia pernah mengalami pitam beberapa kali sewaktu pertama kali berpuasa pada umur 28 tahun.
Tips Berpuasa Oleh Dr Soo Wincci
Berikut kami kongsikan beberapa tips pertama kali puasa yang dikongsikan oleh Dr Soo Wincci:
#1. Berlatih Puasa Seminggu Awal Sebelum Ramadan
Jika anda mahu tepat berpuasa pada Ramadan, adalah dinasihatkan untuk berlatih berpuasa seminggu awal. Ini bagi melatih perut yang tidak biasa kosong sepanjang hari.
Bagi minggu pertama, Dr Soo Wincci tidak mengambil sebarang makanan, tetapi hanya minum air.
“Awak kena kurangkan saiz (hidangan). Tak kan tiba-tiba macam tu (puasa penuh). Badan awak akan terkejut,” katanya.
#2. Elak Makan Makanan Berat Ketika Sahur
Yang kedua adalah elak mengambil begitu banyak makanan sehingga perut senak semasa bersahur. Mengikut pengalaman Dr Soo Wincci, dia selalu mula berasa lapar sekitar jam 3 petang jika makan makanan yang banyak.

#3. Ambil Makanan Bertenaga
Bagi mengekalkan kecergasan badan sewaktu berpuasa, Dr Soo Wincci menyediakan snek bertenaga untuk dijamah sewaktu bersahur. Snek ini juga merupakan resipinya sendiri.
Resipinya adalah dengan mengisar kurma, beberapa jenis kekacang seperti walnut serta badam, biji bijan dan sedikit mentega kacang. Selepas ia hancur dikisar, Dr Soo Wincci akan bentukkannya seperti bebola yang kecil.

Jelasnya, snek ini sesuai buat mereka yang susah berjaga sebelum waktu Subuh untuk sahur dan mereka yang terlampau sibuk bagi sediakan juadah makanan. Bahan-bahan penyediaan juga adalah murah dan sihat.
Tambahnya, kurma sangat membantu kerana ia mempunyai nutrisi yang tinggi seperti magnesium, potasium, fiber dan banyak lagi.
#3. Sediakan Air Bertenaga
Selain itu, anda juga boleh mencuba air bertenaga iaitu kisaran kurma Cina (jujube), kurma biasa, fungus putih, kacang soya, daun pandan dan beberapa kelopak bunga ros.
Menurutnya, bunga ros membantu untuk mengekalkan hidrasi badan. Walaupun ia tidak mengandungi gula, tetapi ia tetap manis.

#4. Onigiri Sihat Untuk Berbuka Puasa
Yang terakhir adalah onigiri yang sihat. Snek ini sesuai untuk diambil sewaktu berbuka puasa buat mereka yang sibuk atau tersangkut dalam trafik sesak.
Onigiri itu tersedia dengan 10 jenis bijirin dan juga kunyit. Ia tidak mempunyai sebarang jenis daging yang membolehkan ia kekal selama seminggu di dalam peti sejuk.
Tips Extra Dari Ceddy
Di bawah ini, kami sertakan pula tips puasa yang dikongsikan oleh Ceddy. Antaranya:
#1. Sahur Dengan Makanan Seimbang
Kata Ceddy, pengambilan makanan yang seimbang ketika bersahur adalah penting bagi mengekalkan tenaga sepanjang sehari berpuasa.
Ceddy juga mengingatkan orang ramai untuk tidak sesekali ponteng sahur agar tidak membebankan badan akibat perut yang kosong.
#2. Makan Kurma Ketika Sahur
Antara jenis makanan mudah yang boleh didapati semasa bulan Ramadan adalah kurma. Oleh disebabkan berasa letih untuk menyediakan makanan berat ketika awal pagi, Ceddy menyediakan air campuran susu oat bersama biji kurma.
Kedua-dua bahan itu dikisar menjadi satu minuman yang mudah untuk diambil.
@ceddyornot Ramadan month is coming!!! Some of you might want to try fasting kan? Boleh je! Let @Dr Soo Wincci ♬ original sound – Ceddy Ang
Tonton video [DI SINI].
Ramai Teruja Dengan Tips Berpuasa Dikongsikan Oleh Dr Soo Wincci & Ceddy
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa teruja dengan tips dan berkata mereka akan cuba untuk Ramadan kali ini.
“Kami adalah Muslim tapi terima kasih untuk tips ni! Sangat membantu. Selamat berpuasa Ceddy,” ujar seorang wanita.
Malah ramai juga memuji Dr Soo Wincci kerana kelihatan awet muda selepas mengamalkan pemakanan yang sihat terutamanya ketika berpuasa.
“Dia mula pada 28 tahun dan sekarang dah 14 tahun puasa. Berapa tahun dia ni? Nampak muda sangat,” ujar seorang lelaki.











Baca Artikel Berkaitan: Demi Hormat Rakan-Rakan Yang Berpuasa, Pelajar Non-Muslim Ini Sanggup ‘Sorok’ Makanan
Baca Artikel Berkaitan: Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda
Baca Artikel Berkaitan: Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan. Paling Penting, Bangun Sahur!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.