Now Reading
[Video] Ini Sebab Kenapa Kena Basahkan Badan Dulu Sebelum Mandi Dalam Kolam Renang

[Video] Ini Sebab Kenapa Kena Basahkan Badan Dulu Sebelum Mandi Dalam Kolam Renang

Kajian mendapati seseorang yang membasahkan badannya sebelum masuk ke dalam kolam dapat mengurangkan 80% hingga 90% kuman pada badan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berenang merupakan salah satu aktiviti riadah yang menjadi pilihan sesetengah individu untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat.

Ada juga segelintir masyarakat yang hanya mahu merendamkan badan di dalam kolam renang untuk menenangkan diri.

Tetapi anda perasan tak, kebanyakan kolam renang akan menyediakan paip ‘shower’ yang diletakkan di kawasan terbuka. Untuk apa ya sebenarnya?

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Tak Ada Privasi Dah” – Penduduk Kondo Dakwa Orang Luar Penuhi Kolam Renang

Baca Artikel Berkaitan: Anak Kecil Lemas Ketika Main Air & Ibu Bapa Tiada Di Sisi. Lelaki Ini Kongsi Situasi Sebenar

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bolehkah Wanita Muslimah Mandi Di Tempat Awam? Ini Jawapannya

Doktor Perjelas Kenapa Pentingnya Untuk Bilas Badan Sebelum Mandi Kolam Renang

Menerusi video dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan bernama Dr Syed Khaliq di laman TikTok miliknya (@drsyedkhaliq), beliau menjelaskan mengapa seseorang itu perlu untuk membilas badan mereka sebelum memasuki kolam renang.

Beliau memaklumkan bahawa setiap tubuh badan manusia mempunyai kuman dan dengan rutin membilas tubuh badan sebelum ‘terjun’ ke dalam kolam renang adalah bertujuan untuk mengelakkan kuman tersebut daripada merebak kepada orang lain.

Sumber: BuzzFeed

Jelas beliau lagi, jenis pemakaian juga memainkan peranan bagi melindungi daripada dijangkiti kuman.

“Kalau diikutkan kita kena pakai baju yang jenis kain lycra, bukan kain cotton (kapas) sebab kuman pada baju cotton akan lebih senang diserap,” ujar Dr Syed Khaliq.

Lebih membimbangkan lagi apabila ada sesetengah pihak yang terus mandi di dalam kolam renang dengan baju yang dipakai ketika berjalan-jalan merata tempat.

Sumber: Pexels

Situasi ini secara tidak langsung telah mendatangkan risiko di mana kuman-kuman pada pakaian kita itu merebak dan membiak di dalam kolam.

“Kalau kepekatan klorin dalam kolam renang itu sudah mula berkurang, kuman boleh membiak dan merebak kepada orang lain,” katanya.

Dr Syed Khaliq menjelaskan bahawa kajian mendapati seseorang yang membilas badannya sebelum masuk ke dalam kolam dapat mengurangkan 80% hingga 90% kuman pada badan kita.

Ramai Rupanya Yang Baru Tahu!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat memaklumkan perkongsian daripada doktor tersebut merupakan satu ilmu baharu buat mereka.

Malah, pendedahan itu juga telah berjaya merungkai persoalan dalam minda sesetengah pihak yang selama ini terfikir mengapa ada paip ‘shower’ di tepi kolam renang.

Selain itu, mereka juga baru mengetahui kenapa kebanyakan kolam renang meminta pengunjungnya memakai pakaian jenis bergetah den bukannya kain ‘cotton’.

“Akhirnya persoalan saya terjawab kenapa jangan pakai baju seluar cotton masuk kolam, terima kasih Dr,” ujar pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@drsyedkhaliq)

Kenapa Perlu Untuk Patuhi Etika Pemakaian Di Kolam Renang?

Apabila mandi di kolam renang di tempat terbuka, kita perlulah mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan di mana kebiasaannya mereka akan meminta pengunjung untuk mengenakan baju jenis kain Spandex atau Lycra.

Malah, orang ramai juga tidak boleh memakai baju yang terlampu seksi dan mendedahkan bahagian badan yang tidak sepatutnya.

Selain itu, kepekatan klorin yang tinggi dalam kolam renang juga boleh mengakibatkan baju jenis kain ‘cotton’ mudah untuk luntur warnanya jika dipakai di dalam kolam renang.

Bukan setakat warna luntur, benang pada pakaian juga lagi mudah tercabut dan boleh menyebabkan penapis kolam tersumbat. Ia secara tidak langsung akan membuatkan air kolam akan menjadi keruh.

Baca Artikel Berkaitan: 4 Taman Tema Air Di Selangor Ini Memang Lejen. Jom Bawa Keluarga!

Baca Artikel Berkaitan: Taman Tema Air Waktu Malam? SplashMania Jadi Lokasi Pertama Di Selangor, Barulah ‘Adventurous’!

Baca Artikel Berkaitan: Wet World Pedas Bakal Berwajah Baru? Ramai Teruja & Imbau Kenangan Lama Di Taman Tema Air Ini [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd