Now Reading
[Video] Tak Perasan Kad TNG Kurang Baki? Ini Cara Untuk Lepas Tol Tanpa Perlu Tambah Nilai Saat Akhir

[Video] Tak Perasan Kad TNG Kurang Baki? Ini Cara Untuk Lepas Tol Tanpa Perlu Tambah Nilai Saat Akhir

Kemudahan SOS Balance ini akan diaktifkan secara automatik secara percuma kepada pengguna setia Touch ‘n Go eWallet.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila berada di tol, mesti akan ada pelbagai jenis ragam dilakukan oleh pengguna jalan raya. Kita yang tengok pun pening kepala.

Antara aksi yang sering terjadi adalah pemandu dan penunggang motosikal mengekori rapat atau ‘tailgate’ kenderaan di hadapan bagi melepasi palang tol.

Itu belum kira mereka yang dilihat sengaja merosakkan palang tol selepas mendapati baki kad Touch ‘n Go (TNG) mereka tidak mempunyai baki mencukupi.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Patahkan Palang Tol Di Sunway Sebab Kad Touch ‘n Go Tak Cukup Baki

Baca Artikel Berkaitan: “Sengaja Cari Pasal” – Sekumpulan Rider Didakwa Patahkan Palang Tol Bikin Netizen ‘Panas Hati’

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Proton X50 Ditahan Ketika Operasi, ‘Kantoi’ Tak Bayar Tol RM57.50

Ini Cara Untuk Melepasi Tol Jika Tak Perasan Baki Kad Touch ‘n Go Tidak Mencukupi

Tidak dinafikan memang kadangkala kita terlepas pandang untuk melihat baki pada kad TNG sehinggalah sudah tiba di tol. Nak tambah nilai pada saat akhir pula agak ‘renyah’.

Baru-baru ini, sebuah akaun di laman TikTok (@ecentral.my) telah berkongsi cara-cara untuk melepasi tol sekiranya baki kad TNG anda tidak mencukupi. Yang penting kena ada aplikasi Touch ‘n Go di dalam telefon.

Sumber: Wiser

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan:

  1. Masuk ke dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
  2. Cari gambar ikon kereta warna kuning di bahagian atas sekali.
  3. Kemudian anda akan dibawa ke bahagian SOS Balance.
  4. Anda anda mendapat notis ‘Ready to use’ sekiranya layak menikmati kemudahan SOS Balance ini.

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan secara automatik secara percuma kepada pengguna setia TNG eWallet. Tak perlu daftar pun.

Pengguna juga akan menerima notifikasi dari TNG eWallet yang meminta anda untuk melangsaikan tunggakan bayaran tol dalam tempoh 24 jam.

Sumber: Touch ‘n Go

Tapi macam mana pula kalau ciri SOS Balance ini tidak diaktifkan atau tertera sebagai ‘Unavailable’? Ini apa yang anda perlu buat iaitu:

  • Selesaikan kesemua tunggakan pembayaran mengikut tempoh ditetapkan.
  • Menambah wang ke dalam eWallet dengan lebih kerap.
  • Menggunakan TNG eWallet secara aktif.

Kemudahan SOS Balance ini yang baru sahaja dilancarkan pada 24 Januari lalu boleh digunakan di lebuh raya yang menyokong Touch ‘n Go RFID atau PayDirect.

Berikut adalah senarai lebuh raya yang boleh menggunakan khidmat SOS Balance:

Sumber: Touch ‘n Go
Sumber: Touch ‘n Go

Ini Cara Untuk ‘Refund’ Baki Jika Kad Touch ‘n Go Hilang

Menerusi laman web Touch ‘n Go, anda boleh mendapatkan semula wang sekiranya kad TNG anda hilang. Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Klik pada bahagian ‘Refund’ di bahagian kiri portal.
  2. Kemudian klik pula pada submenu ‘Refund Request’.
  3. Klik pada satu daripada tiga pilihan ‘Refund Request’.
  4. Masukkan nombor siri kad.

Bagi permohonan pemulangan semula baki ini, terdapat tiga pilihan yang disediakan iaitu:

  • Card Termination
  • Missing Value
  • Overcharged – Penalty

Bagi mereka yang mahu mendapatkan semula baki wang sekiranya berlaku kehilangan kad, boleh klik pada ‘Card Termination’.

Anda akan diminta untuk mengisi nombor siri kad dan memilih salah satu sebab, antaranya:

  • Lost
  • Voluntary Termination
  • Stolen
  • Dormant
  • Bad Chips/ Faulty
  • Expired Cards
Sumber: Soya Cincau

Langkah seterusnya adalah dengan memilih jenis pemindahan wang yang mahu digunakan iaitu sama ada ke akaun bank, DuitNow atau dompet digital TnG.

Selepas selesai, klik setuju pada perjanjian yang dinyatakan dan tekan ‘Submit’.

Permohonan anda akan diproses oleh pihak Touch ‘n Go sehingga tempoh 14 hari dan wang akan dikembalikan tidak melebihi tempoh 30 hari dari tarikh permohonan.

Baca Artikel Berkaitan: Kad Touch ‘n Go Hilang? Ini Cara Dapatkan ‘Refund’ Baki Wang Dalam Kad Anda

Baca Artikel Berkaitan: Cantik! Ini Antara Kad, Charm & Tag RFID Keluaran Touch ‘n Go Yang Patut Korang Miliki

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Cari Lelaki Sanggup Berhenti & Bantu Tap Kad Touch ‘n Go Kerana Nak Balas Budi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd