Wanita Kongsi Kebaikan Beri Mentega Pada Bayi Selepas Usia 6 Bulan
Antara kebaikan mentega bagi bayi adalah membantu perkembangan otak, membina sistem imun serta menyokong pencernaan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum bahawa rata-rata bayi akan mula makan makanan pepejal setelah mencecah usia enam bulan.
Bagi persediaan tersebut, ibu bapa pasti akan melakukan pelbagai pembacaan dan kajian kendiri untuk memilih makanan terbaik buat si kecil.
Antara makanan yang kebiasannya diberikan kepada bayi baru mula makan adalah bubur dan puri kerana sifatnya yang lembut sekaligus dapat mengelak masalah tercekik.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Latih Anak Untuk Tak Jadi ‘Picky Eater’. Ibu Ayah, Boleh Cuba!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Tanda-Tanda Bezakan Bayi Tercekik Atau Alami Refleks Gag. Ibu Bapa Wajib Tahu!
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Gigi Anak Boleh Rosak Sebab Minum Susu?
Wanita Beri Satu Sudu Mentega Kepada Bayi Selepas Makan Malam
Ini mungkin suatu ilmu yang baharu buat rata-rata ibu bapa, namun bayi juga elok disuap makan mentega tulen selain makanannya dimasak menggunakan bahan itu.
Baru-baru ini, pengguna TikTok @amiyryuu berkongsi bahawa dia memberi bayinya satu sudu mentega.
Menurutnya, pemberian satu sudu mentega kepada bayi selepas makan malam boleh merangsang tidur yang lena dan membantu perkembangan otak si kecil. Katanya ini kerana mentega mempunyai lemak sihat yang bagus bagi otak bayi.
Dalam masa sama, dia turut mengingatkan ibu bapa agar memilih mentega tanpa kandungan garam dan tidak memberi banyak mentega kepada anak berumur dua tahun ke atas.
Tonton video [DI SINI].
Pelbagai Kebaikan Beri Mentega Pada Bayi
Amiy juga telah berkongsi tangkap layar carian Google yang menyenaraikan kandungan mentega yang bagus buat bayi iaitu:
- Lemak sihat untuk perkembangan otak.
- Kalori bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi.
- Kolestrol diet yang melindungi sel usus dan menyokong pencernaan.
- Vitamin A yang membantu membina sistem imun, selain memastikan penglihatan dan kulit yang sihat.
- Vitamin E membantu kesihatan jantung.
Di samping itu, diingatkan juga bayi dengan alergi tenusu tidak boleh mengambil mentega.
PERINGATAN: Mentega yang dimaksudkan adalah mentega tulen dan bukan ‘butter blend’ serta marjerin.
Kekurangan Lemak Boleh Beri Kesan Buruk Pada Tumbesaran Bayi
Walaupun lemak disifatkan sebagai makanan yang tidak sihat, namun ia sebenarnya diet penting bagi bayi dan kanak-kanak kecil kerana mereka memerlukan tenaga yang banyak dan mempunyai kapasiti diet terhad.
Kekurangan asid lemak tertentu ketika kecil boleh memberi kesan kepada kematangan sistem saraf pusat, termasuk perkembangan visual dan kecerdasan otak.
Di samping itu, kajian mendapati bahawa kanak-kanak kecil yang mengambil diet dengan lemak kurang 30% mungkin tidak mendapatkan keperluan diet tenusu yang disarankan.
Menurut Healthline, mengehadkan pengambilan lemak tidak digalakkan bagi kebanyakan bayi dan kanak-kanak kecil.
Sebaliknya, mereka perlu mendapatkan separuh daripada kalori harian mereka daripada lemak, iaitu kira-kira 500 kalori bagi bayi berusia satu tahun.
Mengurangkan pengambilan lemak kepada 30% daripada kalori yang diambil boleh dilakukan selepas usia dua tahun, namun kebaikannya masih belum dibuktikan.
Baca Artikel Berkaitan: “Risiko Tercekik” – Tular Video Ibu Suap Bayi ‘Newborn’ Bubur Pisang, Dr Say Tampil Beri Teguran
Baca Artikel Berkaitan: Berat Badan Anak Tak Naik-Naik? Ini Tips Berguna Untuk Ibu Ayah Praktik
Baca Artikel Berkaitan: Susu Ibu Waktu Pagi & Malam Ada Kandungan Hormon Berbeza? [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.