[Video] Tak Tahu Apa Nak Buat Bila Kena Scam? Ini Nombor Yang Boleh Dihubungi Dalam Tempoh 24 Jam
Menurut peguam yang dikenali sebagai Azri, mana-mana individu yang di scam boleh menghubungi nombor telefon tersebut dalam tempoh 24 jam.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui isu rakyat Malaysia terpalit dengan scam bukanlah satu perkara asing lagi. Malah saban hari ada sahaja laporan yang diterima mengenai kes penipuan wang ringgit membabitkan ribuan ringgit.
Meskipun sudah banyak kesedaran diberikan menerusi iklan, ceramah dan sebagainya mengenai scam masih ada individu yang terpedaya.
Bukan hanya itu, penjenayah yang bertindak melakukan scam ini juga licik apabila melakukan pelbagai strategi dan cara bagi memastikan mangsa terperangkap dalam tipu helah mereka dan menyerahkan wang.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan ramai bimbang dan takut sekiranya menjadi mangsa penipuan penjenayah yang tidak bertanggungjawab ini. Malah terdapat juga mangsa yang terpaksa berputih mata kerana tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan semula wang yang sudap lesap.
Peguam kongsikan nombor yang boleh dihubungi jika kena scam dalam tempoh 24 jam
Baru-baru ini, sebuah podcast atau audio siar yang dikenali sebagai ‘Apa Citer?’ telah berkongsi salah satu cara yang boleh dilakukan sekiranya menjadi mangsa scam.
Menerusi satu rakaman yang dikongsikan oleh Apa Citer? di TikTok, seorang peguam yang dikenali sebagai Azri Abdullah yang juga tetamu untuk audio berkenaan maklumkan mangsa boleh menghubungi 997 iaitu Talian Respon Scam Kebangsaan.
Ujarnya ramai yang tidak mengetahui sebenarnya mereka boleh menghubungi nombor berkenaan untuk membuat laporan mengenai jenayah scam.
“997 Talian Respon Scam Kebangsaan, satu program di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Bank Negara Malaysia (BNM).
“997 ni yang power nya, kalau korang di scam (ditipu) dalam tempoh 24 jam. Insya-Allah dia orang akan cuba dapatkan balik duit (duit yang telah ditipu). Tapi syarat dalam masa 24 jam lah.
“Dan talian ni langsung (live) 24 jam, just call (hubungi saja) sebab selangi duit tu tak dikeluarkan daripada akaun mereka boleh trace (jejak) semula,” ujar Azri dalam podcast berkenaan.
Jika melebihi 24 jam sukar untuk pihak berkuasa buat sebarang tindakan
Katanya lagi, sekiranya wang terbabit (yang dipindahkan oleh mangsa) sudah dikeluarkan oleh individu berkenaan tiada tindakan yang boleh dilakukan dan itu adalah sebab tempoh 24 jam diberikan.
Malah sekiranya penjenayah berkenaan memindahkan wang tersebut ke akaun lain, perkara itu juga boleh dijejak oleh pihak berkuasa. Maka penting untuk seseorang mangsa menghubungi nombor tersebut dalam tempoh 24 jam atau secepat mungkin.
“Ya kalau dipindahkan pun boleh kesan dalam tempoh 24 jam. Sebab kalau dalam tempoh 24 jam (hubungi 997 selepas di scam) dia orang (pihak berkuasa) mampu lagi jejak atau kesan. Kalau dah lebih, susah. BNM akan bekukan duit itu.”
Dalam video itu, Azri turut memaklumkan purata kehilangan kerugian Malaysia dalam tempoh satu hari untuk jenayah online scam adalah sekitar RM3 juta.
Video perkongsian itu turut menjadi tular di X apabila dikongsikan oleh seorang pengguna platform berkenaan.
Ramai yang baru tahu boleh hubungi 997
Melihat di ruangan komen, ramai yang menyifatkan mereka baharu mengetahui terdapat nombor khas yang boleh dihubungi jika menjadi mangsa scam.
Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah menghubungi nombor berkenaan sewaktu berdepan dengan masalah sama.
“Ini adalah maklumat tambahan, hubungi waktu pejabat sahaja dan duit kalau lebih 24 jam dipindahkan memang sukar untuk dapat semula. Jika lepas pindahkan terus hubungi ada masa untuk pihak National Scam Response Center (NSRC) sekat transaksi tersebut walaupun sudah lapisan ketiga”

“Boleh jadi ke lepas scammer dapat duit dia orang terus pindahkan ke akaun lain. Jadi dapat tak 997 tu bertindakn kan? Kadang dia orang laju buat keja scam ni”

“Pernah kena, dah hubungi juga. Individu dalam talian memang sangat membantu menenangkan saya masa sedang menangis selepas saya sedar kena scam…”

“Ala baru tahu, aku pernah transfer dekat orang lain lepas tu segan nak minta balik”

“Kenapa aku tak pernah tahu”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â