Now Reading
[Video] Kenapa Adat Melayu Guna Daun Sirih Junjung Dalam Dulang Hantaran? Ini Sebabnya

[Video] Kenapa Adat Melayu Guna Daun Sirih Junjung Dalam Dulang Hantaran? Ini Sebabnya

Dulang berisi daun sirih junjung ini juga perlu berada di barisan paling hadapan rombongan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali membuat gubahan untuk hantaran sama ada bagi majlis tunang atau perkahwinan, sesetengah keluarga akan memasukkan sekali sirih junjung sebagai salah satu hantaran kepada pihak pengantin.

Bagi segelintir individu, dulang hantaran dengan hiasan sirih junjung itu akan diletakkan sekali dengan barangan berharga seperti cincin.

Tetapi pernah tak anda terfikir, kenapa kena pakai daun sirih junjung? Kalau kita guna daun lain boleh ke?

Ini Maksud Di Sebalik Daun Sirih Junjung Yang Digunakan Dalam Dulang Hantaran

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@thekejutan), seorang wanita yang bekerja sebagai pengubah dulang mendedahkan mengapa daun sirih digunakan dalam adat kaum Melayu.

Jelasnya, sirih junjung ini berperanan sebagai ‘kepala adat’ apabila berkunjung ke rumah gadis yang mahu dipinang.

Sumber: TikTok @TheKejutan

Malah, dulang daun sirih ini perlulah berada paling hadapan sekali dalam barisan rombongan.

Bagi menjawab persoalan tentang mengapa daun sirih yang ‘diangkat’ dalam adat Melayu, jawapannya adalah kerana daun tersebut tumbuh secara menjalar dan tidak merosakkan pokok lain.

Selain itu, rasa sirih yang pedas itu turut menggambarkan bahawa wanita tidak boleh dihina meskipun lembut dan halus.

“Maksudnya, dia memberikan gambaran rendah diri dan beradab dan sirih itu pedas rasanya. Walaupun lembut dan halus, bukan bermakna boleh dihina.

“Atas dua nilai pada sirih, dia dijadikan maksud terbesar bagi keluarga lelaki yang datang nak meminang.

Sumber: Facebook D’Suri Creations/ Pesona Pengantin

Dari segi susunan daunnya, sirih diletakkan dalam keadaan yang tinggi bagi menunjukkan betapa tingginya hajat meminang itu.

“Dia memberi simbol yang lelaki datang dengan penuh rendah diri manakala keluarga si gadis jawapan dia kena balas tanpa penghinaan sebab sirih tu pedas,” ujarnya.

Sirih Junjung Juga Digunakan Untuk Majlis Rasmi Negara

Memetik sumber Perpustakaan Negara Malaysia, sirih junjung juga digunakan dalam beberapa majlis rasmi negara.

Sekiranya sirih junjung yang digunakan kurang daripada 10 pahar di mana ia diletakkan dalam dulang berkaki, rombongan tersebut akan diiringi dengan perarakan atau dijadikan penyeri majlis.

Selain itu, Raja-raja Melayu pada zaman dahulu turut menggunakan tumbuhan ini sebagai alat istiadat dalam pertabalan raja mahupun sultan terutamanya di negeri Kelantan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd