Boleh Ke Pakai Perkakas Makanan Yang Digunakan Oleh Non Muslim? Ini Penjelasannya
Hukum membasuh perkakas tersebut adalah sunat kerana masyarakat bukan Islam tidak menghindarkan diri mereka daripada bahan-bahan bernajis seperti khinzir.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Agama Islam sangat menitikberatkan penjagaan kebersihan tidak kiralah dari segi penjagaan diri, persekitaran mahupun barang-barangan harian.
Disebabkan itu, ramai umat Islam yang sangat prihatin apabila melibatkan penggunaan perkakas makanan yang dikongsi beramai-ramai seperti di pejabat serta rumah inap.
Ini kerana ia dibimbangi telah bercampur dan digunakan untuk meletakkan hidangan tidak halal termasuklah daging babi dan sebagainya.
Baca Artikel Berkaitan: “Hati-Hati” – Individu Dakwa Tak Semua Makanan Dijual Peniaga Bertudung Di Hat Yai Halal
Baca Artikel Berkaitan: Premis Pamer ‘No Pork No Alcohol’ Boleh Ke Makan? Ini Penjelasan Dari Menteri Agama
Hukum Kongsi Perkakas Dengan Non Muslim
Baru-baru ini, seorang pengguna X (@mnasrullah00) telah berkongsi satu soalan yang diterimanya berkaitan dengan hukum menggunakan bekas makanan yang dipakai oleh orang bukan Islam.
Lebih spesifik lagi, persoalan tersebut diajukan dalam situasi di mana seseorang itu melancong ke tempat lain dan perlu menggunakan peralatan memasak di rumah inap yang pernah diduduki masyarakat Non Muslim.
Jelas bekas penuntut Universiti Al-Azhar ini, hukumnya adalah HARUS dan boleh digunakan seiring dengan hadis dari Rasulullah SAW iaitu:
فَاغْسِلُوهَا وَكُلُوا فِيهَا
Maksudnya: Basuhlah bekas tersebut dan makanlah dengannya.
Senang kata, anda tak perlu sertu kerana hukumnya adalah secara zahir sahaja.
Waalaikumussalam
— Nasrullah (@mnasrullah00) January 2, 2025
Hukumnya harus dan boleh digunakan, Nabi ﷺ sebut berkenaan bekas makanan orang kafir:
فَاغْسِلُوهَا وَكُلُوا فِيهَا
“Basuhlah bekas tersebut dan makanlah dengannya.”
Tak perlu susahkan diri menyemak, hukum secara zahir sahaja.
Wallahua’lam pic.twitter.com/ELtjpjawOI
Memetik sumber dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula, hukumnya cukup dengan hanya membasuh sahaja perkakas tersebut dengan air berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Tha`labah al-Khusyani yang bertanya kepada Baginda SAW:
إِنَّا نُجَاوِرُ أَهْلَ الْكِتَابِ وَهُمْ يَطْبُخُونَ فِي قُدُورِهِمُ الْخِنْزِيرَ وَيَشْرَبُونَ فِي آنِيَتِهِمُ الْخَمْرَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنْ وَجَدْتُمْ غَيْرَهَا فَكُلُوا فِيهَا وَاشْرَبُوا، وَإِنْ لَمْ تَجِدُوا غَيْرَهَا فَارْحَضُوهَا بِالْمَاءِ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا»
Maksudnya: Sesungguhnya kami berjiran dengan Ahli Kitab. Mereka biasa memasak daging khinzir di dalam periuk-periuk mereka dan biasa meminum khamar di dalam bekas-bekas mereka. Rasulullah SAW menjawab: “Jika kalian dapat menggunakan (perkakas-perkakas) yang lain maka makan dan minumlah dalamnya. Jika kalian tidak dapat selainnya maka cucilah ia dengan air kemudian makan dan minumlah.”
Riwayat Imam Abi Daud dalam Sunan-nya (3839).
Perlu Disucikan Jika Terang-terangan Perkakas Digunakan Untuk Najis Berat
Secara asalnya, hukum membasuh perkakas tersebut seperti mana yang terkandung dalam hadis di atas adalah sunat kerana masyarakat bukan Islam tidak menghindarkan diri mereka daripada bahan-bahan bernajis seperti khinzir.
Tetapi jika dilihat dengan jelas perkakas berkenaan digunakan untuk najis berat seperti khinzir, maka hendaklah dibasuh tujuh kali menggunakan air mutlak dengan salah satunya daripada air bercampur tanah.
Dalilnya ialah:
طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ
Maksudnya: Penyucian bekas salah seorang daripada kalian apabila dijilat anjing dengan membasuh tujuh kali, yang pertamanya dengan tanah (dalam riwayat lain: salah satunya dengan tanah).
Riwayat Imam Muslim (279).
Boleh Ke Kongsi Peti Ais Dan Microwave Bercampur Dengan Makanan Tak Halal?
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata berkongsi peti sejuk dengan makanan haram dibolehkan dengan syarat makanan diletakkan di dalam bekas tertutup.
Ia bertujuan untuk mengelakkan makanan tersebut tercampur dengan makanan haram.
Memandangkan microwave juga merupakan sejenis perkakas, ia mengikut hukum yang telah ditetapkan bagi perkakas iaitu suci selagi tiada kesan atau bukti najis.
Menurut Imam Muda Asyraf, najis boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu najis aini dan najis maknawi.
Najis aini merujuk kepada najis yang jelas nampak dan tidak boleh menggunakan microwave kerana risau tercampur. Walaupun begitu, jika ia bersifat maknawi dan tidak nampak secara jelas, maka agama memaafkan jika menggunakan microwave tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Umat Islam Tidak Boleh Kongsi Peti Sejuk Dan Microwave Yang Digunakan Bagi Makanan Tidak Halal?
Baca Artikel Berkaitan: Adakah Hukum Memakan Makanan Yang Dimasak Oleh Orang Bukan Islam Haram?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.