Now Reading
Kes Pesawat Terhempas Meningkat, Ini 7 Fakta ‘Turbulence’ & Cara Hadapinya

Kes Pesawat Terhempas Meningkat, Ini 7 Fakta ‘Turbulence’ & Cara Hadapinya

Antara perkara penting yang perlu dipatuhi oleh setiap penumpang kapal terbang ketika gelora udara berlaku adalah dengan sentiasa memakai tali pinggang keledar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, kes kapal terbang terhempas telah menjadi bualan orang ramai. Pada minggu lalu, pesawat Azerbaijan Airlines J2-8243 dilaporkan terhempas di Kazakhstan yang mana ia mengorbankan sejumlah 38 orang penumpang.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pesawat Terhempas Di Kazakhstan, 28 Penumpang Dilaporkan Terselamat

Semalam (29 Disember) pula, tiga insiden kapal terbang terhempas dilaporkan berlaku pada hari sama yang melibatkan Air Canada AC2259, pesawat ringan Jazirah Aviation Club dan pesawat Jeju Air yang telah terlanggar satu tembok batu di Muan International Airport.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Insiden Pesawat Terhempas Di Korea Selatan: ‘Bird Strike’ Disyaki Punca Flight Terpaksa Belly Landing

Pesawat Jeju Air dari Bangkok, Thailand tersebut membawa seramai 181 penumpang termasuk enam kru kabin. 179 daripada jumlah terbabit dilaporkan terkorban, menjadikannya insiden pesawat terhempas paling teruk dalam sejarah Korea Selatan.

@abscbnnews Eyewitness footage obtained by Reuters on Sunday, December 29 showed the moment a Jeju Air plane crashed at Muan International Airport in South Korea. #abscbnnews #fyp #news ♬ original sound – ABS-CBN News

Bukan itu sahaja, penerbangan KLM KL1204 dari Oslo ke Amsterdam juga dilaporkan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Norway pada malam Sabtu lalu (28 Disember) hingga menyebabkan ia tergelincir dari landasan dan berhenti di kawasan rumput.

Ramai Bimbang Dengan Kes Kemalangan Pesawat Yang Semakin Meningkat

Susulan insiden ngeri melibatkan sektor penerbangan ini, semakin ramai di kalangan masyarakat serata dunia yang meluahkan rasa gentar dan fobia untuk menggunakan perkhidmatan kapal terbang.

Menerusi tinjaun kami di laman X (Twitter), ramai juga tidak sangka kes-kes sedemikian berlaku dalam tempoh masa yang dekat.

“Allahuakbar. Banyaknya kes pesawat terhempas dua menjak ni. Gelisah pula aku nak naik kapal terbang. Moga baik-baik sahaja 1 hari bulan nanti,” kata seorang lelaki.

Sumber: X (Twitter)

7 Tips Berdepan Gelora Udara & Persiapan Perjalanan Kapal Terbang Yang Selamat

Seperti ramai tahu, perjalanan melalui kapal terbang tidak begitu berbahaya jika dibandingkan dengan jenis pengangkutan darat yang lain.

Bagaimanapun, tidak salah untuk setiap penumpang belajar tentang teknik-teknik berdepan dengan gelora udara yang tidak dijangka berlaku itu.

Baca Artikel Berkaitan: #SQ321: 1 Maut, 30 Cedera Dalam Penerbangan Singapore Airlines Selepas Insiden Gelora Udara

Sumber: KLIA

Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk menghadapi gelora udara dan persiapan perjalanan penerbangan yang selamat. Antaranya:

#1. Ketahui Fakta Mengenai Gelora Udara

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan kegelisahan semasa menaiki kapal terbang adalah dengan memahami apa itu pergolakan udara. Untuk info, pergolakan di udara jarang menyebabkan sesebuah pesawat terhempas.

Sumber: Pilot Institute

Hal ini kerana kejuruteraan moden dan teknologi canggih kini telah meningkatkan keupayaan pesawat untuk mengendali gelora tersebut.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dipetik laman Traveloka, jumlah individu yang cedera disebabkan pergolakan udara adalah jauh lebih sedikit berbanding dengan berjuta-juta penumpang yang terbang.

Sumber: Pexels
#2. Sentiasa Pakai Tali Pinggang Keledar

Seterusnya adalah dengan memakai tali pinggang keledar pada setiap masa terutamanya semasa berlaku gelora udara. Langkah ini boleh mengelakkan sebarang kecederaan yang disebabkan oleh pergolakan yang tidak dijangka.

Perkara ini perlu dititikberatkan oleh semua penumpang walaupun pergolakan kapal terbang pada ketika itu tidak begitu teruk.

Sumber: Freepik
#3. Percaya Kepada Juruterbang & Kru Kabin

Juruterbang telah dilatih untuk mengendalikan pergolakan sewaktu penerbangan. Mereka menggunakan alat ramalan cuaca untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Sebelum setiap penerbangan bermula, juruterbang akan menyemak keadaan cuaca di sepanjang laluan dan membuat pelarasan bagi mengelakkan kawasan pergolakan yang ketara.

Oleh itu, adalah penting untuk para penumpang mendengar pengumuman dan ikuti setiap arahan yang diberikan semasa penerbangan.

Sumber: Pexels
#4. Berlatih Teknik Pernafasan (Deep Breathing)

Sekiranya mula berasa cemas semasa pergolakan terjadi, teknik pernafasan yang betul boleh membantu menenangkan saraf anda.

Caranya adalah tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung, tahan nafas selama beberapa saat dan kemudian menghembuskannya melalui mulut anda.

Teknik ini boleh membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan dengan mengaktifkan tindak balas relaksasi badan para penumpang.

#5. Alih Perhatian Minda Anda Daripada Gelora Udara

Mengalihkan fikiran anda boleh membantu anda kurang fokus pada pergolakan sebagai contoh dengan membaca buku, tonton filem atau mendengar muzik.

Malah, mengalihkan perhatian boleh menyebabkan ketakutan terhadap pergolakan kurang teruk selain membuatkan anda rasa masa berlalu dengan lebih cepat.

Sumber: United Airlines
#6. Pilih Tempat Duduk Dengan Bijak

Difahamkan, tempat duduk di hadapan sayap atau pesawat cenderung mengalami kurang gelora udara. Kawasan ini lebih stabil kerana ia lebih dekat dengan pusat graviti pesawat.

Menempah tempat duduk anda di lokasi ini mampu memberikan perjalanan yang lebih lancar.

Baca Artikel Berkaitan: Eksperimen: Ini Bahagian Tempat Duduk Paling ‘Selamat’ Jika Pesawat Terhempas [Video]

Sumber: Pexels
#7. Dapatkan Nasihat Pakar

Jika anda mengalami anxiety atau kebimbangan yang melampau, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pertolongan daripada pakar.

Doktor boleh mengesyorkan strategi untuk menguruskan kebimbangan atau memberi ubat bagi membantu anda berasa lebih selesa semasa penerbangan.

Sumber: Pexels

Ini Fakta Tentang Anxiety Penerbangan

Sebenarnya ramai di antara kita yang mempunyai perasaan takut untuk menaiki kapal terbang. Anxiety melampau kemudiannya membuatkan seseorang itu mengelak menggunakan platform pengangkutan tersebut untuk pergi ke tempat yang jauh.

Menurut Siloam Hospitals, anxiety penerbangan ini dipanggil sebagai Aerophobia. Keadaan ini membuatkan individu terlampau berfikir tentang sesuatu yang negatif ketika pesawat berlepas, bergerak, mengalami gelora udara dan mendarat.

Sumber: Travel Insurance

Jelas pakar psikologi, satu dari tiga hingga lima orang mengalami keadaan aerophobia. Kebiasaannya, ia berlaku kepada mereka yang berumur 17 hingga 34 tahun.

Berikut adalah tanda-tanda anda mengalami anxiety penerbangan:

  • Gementar
  • Sesak nafas
  • Rasa seperti tercekik
  • Mual
  • Berfikiran negatif
  • Jantung berdebar
  • Tidak dapat duduk dengan tenang
  • Sakit perut
  • Serangan panik
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk merawat masalah tersebut adalah dengan mendapatkan nasihat pakar, mengawal stres dengan baik, menceritakan tentang perasaan takut kepada kenalan rapat dan mengelakkan diri daripada mengambil alkohol atau minuman berkafein.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd