Ini Sebab Kenapa Wanita Hamil Kena Buka Buku Pink Lepas Sah Mengandung
Buku pink ini memiliki kesemua maklumat lengkap bagi perkembangan bayi seperti tekanan darah dan ujian darah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya akan bersyukur dan tidak dapat menahan sebak apabila mendapat tahu isteri kesayangan disahkan hamil dan keluarga mereka akan berkembang dengan adanya cahaya mata tidak lama lagi,
Mana tidaknya, ada di antara mereka yang sudah menunggu bertahun-tahun untuk bagi mendapatkan anak.
Percayalah, pengalaman selama sembilan bulan ini tidak akan dapat di mana-mana melainkan anda sendiri merasainya.
Kepentingan Buka Buku Pink Selepas Disahkan Mengandung
Kepada anda yang pertama kali mengandung, antara perkara penting yang perlu dilakukan terlebih dahulu selepas disahkan hamil adalah membuka buku pink di klinik kesihatan.
Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (@doktorsamhan), doktor kesihatan ini menerangkan tentang mengapa wanita hamil perlu membuka buku pink.
Antaranya:
#1. Merekodkan Kesihatan Lengkap Bayi
Buku pink ini memiliki kesemua maklumat lengkap bagi perkembangan bayi seperti tekanan darah dan ujian darah. Ia juga secara tidak langsung dapat memudahkan doktor untuk memantau tempoh kehamilan sepanjang sembilan bulan itu.
#2. Mengelakkan Risiko Berbahaya Pada Bayi Lebih Awal
Antara risiko yang dibimbangi adalah seperti anemia, kencing manis, dan tekanan darah tinggi. Dengan adanya rekod dalam buku pink ini, masalah kesihatan tersebut dapat dikesan lebih awal bagi mendapatkan rawatan segera.
#3. Mengesan Kecacatan Janin
Melalui imbasan dan pemeriksaan berkala yang dilakukan di klinik, buku pink dapat membantu doktor mengenal pasti masalah terutamanya kecacatan janin seperti cyclopia (cyclops) iaitu keadaan bayi dengan satu mata akibat masalah perkembangan otak.
#4. Jadual Temu Janji Yang Lebih Teratur
Bagi memudahkan segala temu janji dapat diikuti dengan teratur, kesemua tarikh penting akan dicatat di dalam buku pink bagi mengelakkan para ibu tidak terlepas sebarang pemeriksaan penting.
#5. Membantu Doktor Membuat Sebarang Keputusan
Buku pink ini yang mempunyai rekod lengkap kehamilan memudahkan para doktor untuk membuat keputusan sekiranya berlaku situasi kecemasan.
Di akhir perkongsian, doktor ini menjelaskan harga untuk membuka buku pink ini hanyalah bernilai RM1 sahaja jika dibuka di klinik kerajaan.
Malah, beliau juga menegaskan wanita hamil untuk tidak memandang ringan terhadap kepentingan dokumen tersebut demi menjaga kesihatan dan keselamatan bayi.
Pentingnya buku pink!
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) December 14, 2024
Buat bakal ibu tolong buka buku pink seawal kehamilan.
Saya bercakap sebagai seorang doktor, suami dan bapa kepada tiga orang cahaya mata. pic.twitter.com/R6mYoZfd2d
Panduan Buka Buku Pink Bagi Wanita Hamil
Bagi anda yang tertanya-tanya, seawal manakah buku pink ini perlu dibuka?
Jawapannya adalah di awal permulaan anda disahkan hamil sehingga sebelum berakhirnya trimester pertama.
Bagi anda yang pertama kali mahu membuka buku pink, berikut adalah beberapa dokumen yang perlu dibawa semasa proses pendaftaran di klinik iaitu:
- Salinan fotostat kad pengenalan suami
- Salinan fotostat kad pengenalan isteri
- Salinan fotostat surat nikah atau kad nikah
- Surat nikah atau kad nikah yang asal. Ibu tunggal tidak perlu bawa salinan pengenalan diri bekas suami, hanya bawa surat nikah atau kad nikah.
- Kad mengandung kelahiran anak terdahulu (jika ada) untuk rujukan.
- Keputusan ujian air kencing dan salinan cetakan scan (jika ada)
- Alamat rumah lengkap. Bagi ibu yang kurang pasti alamat rumah, boleh bawa bil elektrik untuk pengesahan alamat.
Bahan Kimia Yang Perlu Dielakkan Bagi Ibu Hamil
Bayi di dalam kandungan bukan sahaja boleh dipengaruhi dengan makanan yang dimakan oleh ibu mereka, malah segala produk yang digunakan seperti barangan mandian dan penjagaan kulit juga boleh memberi kesan.
Untuk ibu mengandung, penting untuk korang take note beberapa bahan dalam produk penjagaan kulit yang perlu dielakkan.
Antaranya:
Kepada para wanita yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, kami doakan agar segalanya dipermudahkan.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Perlu Elak Skincare Yang Ada 6 Bahan Kimia Ini. Bahaya Untuk Kandungan!
Baca Artikel Berkaitan: First Time Nak Bersalin? Ini 5 Tips Yang Dikongsikan Oleh Para Ibu
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi 13 Jenis Barang Untuk Ibu Hamil Demi Kehidupan Seharian Lebih Selesa
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.