Tak Tahu Nak Beli Kereta Apa? Ini 3 Formula Untuk Bantu Pilih Kereta Sesuai Ikut Gaji
Sebelum membeli kereta, penting untuk anda membuat kira-kira terlebih dahulu bagi mengetahui jenis kereta yang sesuai dengan kategori gaji masing-masing.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi sesetengah individu, kereta merupakan satu keperluan bagi mereka untuk memudahkan pergerakan mereka ke destinasi pilihan.
Setiap kenderaan dijual dengan harga yang berbeza mengikut jenama dan jenis kenderaan. Tapi sebelum memilih kereta mana yang mahu dibeli, kena fikir juga sama ada komitmen baharu itu sesuai dengan tangga gaji.
Bukan apa, takut nanti ia menjadi beban dan akan menyukarkan pengurusan kewangan setiap bulan.
Baca Artikel Berkaitan: 30% Rakyat Malaysia Terbeban Dengan Hutang – BNM
Ini 3 Formula Untuk Pilih Kereta Yang Sesuai Dengan Gaji
Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (@ammarFRS), individu ini berpendapat membeli kereta bukan hanya sekadar perlu membayarnya setiap bulan.
Ini kerana terdapat beberapa kos tersembunyi yang perlu diambil berat juga seperti:
- Kos minyak
- Cukai jalan
- Insurans kereta
- Parkir
- Tol
- Servis
- Kerosakan kereta yang tidak dijangka
Jadi sebelum membeli kereta, penting untuk anda membuat kira-kira terlebih dahulu bagi mengetahui jenis kereta yang sesuai dengan kategori gaji masing-masing.
Bagi membantu anda yang bercadang untuk membeli kereta, berikut adalah tiga formula yang boleh membantu iaitu:
Formula 1: The Golden Annual Salary Rule
Formula ini memerlukan anda mengira jumlah gaji tahunan untuk mengetahui harga maksimum kereta yang boleh sesuai untuk dibeli.
Harga maksimum kereta = Gaji tahunan atau kurang.
Sebagai contoh, gaji bulanan anda adalah RM3,000 sebulan. Kemudian jumlah ini didarabkan dengan 12 bulan dan anda akan mendapat jumlah RM36,000 untuk gaji setahun.
Jadi ‘target’ kereta anda perlulah berada dalam lingkungan RM36,000 atau kurang.
Formula 2: The 15% Monthly Payment Rule
Formula ini pula menekankan bahawa maksimum bayaran bulanan kereta adalah 15% daripada gaji bulanan.
Sebagai contoh, gaji RM3,000 setiap bulan didarab dengan 15% dan anda akan mendapat jumlah RM450 sebagai bayaran bulanan bagi komitmen kereta.
Bagi jumlah ini, antara pilihan kereta yang boleh dibuat adalah:
- Perodua Axia (RM23,000 – RM34,000)
- Proton Saga Standard (M) (RM35,000)
- Proton Saga Terpakai (2 hingga tahun)
- Perodua Myvi Terpakai (4 hingga 5 tahun)
Formula 3: The Down Payment Strategy
Jumlah minimum untuk bayaran muka (down payment) adalah 20% daripada jumlah kereta. Tetapi kalau boleh, lebih baik bayar wang muka sebanyak 30% jika berkemampuan.
Sebagai contoh, harga kereta berjumlah RM50,000 akan memerlukan anda membuat bayaran RM10,000 sebagai bayaran muka dengan peratusan 20%.
Foa, buying car bukan just about monthly installment.
— ammarfaris (@ammarFRS) December 11, 2024
Ada banyak hidden costs yang kita kena consider:
Petrol
Insurance & road tax
Parking
Tol
Regular maintenance & service
Emergency repairs
For those yg tengah fikir nak beli kereta apa tu, use this formula: pic.twitter.com/YJWLSzNPjT
Panduan Untuk Beli Kereta Pertama
Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk membolehkan anda berjaya mendapatkan kereta idaman.
Terdapat sembilan langkah-langkah yang perlu diikuti. Antaranya:
- Buat tempahan dan hantar dokumen.
- Tunggu hingga pinjaman diluluskan.
- Tandatangan perjanjian.
- Membeli nombor pendaftaran kereta.
- Menunggu sehingga kereta tempahan sampai.
- Membayar duit muka kereta.
- Mendaftarkan kereta dengan menyemak maklumat seperti model kereta dan nombor pendaftaran.
- Mengambil kereta dan dokumen penting.
- Membayar wang bulanan kereta.
Kepada mereka yang bakal membeli kereta pertama, semoga semuanya dipermudahkan! Yang penting, pilih jenis kereta mengiut kemampuan.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Panduan Untuk Anda Yang Pertama Kali Mahu Beli Kereta
Baca Artikel Berkaitan: “Gaji RM1.6K, Nak Beli Vios” – Jurujual Kongsi Ragam Anak Muda Nak Beli Kereta Tanpa Ukur Kemampuan
Baca Artikel Berkaitan: Nak Beli Kereta Terpakai? Ini 3 Tips Berguna Untuk Anda
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.