Ini Tanda Bantal Anda Dah ‘Arwah’ – Sila Tukar Ya!
Mungkin bantal yang sudah luput itu juga adalah punca anda sering sakit leher selepas bangun tidur selama ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau nak tidur yang lena, salah satu faktor yang memainkan peranan adalah jenis bantal yang digunakan. Makin empuk bantal itu, makin lenalah anda tidur.
Sesetengah orang juga suka tidur dengan adanya banyak bantal di atas katil. Tetapi bagi segelintir individu pula akan berasa rimas nak tidur kalau ada banyak bantal.
Walaupun digunakan untuk tujuan yang sama, tapi ada pelbagai jenama yang menjual bantal dengan kualiti dan harga yang berbeza.
Bantal Pun Ada Tarikh Luputnya
Berbicara tentang bantal, anda tahu tak sebenarnya bantal pun ada tarikh luput ya. Mesti ramai yang baru tahu, kan?
Menerusi video dimuat naik semula oleh pengguna X (@byndhome), seorang wanita mendedahkan tentang perkara ini dan menunjukkan cara untuk mengetahui sama ada bantal anda itu sudah luput atau tidak.
Senang je, langkah yang perlu dilakukan adalah dengan hanya melipatkan bantal separuh bantal tersebut.
Sekiranya bantal itu kembali ke bentuk asal, maksudnya ia masih tidak capai tarikh luput. Tapi jika bantal itu kekal dalam keadaan terlipat, ia bermakna bantal tersebut sudah ‘expired’.
Mungkin bantal yang sudah luput itu juga adalah punca anda sering sakit leher selepas bangun tidur selama ini.
Entah entah selama ni bangun tido sakit tengkuk, sakit leher sebab bantal dah expired.
— ND Home (@byndhome) November 28, 2024
Masalahnya baru tahu bantal pun boleh expired??? 😭😭😭 pic.twitter.com/fM6yqbdVor
Ramai Rupanya Yang Baru Tahu Bantal Pun Ada Tarikh Luput
Perkongsian mengenai perkara itu membuatkan masyarakat terkejut kerana tidak menyangka bahawa bantal juga mempunyai tarikh luput dan perlu ditukar.
“Kita pakai dah bertahun-tahun, confirm dah expired tu,” ujar pengguna X.
Pada masa yang sama, seorang pengguna media sosial pula berpendapat meskipun bantal akan ‘expired’, tetapi ia tidak terpakai bagi bantal kegemaran yang digelar sebagai ‘bantal busuk’.
Jangan dibuat main ya dengan ‘bantal busuk’ ni, kalau dibuang tanpa diberitahu oleh pemiliknya, pasti kena marah.
“Kalau budak-budak marah kalau buang bantal busuk dia,” kata pengguna X.
Sekerap Mana Kita Perlu Tukar Bantal?
Berdasarkan laporan Sleep Foundation, masyarakat digalakkan untuk menukar bantal setiap satu hingga dua tahun bagi memastikan ia bersih dan dapat memberi sokongan yang baik di bahagian kepala.
Kalau anda sering sakit leher selepas bangun tidur, memang sudah tiba masanya untuk tukar bantal baru.
Selain itu, mereka yang sering mengalami kegatalan pada kulit, mungkin itu juga petanda untuk menukar bantal kerana boleh jadi bantal yang digunakan sudah sarat dengan debu, kulat, peluh, dan sebagainya.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.