Ini 7 Hak Pekerja Yang Anda Perlu Ambil Tahu. Nombor 4 Paling Penting!
Antara hak pekerja yang penting adalah kemudahan cuti sakit dan tarikh terima gaji yang tidak melebihi tempohnya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila bekerja di sesebuah syarikat, pastinya setiap pekerja akan berada di bawah penyeliaan seorang pengurus.
Dapat pengurus yang baik, memang senanglah kita nak bekerja dan tidak stres. Tapi kalau dapat yang sebaliknya, agak terbeban jugalah rasa.
Yang lebih teruk lagi apabila ada majikan yang sesuka hati memecat pekerja mereka. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba dapat surat suruh berhenti.
Sebenarnya anda juga berhak untuk mempertahankan diri sebagai pekerja.
Ini 7 Hak Yang Setiap Pekerja Perlu Ambil Tahu
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@faridaffy), individu ini telah berkongsi 10 hak yang boleh dituntut bagi setiap pekerja di sebuah syarikat. Antaranya:
#1. Tolak Gaji
Sekiranya seseorang pekerja itu masuk ke pejabat lewat berbanding waktu yang ditetapkan, mana-mana majikan tidak boleh untuk menolak gaji mereka sebagai denda.
Perkara sama juga tidak boleh dilakukan sekiranya pekerja tidak mencapai target, mengakibatkan barang rosak atau sebagainya.
#2. Time-slip Bukan MC
Sesetengah pekerja yang pergi ke klinik dan meminta time-slip mengikut tempoh tertentu, slip berkenaan sebenarnya tidak dikira sebagai sijil cuti sakit (MC).
#3. Tempoh Pemberian Gaji
Mengikut Akta Kerja 1995, setiap majikan perlu membayar gaji tidak lewat dari tujuh hari tempoh gaji. Sekiranya gagal berbuat demikian, pekerja boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja.
Kebiasaannya bagi pekerja swasta yang menerima gaji pada 30hb (cut off date), maka majikan perlu selewat-selewatnya membayar gaji pada tujuh hari bulan berikutnya.
#4. Cuti Sakit
Pekerja yang masih dalam tempoh ‘probation’ berhak untuk mendapat cuti sakit seperti pekerja biasa.
Selain itu, mereka yang diberikan MC oleh doktor ketika sedang AL akan dianggap sedang cuti sakit.
Jadi maklumlah kepada HR anda untuk menukar cuti AL yang diambil sebelum ini kepada MC.
Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Kalau Terima MC Ketika Sedang Cuti Tahunan?
Baca Artikel Berkaitan: Majikan Langgar Terma & Syarat Atau Tak Bagi Cuti Sepatutnya? Ini Cara Untuk Report!
#5. Waktu Rehat
Kebiasaannya, majikan akan memperuntukkan satu jam untuk tempoh berehat bagi setiap pekerja. Nama pun waktu rehat, jadi dalam tempoh ini anda berhak untuk tidak memikirkan tentang kerja kerana waktu rehat tidak termasuk dalam waktu bekerja.
#6. Status Bekerja
Majikan tidak boleh buang pekerja sesuka hati tanpa sebarang alasan yang kukuh. Sekiranya berhadapan dengan situasi dibuang kerja tanpa sebab, berikut adalah langkah awal yang boleh dilakukan.
Antaranya:
- Mengenal pasti alasan dibuang kerja
- Mempertahankan diri jika alasan yang dinyatakan tidak kukuh
Anda juga sebenarnya boleh menyaman majikan sekiranya mereka bertindak membuang pekerja mereka tanpa alasan yang kukuh dan munasabah.
Langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah:
- Membuat aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP)
- Proses runding damai
- Kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan oleh JPP
- Prosiding di Mahkamah Perusahaan
- Perbicaraan kes
- Hujahan bertulis dan keputusan dibuat
Jika pekerja menang kes tersebut, majikan perlu membayar pampasan dalam tempoh 30 hari selepas keputusan dibuat.
Sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamad Perusahaan, rayuan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari.
Baca Artikel Berkaitan: Peguam Kongsi Langkah Untuk Pertahankan Hak Pekerja Dari Dipecat Majikan
#7. Notis Letak Jawatan
Selain itu, pekerja juga berhak untuk memberikan notis letak jawatan dan majikan tidak boleh menangguh mahupun menolak pemberian notis berkenaan.
10 Hak pekerja yang WAJIB tahu:
— Farid Affy Maukerja (@faridaffy) November 11, 2024
1. Majikan tak boleh TOLAK GAJI sebab datang lambat sebagai denda
2. Time-slip BUKANLAH MC
3. Majikan wajib bayar gaji TAK LEWAT dari 7 hari tempoh gaji
4. Majikan TAK BOLEH potong gaji dengan alasan datang lewat, tak capai target, barang rosak…
Majikan Ada Hak Untuk Buang Pekerja Yang Left WhatsApp Group
Sebagai info, majikan mempunyai hak untuk membuang pekerjanya yang keluar daripada grup WhatsApp tanpa alasan yang kukuh atau secara sesuka hati.
Perkara ini boleh dilihat melalui satu kes tular yang pernah berlaku dahulu di mana syarikat telekomunikasi, Maxis Mobile Sdn. Bhd. memecat salah seorang pekerjanya yang keluar grup WhatsApp.
Dalam kes berkenaan (Award No. 1050 of 2019, 27 March 2019), pihak syarikat telahpun menang menentang bekas pekerjanya itu.
“Bila WhatsApp dijadikan komunikasi rasmi syarikat maka semua pekerja kena patuh dan siapa yang ingkar (left group) maksudnya dia ingkar arahan.
“Ingkar arahan adalah kesalahan yang serius walaupun nampak remeh (left group). Lagi-lagi kalau pekerja tu sebelum ini ada masalah nak ikut arahan dan banyak kali tak dengar arahan,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Majikan Boleh Buang Pekerja Yang Keluar Grup WhatsApp Syarikat? Ini Penjelasannya
Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Akta Kerja (Pindaan) 2022
Pindaan akta ini bakal dilaksanakan telah mula dilaksanakan pada 1 Januari 2023.
Sebagai pekerja dan majikan, anda perlu mengambil tahu tentang Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 agar tiada salah faham yang berlaku bagi kedua-dua belah pihak.
Antara kandungan pindaan akta ini adalah seperti:
- Tempoh bekerja seminggu dipendekkan dari 48 jam kepada 45 jam sahaja tidak termasuk waktu rehat.
- Tempoh cuti bersalin kepada wanita dipanjangkan dari 60 hari kepada 98 hari bagi semua pekerja tanpa mengira pangkat. Elaun Bersalin juga layak selama 98 hari dalam tempoh ini.
- Tidak boleh sesuka hati memecat atau membuang pekerja wanita yang hamil sekiranya mereka tidak melanggar mana-mana perkara seperti:
- Melanggar syarat kontrak kerja.
- Masih melakukan tindakan salah laku selepas diberikan surat amaran.
- Syarikat terpaksa ditutup akibat muflis.
- Cuti Sakit (MC) berbayar selama 14, 18 atau 22 hari diasingkan dengan Cuti Hospitalisasi 60 hari.
- Cuti Paterniti berjumlah tujuh hari diberikan kepada pekerja yang telah bekerja dengan majikan sama sekurang-kurangnya selama 12 bulan.
- Majikan diwajibkan untuk menampal notis tentang kesedaran gangguan seksual di tempat kerja.
Harapnya rakyat Malaysia kini lebih cakna dengan hak dan kebajikan mereka sebagai pekerja. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.