Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Langkah Yang Perlu Dilakukan Jika Hilang Pasport Di Luar Negara

Lelaki Ini Kongsi Langkah Yang Perlu Dilakukan Jika Hilang Pasport Di Luar Negara

Perkara pertama yang perlu dilakukan jika pasport anda hilang di luar negara adalah dengan menghubungi kedutaan Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Antara dokumen penting yang perlu ada untuk membolehkan individu keluar masuk sesebuah negara adalah pasport.

Buat mereka yang suka melancong ke luar negara, pastinya anda mengetahui betapa pentingnya pasport untuk urusan imigresen semasa di lapangan terbang.

Tetapi macam mana pula kalau pasport anda tiba-tiba hilang ketika berada di luar negara? Nak kena buat apa?


Apa Perlu Buat Jika Kehilangan Pasport Ketika Berada Di Luar Negara

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Muaz Aziz menceritakan bahawa dia telah mengalami situasi di mana pasport miliknya telah hilang ketika sedang bercuti di luar negara.

“Datang dengan buku merah, balik dengan buku coklat,” kata lelaki ini selepas menerima ‘pasport sementara’ disebabkan kehilangan dokumen penting itu.

Dalam hantaran sama, lelaki ini turut berkongsi langkah yang perlu dilakukan sekiranya anda berdepan situasi sama. Paling penting, jangan panik. Barulah boleh berfikir dengan betul.

Langkah-langkah tersebut adalah:

  1. Hubungi pihak kedutaan Malaysia di negara yang menjadi lokasi kehilangan pasport dan memaklumkan tentang perkara yang berlaku.
  2. Buat laporan polis di negara tersebut.
  3. Cari kedai gambar untuk mengambil gambar pasport dengan berlatar belakangkan warna putih.
  4. Hadir ke kedutaan untuk melakukan proses Perakuan Cemas.
  5. Sekiranya tempat kehilangan pasport dengan lokasi tiket penerbangan pulang adalah dua buah negara yang berbeza, anda perlu membeli tiket penerbangan pulang sehala yang baharu.
  6. Setibanya di Malaysia, Perakuan Cemas ini perlu diserahkan kepada pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  7. Buat laporan polis di Malaysia untuk membolehkan proses mendapatkan pasport baharu.

Sebagai info, dokumen Perakuan Cemas bagi mereka yang kehilangan pasport di luar negara adalah berwarna coklat.


Cara Untuk Perbaharui Pasport Secara Online

Bagi memudahkan urusan untuk memperbaharui pasport, anda kini boleh melakukan secara atas talian melalui laman web MyOnline Pasport.

Berikut merupakan perkara yang perlu diketahui jika anda ingin melakukan pembaharuan pasport secara online:

  • Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).
  • Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar yang disenaraikan di dalam sistem.
  • Tarikh dan masa pengambilan pasport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

Untuk rekod, menerusi portal My Government, permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari sama.

Manakala, permohonan yang dibuat selepas waktu itu akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

Sumber: MalayMail

Cara Semak Kelayakan Untuk Ke Luar Negara

Sebelum ke luar negara, anda juga boleh menyemak status Keluar Negara di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di bawah kategori Semakan Status Perjalanan Imigresen dengan hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan perjalanan seseorang untuk keluar negara disekat oleh pihak imigresen di lapangan terbang.

Antaranya telah disenaraihitam (blacklist) kerana tidak membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Pasport Malaysia Di Kedudukan Ke-12 Paling Berkuasa Di Dunia

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berbangga kerana pasport Malaysia berada pada kedudukan ke-12 paling berkuasa di dunia setanding dengan Cyprus dan Liechtenstein.

Memetik sumber Berita Harian pada Julai lalu, laporan ini dikeluarkan oleh Indeks Pasport Henley 2024 berdasarkan data komprehensif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Sumber: MalayMail

Dengan memiliki pasport Malaysia, masyarakat boleh melancong tanpa visa ke 182 dari 227 destinasi di seluruh dunia termasuklah United Kingdom (UK), Jepun, Itali, Qatar, Perancis dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sebelum ini, Malaysia menduduki tempat ke-14 pada tahun 2023 dengan skor 179 bagi kategori pasport paling berkuasa di dunia dan juga pernah tersenarai pada kedudukan kelapan pada tahun 2014.

Sebagai info, pasport yang paling berkuasa di dunia adalah mereka yang memegang pasport Singapura di mana mereka boleh keluar masuk tanpa visa di 195 buah negara termasuk Jepun dan Korea Selatan.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Travel Tapi Baru Sedar Pasport ‘Expired’? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Baca Artikel Berkaitan:  Cara Mudah & Cepat Untuk Renew Atau Mohon Pasport Secara Online


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd