Now Reading
Nak Jadi Lebih Produktif? Ini 7 Aplikasi Yang Boleh Bantu Anda

Nak Jadi Lebih Produktif? Ini 7 Aplikasi Yang Boleh Bantu Anda

Beberapa aplikasi ini antaranya Notion dan ChatGPT membolehkan anda mengatur kerja dengan lebih tersusun dan produktif.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak ada telefon bimbit, rasa macam susah nak fokus dan jadi produktif dalam kehidupan seharian kerana terlalu leka menggunakan media sosial.

Lebih teruk lagi apabila wujud segelintir individu yang mengguna media sosial selama berjam-jam sehingga mengabaikan segala tugasan yang sepatutnya diselesaikan.

Tabiat ini secara tidak langsung membuatkan seseorang itu menjadi tidak produktif dan suka melengah-lengahkanpekerjaan hakiki.


Aplikasi Yang Boleh Bantu Untuk Tingkatkan Produktiviti

Kalau anda mengalami masalah seperti ini, seorang pengguna laman X (Aina Maukerja) telah menyenaraikan beberapa jenis aplikasi yang berpotensi untuk memperbaiki produktiviti dalam kehidupan seharian.

Antaranya:

#1. Reminders
Sumber: iGeeksBlog

Kalau anda ada apa apa tugas penting yang perlu dilakukan seperti mesyuarat, urusan bank, perlu menghantar tugasan kepada pensyarah dan sebagainya, boleh senaraikan semuanya di sini.

Apabila adanya senarai ‘To-do list’ atau perkara yang mahu diselesaikan, ia akan membuatkan hidup anda lebih mudah dan teratur. Jadi, tak ada urusan yang terlupa untuk dibuat.

Secara tidak langsung, aplikasi Reminders ini membolehkan pengurusan masa semakin berkualiti kerana menyedari terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan.

#2. Focus Plant
Sumber: Botany One

Bagi anda yang susah untuk fokus ketika membuat tugasan, boleh muat turun aplikasi Focus Plant.

Jika anda meneruskan kerja dengan fokus tanpa sebarang gangguan dengan membuka telefon, pokok ‘virtual’ di dalam aplikasi tersebut akan tumbuh dengan sihat dan cantik.

Tapi kalau anda selalu ‘terganggu’ dengan telefon bimbit seperti kerap menggunakan media sosial, pokok di dalam aplikasi berkenaan tidak akan tumbuh dengan besar.

Namun, ini tidak sesuai untuk ‘content creator’ atau mereka yang bekerja menyelia akaun sosial media syarikat.

#3. Goodreads
Sumber: MacSources

Asyik guna telefon untuk buka sosial media je. Apa kata kita manfaatkan teknologi tersebut dengan mempraktiskan semula amalan membaca buku.

Dengan adanya aplikasi Goodreads, adan boleh membaca buku secara digital tanpa perlu membawa buku fizikal yang agak besar dan tak muat untuk dimasukkan ke dalam beg tangan.

Best ya guna aplikasi ini kerana anda boleh mencari buku baru dan membaca ‘review’ dari orang ramai. Nak ‘track’ buku yang anda dah baca pun senang.

#4. GoodNotes
Sumber: GoodNotes

Bagi anda yang suka membuat apa jua nota seperti nota pembelajaran, boleh cuba untuk muat turun GoodNotes.

Aplikasi ini juga membolehkan anda menghias nota dengan cantik kerana terdapat pelbagai ciri menarik seperti kepelbagaian jenis font, warna dan kalau nak letak sticker comel pun boleh. Menarik kan?

Selain mudah untuk dibawa ke mana-mana, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan kertas yang boleh mengakibatkan lebih banyak pokok ditebang.

#5. XMind
Sumber: XMind

Bagi anda yang suka buat nota tapi dalam bentuk peta mind atau mind map pula, aplikasi XMind adalah yang terbaik kerana lebih mudah untuk menvisualisasikan idea.

XMind paling sesuai ketika mahu ‘brainstorm’ idea bagi membolehkan maklumat difahami dengan lebih mudah.

#6. Notion
Sumber: Notion

Notion boleh dikatakan sebagai aplikasi ‘All-In-One’! Cakap je anda nak buat apa, semuanya ada.

Nak tulis nota, tugasan, menyusun maklumat, ia sangat mudah untuk dilakukan dalam aplikasi itu kerana adanya pertolongan kecerdasan buat (AI) yang akan membantu anda.

#7. ChatGPT
Sumber: QQPlayer

Percaya tak, aplikasi ChatGPT ini boleh berfungsi seolah-olah sebagai pembantu peribadi anda? Mana tidaknya, kalau ada perkara yang anda tidak tahu, semuanya boleh dijawab oleh AI ini.

Tak tahu macam mana nak tulis e-mel atau buat itinerari percutian 3 hari 2 malam di Bangkok? ChatGPT akan berikan jawapan dalam sekelip mata.

Namun harus diingatkan tidak semua perkara atau maklumat yang diterima adalah sahih. Jadi, semak terlebih dahulu.

Jadi kalau anda mempunyai azam untuk kekal produktiviti dalam kehidupan seharian, bolehlah cuba menggunakan aplikasi-aplikasi yang dicadangkan ini.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Tips & Checklist Untuk Pastikan Hari Anda Sentiasa Produktif!

Baca Artikel Berkaitan: Nak ‘Vibes’ Ruang Kerja Baru? Jom Tengok Senarai Barangan Dari Shopee Untuk Setup WFH

Baca Artikel Berkaitan: Serabut Asyik Overthink? Kaedah ‘Brain Dump’ Ini Boleh Bantu Tenangkan Anda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd