Now Reading
[Video] Terjumpa Pemandu Tak Buka Lampu Kereta Waktu Malam? Lelaki Kongsi Cara Untuk ‘Tegur’ Mereka

[Video] Terjumpa Pemandu Tak Buka Lampu Kereta Waktu Malam? Lelaki Kongsi Cara Untuk ‘Tegur’ Mereka

Setiap pemandu perlu membuka lampu kereta ketika pemanduan pada waktu malam sebagai langkah berhati-hati di jalan raya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pernah tak korang memandu waktu malam, tiba-tiba nampak ada pemandu yang tidak membuka lampu kereta?

Lebih membahayakan lagi apabila keadaan itu berlaku di jalan yang gelap dan tiada lampu. Risau kalau ada kereta yang memecut laju tanpa menyedari ada kenderaan di hadapan mereka.

Walaupun hanya sekadar lampu, tetapi ia memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.


Ini Cara Untuk ‘Tegur’ Pemandu Untuk Pasangkan Lampu Pada Waktu Malam

Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@bckupacc99), individu ini memberikan panduan kepada orang ramai tentang cara-cara untuk menegur pemandu yang terlupa untuk membuka lampu kereta pada waktu malam terutamanya di kawasan yang tiada pencahayaan.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Memberikan lampu pancaran tinggi (high beam) sebanyak dua kali untuk mendapatkan perhatian pemandu di hadapan.
  2. Tutup lampu tersebut dalam tempoh dua hingga tiga saat.
  3. Kemudian, baru buka semula lampu kereta anda.

Kalau pemandu masih tidak perasan, ulangi tiga langkah di atas sehingga mereka tersedar untuk membuka lampu kereta ketika pemanduan pada waktu malam.

Nota: Jangan keliru dengan lampu kereta dan lampu brek ya!

Di akhir video tersebut, pemandu yang terlupa untuk membuka lampu keretanya itu memberikan lampu ‘double signal’ sebagai tanda terima kasih kepada lelaki tersebut kerana menegurnya untuk membuka lampu semasa pemanduan.

Nampak ringkas je kan? Tapi ia adalah satu ‘teguran’ yang sangat bermakna dan boleh menyelamatkan nyawa terutamanya di jalan yang gelap atau lampu jalan yang malap.


Orang Ramai Kongsi Pelbagai Pengalaman Ketika Cuba Tegur Pemandu Yang Terlupa Buka Lampur Kereta

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai kisah dan cerita yang dikongsikan oleh pengguna media sosial ketika mereka mahu membantu untuk memberi teguran kepada pemandu yang terlupa untuk membuka lampu kereta semasa pemanduan waktu malam.

Ada yang katanya pernah diangggap mahu ajak berlumba di jalan raya oleh pemandu lain kerana memberikan lampu ‘high beam’ berulang kali.

Bukan itu sahaja, seorang pengguna X juga berkata dia hampir bergaduh dengan pemandu kerana dikatakan secara tiba-tiba memberikan lampu pancaran tinggi di jalan raya, sebaliknya dia hanya mahu menegur tentang lampu yang lupa untuk dibuka.

Pada masa yang sama, segelintir netizen pula berkata mereka lebih gemar untuk memberikan teguran dengan menjerit dari tingkap daripada membuka lampu ‘high beam’.

Baca Artikel Berkaitan: Cara Bijak Pemandu Tegur Kereta Hadapan Yang Terlupa Buka Lampu Dipuji Ramai [Video]

Sumber: X

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd