[Video] Anda Ada Masalah Jerawat Belakang Badan? Ini 4 Langkah Untuk Atasinya
Antara faktor yang menyebabkan jerawat tumbuh belakang badan adalah jangkitan bakteria, pengeluaran minyak atau sebum berlebihan dan banyak lagi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Masalah jerawat adalah satu kebiasaan dalam masyarakat tidak kira jantina atau umur. Jerawat ini boleh terbentuk atas pelbagai faktor sebagai contoh hormon tidak stabil, pemakanan kurang terjaga, kerap memegang muka dengan tangan kotor dan banyak lagi.
Walaupun ia adalah masalah yang normal namun, ia sememangnya memberi ketidakselesaan kepada diri sendiri. Ramai juga di antara kita yang berasa kurang yakin untuk keluar berjumpa dengan orang apabila banyak jerawat.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemuda Kecewa, Ditolak Teman Wanita Hanya Kerana Wajah Berjerawat
Jerawat ini bukan sahaja boleh tumbuh di kawasan muka, tetapi juga pada anggota badan yang lain.
Terdapat banyak lagi tempat lain yang boleh dipenuhi jerawat sekiranya kawasan itu mempunyai folikel rambut seperti dada, leher, bahu, lengan, pinggul dan belakang badan.
Masalah Jerawat Pada Bahagian Belakang Badan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang pempengaruh yang juga doktor perubatan, Dr Aen Saari menerangkan tentang masalah jerawat di belakang badan.
Dr Aen berkata dia juga sedang melalui perkara sama. Doktor tersebut menjelaskan dia tidak boleh memakai hampir semua pakaian jenis fabrik kerana jerawat yang sensitif.
Tambahnya, jerawat akan mula tumbuh di belakang badan sejurus dia berpeluh dan berasa panas.
Faktor Jerawat Belakang Badan Tumbuh
Memetik Hello Doktor, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan jerawat badan ini berlaku iaitu:
- Pengeluaran minyak atau sebum berlebihan
- Folikel rambut tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati
- Jangkitan bakteria
- Aktiviti berlebihan oleh hormon androgen
- Ubat-ubatan
- Genetik
Fungsi asal sebum daripada kelenjar minyak adalah untuk memberi kelembapan pada kulit badan, namun jika kandungan itu sudah berlebihan ia boleh menyebabkan penghasilan jerawat.
Langkah Merawat Jerawat Badan
Pun begitu, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan masalah jerawat belakang badan ini. Antaranya:
#1. Kerap Tukar Pakaian
Yang pertama adalah kerap menukar pakaian. Jika anda dapati baju sudah basah atau terkena kesan peluh, gantikan dengan pakaian yang lain. Jika anda sering berpeluh, mandi juga boleh mengurangkan masalah ini.
#2. Elak Pakai Baju Ketat
Selain itu adalah mengelakkan diri daripada memakai baju yang terlalu ketat dan mengikut badan. Hal ini kerana baju yang ketat boleh menyebabkan geseran pada kulit badan sekaligus menyebabkan penghasilan peluh dan jerawat badan.
Rekaan dan trend baju yang longgar pada ketika ini adalah pilihan yang lebih baik.
#3. Cari Sabun Pencuci Yang Sesuai
Seterusnya adalah penting untuk anda mengambil produk penjagaan yang sesuai bagi menangani masalah jerawat ini. Pencuci yang perlu digunakan adalah jenis yang rendah pH dan ‘gentle’.
Kandungan sabun pencuci yang terbaik ialah asid glikolik, asid laktik atau asid salisilik.
#4. Elakkan Produk Wangian Secara Langsung Pada Badan
Elakkan daripada menyapu sebarang produk wangian terus kepada badan sebagai contoh losyen. Ia akan membawa masalah sama iaitu kerengsaan kulit seterusnya peningkatan jerawat badan.
@draenbebel Replying to @ㅤㅤ ㅤㅤ ã…¤ ini sabun yang okay untuk jerawat badan so far! If nak I review, nanti bagitahu tau! #draenshares #draenbebel #letsbebel #medicaleducator #skincaregurumalaysia #beautyspeaker #skincarespeaker #kesihatanwanita #jagakulit #jerawatbadan #bacne #drdermis #alluskin #carriejunior ♬ original sound – Dr Aen | Let’s Bebel
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang sedang bergelut dengan masalah jerawat belakang badan. Jangan lupa cuba tips ini ya!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dah Cuba Banyak Cara Tapi Parut Jerawat Masih Tak Hilang, Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: Pakar Kongsi Rawatan Efektif Untuk 2 Jenis Parut Jerawat Di Muka
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram