Now Reading
Risau Dengan Jenayah Berleluasa? Ini 9 Tips Untuk Jaga Keselamatan Diri

Risau Dengan Jenayah Berleluasa? Ini 9 Tips Untuk Jaga Keselamatan Diri

Penjagaan keselamatan diri adalah sangat penting terutamanya apabila berseorangan di kawasan yang sunyi dan tidak ramai orang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semakin hari semakin banyak kes jenayah yang kita lihat di media sosial dan ia membuatkan orang ramai mula timbul rasa bimbang untuk keluar rumah.

Kalau dulu, kita selalu berpesan kepada kanak-kanak untuk tidak mengikut individu yang tidak dikenali. Tetapi kini, lelaki dan wanita dewasa juga sudah tidak begitu selamat tidak kira pada waktu siang atau malam.

Lebih merisaukan lagi apabila kebanyakan individu yang dilaporkan hilang kemudiannya dijumpai oleh pihak polis dalam keadaan yang sudah tidak lagi bernyawa.

Baca Artikel Berkaitan: Identiti Mayat Lelaki Di Jambatan Sungai Klang Disahkan Nidza Afham

Baca Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Mayat Ditemui Tanpa Kepala Adalah Cikgu Istiqomah Yang Hilang Sejak 8 Bulan Lalu

Baca Artikel Berkaitan: Nur Farah Kartini Dipercayai Mati Dibunuh, Penjawat Awam Usia 26 Tahun Dibawa Ke Mahkamah Untuk Reman


Kurangkan Peluang Kepada Penjenayah

Susulan banyak kes jenayah yang terjadi sejak kebelakangan ini, orang ramai tampil berkongsi pelbagai tips untuk menjaga keselamatan diri dan mengurangkan risiko untuk menjadi mangsa penjenayah.

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (@anaszack), individu ini berkongsi ilmu daripada pengalamannya mempelajari tentang kriminologi dari pelbagai sumber.

Jelasnya, terdapat pelbagai jenis penjenayah dan antara yang paling ramai adalah ‘opportunist criminal’ di mana mereka akan cuba mencuri peluang apabila melihatnya.

Antara peluang yang dimaksudkan adalah:

  • Kereta diparkir di kawasan gelap dan sunyi
  • Individu berjalan seorang diri di kawasan gelap sambil bermain telefon.
  • Beg ditinggalkan di atas meja tanpa pengawasan.

Keadaan ini menyebabkan penjenayah akan lebih melihatnya sebagai peluang berbanding risiko.

Sumber: Freepik

Jadi macam mana untuk mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa? Caranya adalah dengan mengurangkan peluang pemangsa dan menunjukkan bahawa ia adalah lebih kepada risiko berbanding ‘reward’.

“Kita kena susahkan mereka untuk buat kerja. Jadi mereka akan fikir risiko berbanding reward dan berfikir tak berbaloi pun untuk mereka ambil risiko tu,” kata pengguna X tersebut.


Tips Keselamatan Diri Dari Menjadi Mangsa Penjenayah

Kebiasaannya, penjenayah akan menyerang individu yang berseorangan. Jadi kepada anda yang selalu berjalan tanpa teman, berikut adalah tips yang perlu diberi perhatian demi menjaga keselamatan diri.

Antaranya:

#1. Peka Dengan Keadaan Sekeliling
Sumber: Pexels

Apabila berjalan, elakkan dari bermain telefon dan mendengar lagu. Apabila penjenayah melihat anda tidak peka dengan keadaan persekitaran, jadi mereka akan mengambil peluang untuk menyerang anda.

#2. Jalan Berlawanan Arus
Sumber: Pexels

Dengan berjalan melawani arus, anda lebih senang untuk peka dengan apa yang mendatang ke arah anda dan ia secara tidak langsung menyukarkan penjenayah untuk melakukan ‘kerja’ mereka.

#3. Memilih Laluan Bercahaya
Sumber: Pexels

‘Opportunistic criminal’ ini akan berasa tergesa-gesa sekiranya mereka melakukan jenayah di kawasan yang terang dan bercahaya kerana risiko untuk perbuatan mereka dilihat oleh orang lain adalah lebih tinggi.

#4. Elakkan Berjalan Seorang Diri
Sumber: Pexels

Sekiranya anda memang tidak mempunyai teman untuk berjalan, cuba untuk mengikuti mana-mana kumpulan lain yang sedang berjalan di laluan sama.

Tetapi jika tiada individu di laluan, jalanlah dengan penuh yakin kerana aura keyakinan itu berkemungkinan boleh membuatkan penjenayah untuk teragak-agak menyerang anda.

Salah satu cara untuk berjalan dengan yakin adalah dengan menegakkan postur badan, melebarkan dada dan menstabilkan kelajuan berjalan.

#5. Jangan Pamerkan Barang Berharga
Sumber: Pexels

Kalau anda memiliki barang berharga, sebaiknya sorokkan kesemuanya di dalam beg terutamanya barang kemas.

Selain itu, jangan peluk atau letak beg di dada kerana ia seolah-olah memberi petanda bahawa anda sedang memegang beg yang mengandungi barang berharga.

#6. Elakkan Dari Melalui ‘Route’ Yang Sama
Sumber: Pexels

Lebih membimbangkan adalah apabila penjenayah sudah menjadi anda sebagai sasaran mereka selepas memerhatikan anda dalam tempoh masa tertentu.

Perkara ini boleh berlaku kerana anda menggunakan jalan yang sama ketika pergi atau pulang dari kerja. Seeloknya, tukar perjalanan anda sekali-sekali agar tidak dapat dikesan oleh penjenayah.

#7. Sentiasa Bersedia Dengan Alat Keselamatan
Sumber: Medical News Today

Di mana sahaja anda berada, pastikan di dalam beg sudah tersedia dengan alat keselamatan yang ‘compact’ terutamanya kepada golongan wanita.

Antara alat keselamatan yang boleh disediakan adalah:

  • Semburan lada
  • Kunci penggera
  • Gunting kecil
#8. Elakkan Dari Berkongsi Lokasi ‘Live’ Secara Terbuka
Sumber: Pexels

Sebaik-baiknya, elakkan dari memuat naik IG Story yang menunjukkan lokasi semasa anda. Ia bagi mengelakkan penjenayah mengetahui lokasi anda pada ketika itu.

Kalau nak upload juga, tunggu selepas tiga atau empat jam selepas beredar dari lokasi itu.

Selain itu, mereka yang aktif berlari dan suka menghubungkannya dengan aplikasi Strava, tetapkan lokasi anda itu kepada pengikut yang dikenali sahaja berbanding membiarkannya terbuka kepada orang awam.

#9. Maklumkan Kepada Individu Terdekat Jika Mahu Ke Mana-mana Lokasi
Sumber: Pexels

Sekiranya anda mahu ke sesuatu lokasi, maklumkan perkara itu kepada sekurang-kurangnya seorang individu tidak kiralah ahli keluarga, rakan-rakan, teman wanita atau sebagainya.

Untuk lebih selamat lagi, kongsikan juga lokasi ‘live’ anda denga mereka yang dipercayai dengan menggunakan aplikasi penjejakan lokasi.


Doa Sebelum Keluar Rumah

Kepada umat Islam, antara ikhtiar lain yang boleh dilakukan adalah dengan membaca doa sebelum keluar rumah atau ayat Kursi sebagai pendinding untuk melindungi diri daripada sebarang perkara tidak diingini.

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Maksudnya: Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.

Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara buruk. Jaga diri ya semua!

Baca Artikel Berkaitan: Ini 8 Tips Keselamatan Untuk Para Wanita, Take Note!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd