Ini 8 Tips Keselamatan Untuk Para Wanita, Take Note!
Antara tips untuk para wanita melindungi diri adalah tidak terlalu leka bermain telefon atau mendedahkan lokasi di media sosial.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak akhir-akhir ini, keselamatan para wanita semakin merisaukan selepas terdapat banyak kes jenayah dilaporkan berlaku di mana golongan wanita yang menjadi mangsanya.
Dalam keadaan seperti ini, kaum hawa sekalian dinasihati untuk tidak pergi ke mana-mana secara berseorangan dan digalakkan untuk berteman.
Ini kerana wujud sesetengah individu yang dipercayai mempunyai niat buruk kepada seseorang sehingga boleh mengancam keselamatan.
Tips Keselamatan Untuk Golongan Wanita
Menerusi video perkongsian di laman TikTok (@browandaa), individu ini telah berkongsi beberapa tips keselamatan yang boleh diamalkan oleh para wanita bagi melindungi diri daripada sebarang perkara tidak diingini.
Antaranya:
#1. Beri Pesanan Mesej Sebagai Isyarat

Sebagai contoh jika anda balik dari kerja jam 11pm, sudah tentu jam 12am sudah tiba di rumah betul tak?
Jadi sebelum bergerak pulang, anda boleh menghantar pesanan mesej kepada keluarga atau pasangan dengan memberitahu sekiranya anda tidak sampai di rumah pada jam 1am atau 2am, ia bermakna sesuatu tidak dijangka telah berlaku.
Situasi itu juga menandakan anda perlu segera dijejaki dan dilaporkan kepada polis.
#2. Memakai Kasut Yang Rata

Memakai kasut yang rata akan memudahkan anda untuk berlari untuk menyelamatkan diri. Jika anda memakai kasut tumit tinggi, potensi untuk berlari jauh agak sukar.
Kalau boleh, carilah tempat yang mempunyai ramai orang untuk berlari menyelamatkan diri.
#3. Pertahankan Diri Jika Diserang

Sekiranya diserang oleh pelaku, anda perlu melakukan perkara yang sama untuk menyelamatkan diri seperti membaling pasir ke bahagian mata atau memukul bahagian badan penjenayah.
Selain itu, anda juga boleh mencakar penjenayah supaya DNA mereka berada di bawah kuku dan ia secara tidak langsung memudahkan pihak polis untuk mengesan suspek.
#5. Jangan Terlalu Mesra Dengan Individu Tidak Dikenali

Kalau ada individu yang menghampiri dan cuba untuk berborak dengan anda, sebaik-baiknya perbualan tersebut tidak dilayan.
Sekiranya mahu jawab sekalipun, elakkan dari mendedahkan perkara sebenar atau terlalu jujur lebih-lebih lagi ditanya soalan tentang menunggu siapa ketika anda berseorangan.
#6. Elakkan Dari Leka Bermain Telefon

Sebagai langkah keselamatan, elakkan dari terlalu leka bermain telefon sehingga tidak menyedari keadaan di sekeliling anda.
Anda perlulah peka dengan kawasan persekitaran termasuklah bunyi tapak kaki, pantulan bayang-bayang dan sebagainya.
#7. Muat Naik Aplikasi Untuk Mengesan Lokasi

Untuk menjamin lagi keselamatan anda, boleh juga muat turun aplikasi untuk menjejaki lokasi anda secara ‘live’ seperti ‘Life360‘. Kalau boleh, minta ahli keluarga memuat turun aplikasi sama agar mereka boleh memantau lokasi anda.
Oleh kerana aplikasi untuk menjejaki lokasi anda sering digunakan, sebaik-baik untuk bawa juga powerbank kerana bimbang sekiranya bateri telefon memakan masa yang singkat untuk berkurangan.
#8. Tidak Mendedahkan Lokasi Di Media Sosial

Media sosial kini menjadi platform orang ramai untuk berkongsi segala perkara yang berlaku dalam kehidupa mereka.
Sebagai pengguna yang bijak, anda dinasihati untuk tidak mendedahkan lokasi keberadaan kepada orang ramai di media sosial kerana bimbang wujud individu yang berniat jahat.
Lebih merisaukan lagi apabila mereka juga sudah boleh meramal rutin anda pada setiap hari.
Tips Keselamatan Bagi Pemandu Wanita

Masalah melibatkan isu keselamatan wanita kini perlu diambil berat oleh masyarakat kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa sama ada di kawasan terbuka atau kawasan tertutup.
Bagi kaum wanita di luar sana yang memandu seorang diri, berikut kami kongsikan beberapa tips keselamatan lain bagi melindungi diri anda.
Antaranya:
- Jangan meletakkan beg tangan atau barangan berharga di tempat duduk penumpang semasa memandu.
- Sekiranya anda rasa sedang diekori, terus pandu kereta ke balai polis berdekatan dan menghubungi pihak polis untuk memberikan keterangan.
- Periksa keadaan sekeliling kenderaan sebelum memasuki kereta.
- Segera mengunci pintu kereta sebelum memasuki kenderaan.
- Menjerit sekuat hati atau menekan hon jika diganggu individu tidak dikenali.
- Sediakan penyembur lada, wisel keselamatan atau kunci penggera di dalam beg untuk digunakan sekiranya diserang.
Penting ya untuk golongan wanita mengetahui tips-tips seperti ini untuk melindungi diri daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bukan sahaja di kawasan yang sunyi, malah sesetengah wanita juga pernah diganggu ketika berada di dalam sebuah pusat membeli-belah seperti di kawasan parkir kereta, tandas dan surau.
Hati-hati ya semua!
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Trauma Diekori Lelaki ‘Pelik’ Di Parkir Pusat Beli-belah, Siap Ambil Gambar Senyap-senyap
Baca Artikel Berkaitan:
Baca Artikel Berkaitan: “Mesti Trauma” – Wanita Diekori Lelaki Menyamar Pakai Purdah Dari Tandas Hingga Ke Surau
Baca Artikel Berkaitan: “Ni Kali Kedua Kena” – Wanita Dedah Dirinya & Ibu Diekori Lelaki Tidak Dikenali Di Pusat Beli-belah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.