Now Reading
Boleh Ke Letak Nama Pelik Untuk Anak? Ini Garis Panduan Yang Dikeluarkan Oleh JPN

Boleh Ke Letak Nama Pelik Untuk Anak? Ini Garis Panduan Yang Dikeluarkan Oleh JPN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak membenarkan ibu bapa untuk menggunakan nama anak yang tidak memberi makna baik dalam Bahasa Melayu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Salah satu tanggungjawab penting yang perlu dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan nama dengan maksud yang baik kepada cahaya mata mereka.

Tapi kalau anda perasan, wujud segelintir ibu bapa yang meletakkan nama bayi mereka dengan sebutan yang agak unik sehingga sukar untuk disebut serta terlalu panjang untuk dieja.

Antara nama bayi yang pernah tular sebelum ini adalah seperti Baby Girl dan Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah.

Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Yang Tak Percaya” – Nama Baby Girl Ariffin Curi Perhatian Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Nama Penuh Gadis Ini Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah. Cuba Sebut, Boleh?


Jabatan Pendaftaran Negara Keluarkan Panduan Untuk Beri Nama Kepada Anak

Baru-baru ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook rasmi mereka telah mengeluarkan garis panduan untuk pemberian nama anak dan pindaan nama pada Sijil Kelahiran.

Berikut adalah ciri-ciri nama yang tidak dibenarkan oleh pihak JPN kepada ibu bapa yang mahu memberikan nama kepada cahaya mata mereka. Antaranya:

  • Tidak boleh menggunakan nama yang tidak memberi makna baik dalam Bahasa Melayu atau nama yang tidak diingini. Sebagai contoh:
    • bod*h
    • busuk
    • harimau
    • evil
    • skibidi
  • Tidak boleh meletakkan gelaran pada nama. Sebagai contoh:
    • Datuk
    • Tan Sri
    • Puan Sri
    • Haji
  • Ejaan nama anak yang tidak mengelirukan atau tidak terlalu ‘fancy’ sehingga sukar untuk disebut dan dieja. Sebagai contoh:
    • chuynx
    • ytjt
    • usyux

Selain itu, had maksimum aksara nama yang boleh diletakkan pada Sijil Kelahiran adalah sehingga 80 aksara sahaja.


Masyarakat Pelik Dengan Ibu Bapa Yang Beri Nama Pelik-pelik Kepada Anak

Menjengah di ruangan komen hantaran tersebut, segelintir masyarakat meluahkan rasa pelik dengan sikap sesetengah ibu bapa yang menamakan anak dengan nama yang agak pelik.

“Skibidi acik dia”, kata netizen.

Malah, ada juga yang mendakwa mungkin wujud ibu bapa yang berbuat demikian sehingga menyebabkan pihak JPN terpaksa membuat hantaran mengenai panduan untuk memberi nama anak.

“Kalau JPN dah warning macam ni bermakna ada yang cuba atau dan ada kes macam ni. Apalah. Kan sunnah untuk letak nama anak yang baik-baik,” ujar seorang netizen.

Pada masa yang sama, pengguna Facebook juga berterima kasih kepada pihak JPN kerana telah mengeluarkan garis panduan berkenaan kepada orang ramai.

Sumber: Facebook

Hukum Letak Nama Anak Tanpa Makna

Menurut pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI), hukum ibu bapa meletakkan nama anak tanpa makna adalah makruh dan boleh menjadi haram sekiranya memiliki maksud yang tidak baik.

Jelas pendakwah berkenaan lagi, pemberian nama yang membawa maksud baik serta indah dalam Islam akan membentuk keperibadian individu itu.

Baca Artikel Berkaitan: Makhruh Hukum Letak Nama Anak Tanpa Makna, Kata UAI [Video]


Nama-nama Yang Memberi Maksud Baik Dalam Islam Bagi Anak Lelaki Dan Perempuan

Sebagai ibu bapa, antara tanggungjawab terawal kepada anak mereka adalah dengan memilih nama yang memberi maksud baik. Penting ya untuk memilih nama terbaik kepada si kecil kerana panggilan tersebut akan menjadi identiti mereka sepanjang hayat.

Antara nama yang membawa maksud baik adalah:

Anak Lelaki:

  • Amir (Memakmurkan)
  • Ali (Yang Mulia)
  • Danish (Bijak)
  • Amin (Dipercayai)
  • Eidlan (Keadilan)
  • Hafiz (Pelindung)
  • Ikhwan (Persaudaraan)
  • Mahmud (Terpuji)
  • Omar (Panjang umur)
  • Rahimi (Kesayanganku)
  • Rahman (Pemurah)
  • Uwais (Pemberian)
  • Wadud (Penyayang)

Anak Perempuan:

  • Aina (Mata yang cantik)
  • Batrisyia (Cerdik)
  • Dhia (Sinaran)
  • Ermina (Peramah)
  • Eshal (Bunga syurga)
  • Jameel (Cantik)
  • Jawhara (Mutiara)
  • Liyana (Kelembutan)
  • Misyah (Kegembiraan)
  • Qistina (Keadilan)
  • Sabrina (Kesabaran)
  • Ufairah (Berani)

Memetik mStar, antara nama-nama paling popular di Malaysia setakat 2018 bagi lelaki adalah Ismail, Ahmad dan Abdullah manakala bagi golongan wanita pula adalah Fatimah, Zainab dan Azizah.

Rekod nama terpanjang yang dipegang pada waktu itu adalah Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian.

Baca Artikel Berkaitan: Bayi Nama Muhammad Berada Di Carta Teratas 100 Nama Paling Popular Di UK 2023

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Dedah Tak Wajib Guna Bin & Binti Pada Nama Orang Islam

Baca Artikel Berkaitan:  Wanita Ini Miliki 1,019 Huruf Dalam Sijil Kelahiran. Pecah Rekod Nama Terpanjang Di Dunia!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd