Now Reading
Pertama Kali Naik Kapal Terbang? Ini Panduan Sesuai Untuk ‘Solo Traveler’

Pertama Kali Naik Kapal Terbang? Ini Panduan Sesuai Untuk ‘Solo Traveler’

Perkara paling penting buat anda yang pertama kali menaiki pesawat penerbangan adalah untuk tiba di lapangan terbang beberapa jam lebih awal sebelum berlepas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Salah satu impian bagi sesetengah individu adalah untuk bercuti ke beberapa lokasi secara solo. Sambil-sambil itu, boleh ‘healing’.

Bagi mereka yang pertama kali mahu menjadi ‘solo traveler’, mungkin ia agak sukar pada permulaanya kerana perlu berdikari dan mencari jalan penyelesaian seorang diri.

Tetapi jangan risau, segala perkara yang berlaku pasti akan menjadi satu pengalaman mematangkan untuk anda pada masa akan datang.


Tips Untuk ‘Solo Traveler’ Yang Pertama Kali Naik Kapal Terbang

Kepada anda yang baru berjinak-jinak untuk bercuti secara solo dan belum berpengalaman menaiki kapal terbang, seorang pengguna di laman X (@zalyazahari) telah berkongsi tips untuk kalian.

Perkara yang perlu dilakukan adalah:

#1. Datang Beberapa Jam Lebih Awal Sebelum Penerbangan
Sumber: MalayMail

Bagi penerbangan domestik, anda dinasihatkan untuk sekurang-kurangnya berada di lapangan terbang dua atau tiga jam sebelum pesawat berlepas.

Tetapi kalau mahu ke luar negara, sebaiknya tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum penerbangan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa kena datang awal sehingga beberapa jam sebelum waktu berlepas?

Ini kerana terdapat beberapa prosedur yang perlu dilalui seperti mendaftar masuk bagasi, pemeriksaaan di kaunter imigresen serta pemeriksaan keselamatan melibatkan tubuh dan beg.

Itu belum kira tempoh masa untuk berjalan dan mencari pintu perlepasan lagi.

#2. Semak Penerbangan Di Skrin
Sumber: klia2.info/ X

Setibanya di lapangan terbang, terus semak jadual penerbangan anda di papan skrin digital.

Perkara yang perlu disemak adalah:

  • Nombor penerbangan
  • Waktu perlepasan
  • Nombor pintu perlepasan
  • Kaunter untuk mendaftar masuk
#3. Mendaftar Masuk
Sumber: AirAsia

Untuk proses mendaftar masuk, ia boleh dilakukan sama ada secara atas talian atau di kaunter. Bagi penerbangan menggunakan perkhidmatan AirAsia, anda boleh mendaftar masuk secara online menerusi aplikasi mereka.

Boleh tengok di bawah sebelah kanan ada tertulis ‘Check-In’, kemudian masukkan nombor tempahan dan nama penuh sebelum cetak tiket penerbangan.

Ketika mahu mencetak tiket, boleh juga imbas kod QR yang diterima semasa membeli tiket online. Nak masukkan nombor tempahan secara manual pun tak ada masalah.

Jangan lupa cetak tag untuk bagasi anda sekali ya.

#4. Mendaftar Masuk Beg
Sumber: Soya Cincau/ X

Selepas mendaftar masuk, boleh pergi pula ke kaunter untuk mendaftar masuk beg pula.

Di kaunter itu, ambil scanner untuk imbas tiket dan tag pada beg anda sebelum menimbang berat bagasi yang dibawa. Kalau tidak melebihi had, biarkan sahaja beg itu bergerak sendiri dan selesai.

#5. Bergerak Ke Perlepasan Antarabangsa Atau Domestik
Sumber: klia2.info

Sekiranya anda mahu terbang ke luar negara, boleh beratur di Perlepasan Antarabangsa manakala penerbangan dalam negara pula perlu beratur di Perlepasan Domestik.

Bagi perlepasan domestik, pegawai yang bertugas akan meminta kad pengenalan dan juga tiket penerbangan untuk semakan. Bagi penerbangan ke luar negara, mereka akan meminta dokumen pasport serta tiket penerbangan.

#6. Imigresen
Sumber: MalayMail

Bagi mereka yang bakal melakukan perjalanan ke luar negara, anda perlu melalui imigresen bagi menyemak status perjalanan imigresen di mesin automatik.

Apa yang perlu dilakukan adalah dengan meletakkan pasport dan cap jari untuk diimbas.

#7. Pemeriksaan Kastam
Sumber: X

Ketika pemeriksaan kastam, pegawai yang bertugas akan menyemak kandungan beg anda.

Pada waktu ini, segala barangan elektronik seperti komputer riba atau kamera digital perlu dikeluarkan dari dalam beg dan diletakkan di dalam bekas yang disediakan.

Kalau anda ada sebarang alat logam termasuklah duit syiling, kunci dan sebagainya, ia juga perlu dikeluarkan supaya mesin pengimbas tidak berbunyi ketika anda melaluinya.

#9. Tunggu Pesawat
Sumber: Pexels

Untuk memudahkan anda, terus sahaja mencari pintu perlepasan dan duduk di kawasan berhampiran supaya senang untuk menerima sebarang makluman mengenai penerbangan.

Kalau nak tahu di mana pintu perlepasan anda, boleh ikut sahaja papan tanda yang tertera.

Akhir sekali, anda hanya perlu menunggu ketibaan pesawat dan arahan dari kru kabin.

Para penumpang juga perlu beratur untuk masuk di pintu perlepasan sebelum dibenarkan untuk memasuki pesawat.


Barangan Yang Tidak Boleh Dibawa Di Dalam Pesawat (Hand Carry)

Sumber: Freepik

Mengikut Piawaian Perjalanan Antarabangsa, penumpang tidak dibenarkan untuk membawa beberapa barangan berikut di dalam pesawat. Antaranya:

  • Senjata dan objek bermata tajam
    • Pisau lipat
    • Parang
    • Pisau cukur pakai buang
    • Kapak
    • Parang
    • Playar
    • Pemutar skru
    • Gunting
  • Peralatan tumpul
    • Kayu besbol
    • Kayu golf
    • Joran
    • Kayu pemukul kriket
    • Baton
  • Bateri jenis litium, sel ion litium dan bateri ganti
    • Powerbank melebihi 100Wh
    • Kenderaan mudah alih berkuasa bateri

Bagi saiz bagasi kabin yang boleh dibawa masuk, ia adalah berukuran tidak melebihi 56cm (tinggi) x 36cm (lebar) x 23cm (panjang).

Sumber: Pexels

Barangan Yang Tidak Boleh Dibawa Dalam Bagasi Yang Sudah Didaftar Masuk (Check-in Luggage)

Barangan berikut adalah dilarang dibawa di dalam bagasi yang sudah didaftar masuk. Antaranya:

  • Semua jenis pistol, senjata api dan senjata
  • Bahan letupan
  • Bahan mudah terbakar
  • Bahan kimia dan toksik
  • Tumbuhan dan bunga hidup
Sumber: Freepik

Senarai Barang Kelengkapan Untuk Penerbangan ‘Long-Haul’

Kebiasaannya, penerbangan ke negara-negara di luar Asia Tenggara pasti mengambil masa berbelas jam dari Malaysia untuk sampai ke destinasi.

Sumber: Freepik

Bagi memastikan pengalaman anda sepanjang penerbangan dijamin selesa, jom kami kongsikan beberapa barangan kelengkapan yang boleh dibawa, seperti:

  • Tuala muka
  • Bantal leher
  • Penutup mata
  • Stokin
  • Selimut
  • Baju salinan
  • Kabel telefon
  • Earplug
  • Produk penjagaan wajah bersaiz travel
  • Berus gigi bersaiz travel
  • Tisu basah

Pakaian Yang Tidak Sesuai Ketika Menaiki Penerbangan Yang Lama

Sumber: Pexels

Apabila berada dalam kapal terbang, anda semestinya mahukan keselesaan sepanjang perjalanan dan cara pemakaian juga salah satu faktor yang memainkan peranan.

Antara pemakaian yang perlu dielakkan ketika mahu menaiki kapal terbang terutamanya bagi penerbangan yang lama adalah seperti:

  • Seluar jeans
    • Boleh digantikan dengan seluar yang ‘strechable’.
  • Kasut yang penuh dengan lace atau tinggi
    • Lebih selesa jika memakai kasut sarung.
  • Jumpsuit
    • Boleh digantikan dengan memakain pakaian yang ‘matchy’.
  • Klip rambut
    • Lebih selesa jika hanya mengikat rambut menggunakan getah rambut.
  • Memakai bra yang mempunyai wayar besi
    • Lebih selesa jika memakai bra tanpa wayar.
  • Memakai mekap yang terlalu banyak
    • Ruang udara di dalam penerbangan boleh menjejaskan kulit muka lebih-lebih lagi jika memakai mekap dalam tempoh yang lama.

Perkara Yang Penumpang Kapal Terbang Tak Boleh Buat Ketika Pesawat Ingin Berlepas Dan Mendarat

Setiap penerbangan yang ingin berlepas atau mendarat mempunyai beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap penumpang.

Kalau tidak, ia boleh mengganggu proses penerbangan daripada berlaku dengan lancar.

Sumber: Pexels

Antara perkara yang perlu dipatuhi oleh setiap penumpang sebelum berlepas dan juga mendarat adalah:

  • Tidak menggunakan telefon atau barangan elektrik. Penggunaan telefon bimbit sebelum kapal terbang berlepas dan mendarat akan memberi gangguan tarikan elektromagnet kepada sistem pesawat.
  • Tidak boleh merokok.
  • Tidak membawa barangan terlarang seperti bom, pisau dan pistol.
  • Tidak membawa powerbank berkapasiti besar.
  • Tidak membuka pintu kecemasan.

Nasihat Untuk ‘Solo Traveler’

Kepada anda yang teringin untuk ‘solo travel’ ke lokasi pilihan sama ada di dalam atau luar negara, jom kami kongsikan tips berguna untuk anda semua.

Antaranya:

  • Rancang perjalanan sebaik mungkin dan mengetahui tentang lokasi yang ingin dituju.
  • Mengetahui tahap kekuatan andayang membolehkan anda bergerak ke mana sahaja tanpa perlu bergantung kepada orang lain.
  • Kekal berhubung dengan kenalaan atau ahli keluarga untuk memberi maklumat terkini.
  • Bijak mengemas barangan yang perlu dibawa.
  • Mendapatkan rehat yang secukupnya.
  • Percaya pada gerak hati.
  • Sentiasa berwaspada dengan kawasan sekeliling terutamanya penyeluk saku.

Kepada anda yang bercadang untuk melancong secara solo, bolehlah cuba tips yang kami kongsikan ini. 😊

Baca Artikel Berkaitan: Nak ‘Solo Travel?’ Ini 7 Tips Yang Anda Perlu Mahir Terlebih Dahulu

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Solo Trip 4H3M Ke Pulau Semporna, Sabah. Baru Betul ‘Healing’ Ya!

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok, Sesuai Untuk Shopping & Jalan-jalan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd