Wanita Ini Kongsi Cara Untuk Simpan Sayur Yang Berbeza Dalam Peti Sejuk. Senang Je!
Tidak semua jenis sayur-sayuran boleh disimpan dengan cara yang sama di dalam peti sejuk.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap sayur-sayuran mempunyai cara yang berbeza untuk disimpan agar ia lebih tahan lama.
Mesti ramai yang ingat, letak sayur dalam peti ais pun sudah memadai kan? Sebenarnya, terdapat cara potongan dan basuhan yang tersendiri bagi setiap jenis bahan ini sebelum ia disimpan.
Kalau potong sebarangan, ia boleh menyebabkan sayur-sayuran anda mudah teroksida, cepat layu dan tidak segar.
Cara Potong Sayur-sayuran Berbeza Sebelum Ia Disimpan
Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (@zalyazahari), wanita ini berkongsi beberapa tips untuk menyimpan beberapa jenis sayuran mengikut potongan yang betul.
Antaranya:
#1. Cara Simpan Serai

Akar dan kulit luar serai perlu dipotong pendek sebelum ia disimpan dalam bekas yang mempunyai separuh air. Untuk mengekalkan kesegarannya, air tersebut perlu ditukar sebanyak empat hari sekali.
#2. Cara Simpan Halia Dan Lengkuas

Pastikan halia berkenaan telah dikeringkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas atau beg zip lock.
Sekiranya disimpan dalam bekas, ia perlu dilapik dengan tisu, tetapi jika disimpan dalam beg zip lock, ia tidak perlu dilapik tisu.
#3. Cara Simpan Kentang

Terdapat dua cara yang boleh dilakukan untuk menyimpan kentang iaitu dengan meletakkannya di dalam beg sedut udara agar yang lambat menjadi buruk. Satu lagi cara adalah ia diletakkan dalam beg kertas dan dibalut.
Walaupun ada dua cara berbeza, tetapi konsep yang diterapkan masih sama kerana bagi mengelakkan ia terdedah dengan persekitaran
#4. Cara Simpan Sawi Dan Brokoli

Sayuran ini boleh disimpan dengan cara memotongnya mengikut sebarang bentuk dan masukkan ke dalam bekas atau beg plastik zip lock. Pastikan sebelum sayur-sayuran ini dimasukkan, lapikkan dengan sehelai tisu kemudian satu lagi lapisan di atasnya.
Lapisan tisu ini berfungsi untuk menyerap air yang keluar daripada sayuran.
#5. Cara Simpan Limau Nipis

Basuh limau terlebih dahulu sebelum dikeringkan dan dimasukkan ke dalam beg plastik zip lock atau bekas.
Bagi mengelakkan warnya bertukar kuning dan boleh disimpan sehingga tempoh sebulan, limau nipis ini hendaklah disimpan pada bahagain sejuk beku di dalam peti sejuk
#6. Cara Simpan Daun Pandan

Daun pandan tersebut perlu dibasuh bersih sebelum diikat atau dipotong mengikut saiz bekas. Kemudian ia juga perlu disimpan di dalam ‘freezer’ peti sejuk.
#7. Cara Simpan Tomato

Selepas dibeli, jangan basuh tomato. Sebaliknya, hanya lap menggunakan tisu, kemudian lapikkannya dengan tisu dalam bekas sebelum disimpan dalam peti sejuk.
#8. Cara Simpan Timun

Untuk timun yang belum dipotong, ia boleh disimpan di dalam beg zip lock tetapi bagi timun yang sudah dipotong, ia perlu dibalut menggunakan plastik pembalut untuk penyimpanan.
#9. Cara Simpan Lobak Merah

Potong sedikit bahagian batangnya yang berwarna hijau, kemudian masukkan ke dalam bekas yang berisi air sebelum ditutup dan disimpan dalam peti sejuk.
Actually setiap sayur ada cara nya nak simpan supaya dia tahan lama and korang pun tak perlu keluar beli secara kerap 🛒
— Zalea ౨ৎ (@zalyazahari) July 9, 2024
Here i nak share cara simpan sayur — pic.twitter.com/I8KcD5nTZK
Ini Tips Untuk Kembali Segarkan Sayur Yang Sudah Layu
Ada satu ‘trick’ yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kesegaran dalam sayur-sayuran yang sudah layu.
Caranya adalah dengan merendam keseluruhan sayuran di dalam air sejuk untuk tempoh yang lama sehingga ia menjadi segar semula. Boleh juga masukkan rendaman tersebut ke dalam peti sejuk agar air kekal sejuk.
Menurut EatingWell, kebanyakan sayur hanya perlu direndam selama 15 hingga 30 minit. Namun bagi sayur seperti lobak merak, ia mungkin memerlukan masa sehingga satu jam

Sayuran ini boleh kembali segar kerana melalui proses deplasmolisis di mana air akan dikembalikan ke dalam sel-sel sayuran apabila direndam di dalam air sejuk yang merupakan larutan hipotonik.
Kaedah ini bukan hanya berkesan untuk sayur-sayuran berdaun seperti salad, daun kesum, dan daun ulam, tetapi juga berhasil untuk menjadikan petai kembali segar.
Walau bagaimanapun, tips ini hanya berkesan untuk sayur yang sudah layu dan bukannya sayuran yang telah rosak.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jangan Buang Sayur Yang Telah Layu, Ikut Tips Ini Agar Ia Segar Semula
Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Jenis Makanan Yang Tak Elok Simpan Dalam Peti Sejuk
Baca Artikel Berkaitan: Nak Simpan Tomato Hingga Tahan Lama? Ini Cara Terbaik Yang Tak Ramai Orang Tahu!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.