Now Reading
“Pemandu E-Hailing Beragama Islam Tak Boleh Hantar Penumpang Ke Tempat Maksiat” – Dr Zulkifli Al Bakri

“Pemandu E-Hailing Beragama Islam Tak Boleh Hantar Penumpang Ke Tempat Maksiat” – Dr Zulkifli Al Bakri

Dr Zulkifli menjelaskan juga tindakan pemandu e-hailing menghantar penumpang ke tempat maksiat termasuk dalam perbuatan membantu ke arah berbuat dosa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam mencari rezeki bagi menyara kehidupan, agama Islam telah memberikan panduan dan batasan yang perlu dipatuhi seperti mana ditetapkan oleh Allah SWT.

Sebagai contoh, umat Islam tidak boleh terlibat dalam apa jua pekerjaan yang melibatkan arak termasuklah menyediakan, menjual, membeli, membawa dan menghasilkan apa-apa berkaitan minuman keras.

Selain minuman keras, tempat-tempat maksiat juga adalah suatu lokasi yang ditegah kerana melibatkan pendedahan aurat, tiada batas pergaulan dan sebagainya.


Boleh Ke Pemandu E-hailing Bawa Penumpang Ke Tempat Maksiat?

Baru-baru ini, bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan bahawa pemandu E-hailing yang beragama Islam TIDAK BOLEH menghantar penumpang ke tempat maksiat seperti kelab malam dan pusat hiburan.

Ini kerana lokasi tersebut sering dikaitkan dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat serta minuman keras.

Beliau menjelaskan juga tindakan pemandu e-hailing yang menghantar penumpang ke tempat tersebut termasuk dalam perbuatan membantu ke arah maksiat dan ia dianggap berdosa kepada Allah SWT.

“Justeru, jika dapat menolak dengan baik tanpa menjejaskan pekerjaannya itu, maka dia hendaklah melakukannya.

“Begitu juga jika perkara tersebut berterusan, maka pada masa sama dia hendaklah berusaha mencari pekerjaan lain yang lebih suci pendapatannya dan lebih diredai oleh Allah SWT,” katanya.


Tetapi Bagaimana Kalau Pekerjaan Sering Terjejas Jika Kerap Membatalkan Pesanan Ke Tempat Maksiat?

Dr. Zulkifli turut menjelaskan seseorang pemandu hendaklah mengeluarkan sebahagian daripada pendapatannya yang sepadan dengan penghantaran ke tempat maksiat untuk ia disalurkan bagi kepentingan umat Islam.

Gambar sekadar hiasan.

Perkara ini boleh dilakukan sekiranya pemandu bimbang sikap mereka yang kerap membatalkan pesanan ke lokasi maksiat akan menjejaskan pekerjaan dan sukar untuk mencari sumber rezeki.

“Sekiranya asas pekerjaannya itu adalah baik yang mana dia sepatutnya hanya membawa penumpang ke destinasi diinginkan atau dituju, dan hanya kadang-kadang sahaja dalam situasi tertentu (dan jarang berlaku) dia terpaksa membawa penumpang ke tempat tertentu yang berkait maksiat dan dosa, kerana dikhuatiri jika kerap menolak untuk membawa penumpang atau seumpamanya, maka dia boleh dibuang daripada pekerjaan tersebut atau menjejaskan pekerjaannya.

“Jadi, ketika dalam situasi tersebut, apatah lagi dalam keadaan yang amat sukar memperoleh pekerjaan untuk menampung hidupnya, maka tidak mengapa dan semoga Allah SWT mengampuni ‘ketergelincirannya’ itu.

“Akan tetapi dia hendaklah mengeluarkan sebahagian pendapatannya yang sepadan dengan penghantaran yang haram tersebut (iaitu membawa penumpang ke kelab malam), lalu disalurkan atau digunakan untuk kepentingan dan maslahat umat Islam,” kata Dr Zulkifli.


Dr Zulkifli Beri Penjelasan Tentang Perbezaan Hotel Hidang Arak Dan Pub

Sumber: X (Twitter @emmelynnamal

Terdahulu, tular kisah tentang seorang seorang pelajar wanita University of Oxford  dari Malaysia bernama Amalina yang menceritakan pub dan bar di United Kingdom menjadi lokasi perbincangan tentang perkara ilmiah.

Walau bagaimanapun, perkongsian video tentang pandangannya mengenai bar dan pub turut menerima reaksi kurang senang dari sesetengah netizen yang berpendapat dia tidak sepatutnya berada di tempat yang menyediakan arak sebagai minuman.

Berikutan itu, Amalina mempersoalkan pula tentang hukum seseorang menginap di hotel yang juga menyediakan arak kepada para tetamu mereka di Malaysia.

Perkara itu telah mendapat perhatian Dr Zulkifli dan beliau memberi pandangan bahawa pelajar wanita itu mempunyai sedikit salah faham selepas didakwa menyamakan pub dengan hotel yang turut menyediakan arak.

Hukum asasnya diberi penjelasan berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يجلس على مائدة يدار عليها الخمر

Maksudnya: Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat, jangan duduk pada hidangan di mana arak dihidangkan.

Gambar sekadar hiasan.

Hotel adalah sebuah tempat penginapan kerana mempunyai urusan manakala pub serta kelab malam pula menjadi lokasi tumpuan untuk meminum arak.

Jelas beliau lagi, tidak ada Muslim yang menginap di hotel semata-mata untuk meminum arak.

Ada dua bentuk pengharaman iaitu muharramat al-wasa’il iaitu perkara yang dihukum haram kerana ia menjadi wasilah kepada perkara haram, dan muharramat al-maqasid iaitu perkara yang haram pada zatnya. Muharramat al-wasa’il boleh jadi harus atau makruh mengikut situasi. Muharramat al-maqasid adalah haram.Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dr Zulkifli juga menyamakan hukum jika seseorang menaiki kapal terbang yang menghidangkan minuman arak kepada penumpang.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Persoal Perbezaan Hotel Hidang Arak & Pub, Ini Penjelasan Dari Dr Zulkifli

Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Islam Yang Tidak ‘Minum’ Dilema Berdepan Isu Jual Arak Kepada Pelanggan

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Umat Islam Join Acara Larian Anjuran Syarikat Yang Amalkan Riba?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd