KKM Kongsi Tips Penggunaan Papan Pemotong Makanan, Elak Jadi Punca Keracunan Makanan
Kesan calar pada papan pemotong makanan boleh menjadi lubuk pembiakan bakteria berbahaya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali sebelum memasak, antara persiapan yang perlu dilakukan adalah memotong bahan-bahan masakan di atas papan pemotong atau juga disebut sebagai ‘chopping board’.
Selain pisau, kebersihan papan pemotong juga perlu diambil berat lebih-lebih lagi jika anda yang mempunyai satu unit sahaja bagi alat tersebut.
Boleh dikatakan papan itulah yang memotong segala bahan masakan seperti ayam mentah, sayur-sayuran, bawang dan sebagainya.
Tips Penggunaan Papan Pemotong Makanan
Menerusi infografik yang dimuat naik di ciapan laman X oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (@KKMPutrajaya), pihak mereka telah mengambil perhatian tentang penggunaan papan pemotong makanan.
KKM berpendapat kebanyakan pengguna sering mengabaikan kebersihan papan pemotong dan dibimbangi boleh mengakibatkan pencemaran silang yang secara tidak langsung menyumbang kepada masalah keracunan makanan.
Sebagai info, pencemaran silang merupakan pergerakan fizikal atau pemindahan bakteria berbahaya dari orang, bahan mentah atau kawasan yang kotor ke makanan yang siap dimasak.
Oleh itu, KKM berkongsi beberapa tips penggunan papan pemotong makanan agar ia digunakan dengan lebih selamat.
Antara tips tersebut adalah:
# Tips Pertama: Lihat Kesan Hitam Pada Papan

Kesan hitam yang sering dilihat pada papan pemotong terhasil daripada pengumpulan sisa kotoran kerana proses pembersihan tidak sempurna.
Jadi sekiranya sudah ada kesan hitam pada papan walaupun ia sudah dibersihkan, seelok-eloknya ia hendaklah ditukar dengan papan yang baharu.
#2. Tips Kedua: Elak Dari Menggunakan Papan Pemotong Kayu

Papan pemotong yang diperbuat daripada kayu tidak elok untuk digunakan kerana ia sukar untuk dibersih serta dikeringkan.
Apabila papan tersebut berada dalam keadaan lembap, ia akan menjadi tempat pembiakan bakteria dan serpihan kayu pada alat berkenaan juga boleh mencemarkan makanan.
#3 . Tips Ketiga: Elakkan Dari Menggunakan Papan Pemotong Plastik

Penggunaan papan pemotong yang dibalut dengan plastik ‘cling wrap’ juga tidak sesuai untuk dipakai kerana boleh mengakibatkan pencemaran fizikal menerusi cebiasan plastik yang terpotong.
#4. Tips Keempat: Lihat Keadaan Dan Bentuk Papan

Orang ramai perlu menukar papan pemotong sekiranya keadaannya sudah tidak rata, kasar atau menunjukkan perubahan warna yang semakin pudar.
Pada masa yang sama, penggunaan sesebuah papan dengan kerap juga boleh menyebabkan ia berisiko untuk mudah pecah dan retak.
Kesimpulannya kena beli stainless steel chopping board
— ًِ (@bckupacc99) June 22, 2024
photo: KKM pic.twitter.com/9qyjvIPNhY
Kuman Pada Papan Pemotong Miliki 200 Kali Ganda Dari Di Tandas
Dalam satu kajian seperti yang dinyatakan dalam satu hantaran di laman Facebook Public Health Malaysia, setiap satu sentimeter persegi papan pemotong mengandungi lebih 24,000 bakteria.
Jumlah tersebut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman di tempat duduk tandas.
Rekahan dan kesan calar pada papan pemotong sebenarnya menjadi lubuk bagi pembiakan kuman.
Jadi Nak Pakai Papan Pemotong Yang Mana Satu?
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Public Health Malaysia, sebaik-baiknya anda menyediakan beberapa papan pemotong makanan yang berbeza.
Sebagai contoh, sediakan tiga papan pemotong untuk bahan berlainan seperti bahan mentah, makanan kering dan juga untuk sayur serta buah-buahan.
Dengan cara ini, bakteria penyebab keracunan makanan seperti Salmonella, E. coli, dan Campylobacter tidak akan berpindah ke makanan lain.
Penjagaan kebersihan di kawasan dapur perlu diambil serius terutamanya kepada para peniaga kerana hidangan tersebut akan dijual kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Warga Asing Di Pulau Pinang Simpan Sate Mentah Dalam Peti Sejuk Berkulat Buat Ramai Loya
Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Ada Najis Tikus Sebelah Makanan, Restoran Terkenal Di Pulau Pinang Diarah Tutup Selama 14 Hari
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Cuci Peti Sejuk Paling Mudah. DIY Je!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



