[Video] Tak Banyak Surau & Masjid, Lelaki Kongsi Tips Solat Ketika Bercuti Di Jepun
Jelas lelaki dikenali sebagai Ilyas itu, walaupun Tokyo merupakan ibu kota Jepun, namun tempat beribadah buat umat Islam seperti surau dan masjid susah untuk ditemui.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak dapat dinafikan, menetap di Malaysia sememangnya memberi faedah kepada para Muslim kerana banyak fasiliti seperti surau dan masjid yang mudah didapati di mana-mana anda berada.
Bahkan, ia juga adalah mudah bagi para pelancong asing yang beragama Islam kerana rata-rata bangunan di negara ini akan tersedia dengan tempat solat.
Namun lain pula buat individu beragama Islam apabila melancong ke luar negara, lebih-lebih lagi ke tempat yang majoritinya tidak terdiri dengan komuniti Islam. Nak cari tempat beribadah pun agak susah.
Lelaki Kongsi Tips Solat Di Jepun
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@halalkeharamjepun) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Ilyas berkongsi satu tips buat para Muslim untuk menunaikan ibadah solat dengan mudah apabila mengunjungi Jepun.
Lelaki tersebut berkata dia kini berada di Tokyo, Jepun. Walaupun Tokyo merupakan ibu kota Jepun dan antara bandar tersibuk di sana, namun tempat beribadah buat umat Islam seperti surau dan masjid susah ditemui.
“Sayangnya hanya ada satu masjid besar iaitu Camii Mosque (Masjid Tokyo) di Shibuya,” kata pemuda itu.
Semasa berada di Kinokuniya di Shinjuku, Ilyas menjelaskan bahawa tempat solat di sana amat kecil dan kedudukannya agak jauh dan tidak strategik.
Berbalik kepada tips untuk sembahyang di sana, setiap Muslim boleh menunaikan solat di bilik persalinan (fitting room) yang berada di mana-mana pusat membeli-belah. Anda harus pastikan juga untuk mengambil air wuduk sebelum keluar dari hotel.

Dalam masa sama, anda mesti menjaga wuduk berkenaan agar ia tidak terbatal kerana urusan mengambil air wuduk di tempat terbuka sekitar Jepun agak sukar.
@halalkeharamjepun Hai! Agak sukar kan solat di tempat awam? Jika travel bersama orang tua, pastikan hotel terletak berdekatan dengan tempat yang ingin dituju 😄 Btw sudah join GIVEAWAY? Jika belum, check posting sebelumnya 😆 Dan install aplikasi Omotenashi Halal untuk : – Scan halal ingredient – Cari restoran halal – Beli esim/wifi #omotenashihalal #fypシ゚viral #fyp #halaljapan #halaljepang #touristinjapan #traveljepang #studyinjapan #traveljapan #tokyo #muslimjapan #halal ♬ Rahmatun Lil'Alameen – Maher Zain
Ada Satu Surau Yang Selesa Di Parco, Shibuya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat berterima kasih kepada Ilyas kerana berkongsi tips yang boleh memudahkan urusan pelancong beragama Islam untuk menunaikan solat di Jepun.
Sementara itu, ada juga yang berkongsi bahawa terdapat satu lagi surau yang boleh dikunjungi orang ramai sewaktu berada sekitar Shibuya.
“Parco ada satu tempat solat. Memang besar dan selesa,” ujar seorang lelaki.




Perkara Penting Yang Anda Perlu Ambil Tahu Untuk Solat Di Luar Negara
Seperti semua sedia maklum, solat merupakan tiang agama yang wajib ditunaikan oleh semua golongan Muslim tidak kira di mana anda berada termasuklah apabila di luar negara.
Selain daripada solat di dalam fitting room, anda juga boleh solat di kaki lama.
Pastikan anda bersama rakan-rakan yang lain (jika ada), solat secara bergilir-gilir supaya akan ada pihak yang boleh menjadi pemerhati atau ‘tukang menjawab soalan’ sekiranya ada orang awam yang bertanya.

Antara perkara lain yang perlu dititik beratkan sewaktu solat di luar negara adalah seperti berikut:
- Elak basahkan tandas sebab masyarakat di negara luar tidak suka.
- Jangan naikkan kaki ke atas sinki.
- Bawa botol spray untuk ambil wuduk.
- Jangan pakai telekung yang menarik perhatian agar tidak mencipta situasi yang kurang menyenangkan kepada masyarakat sekeliling.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua, Insya-Allah.
Baca Artikel Berkaitan: Sukar Cari Masjid? Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Solat Jika Di Luar Negara
Baca Artikel Berkaitan: Cara Ganti Atau Qada’ Solat Yang Ditinggalkan Bertahun Lamanya. Pastikan Istiqamah!
Baca Artikel Berkaitan: “Masya-Allah Well Covered” – TikToker Somalia Teruja Lihat Wanita Islam Di Malaysia Pakai Telekung Ketika Solat
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram