Now Reading
Mufti WP Perjelas Hukum Jual Beli Dengan Orang Buta, Kena Ambil Tahu!

Mufti WP Perjelas Hukum Jual Beli Dengan Orang Buta, Kena Ambil Tahu!

Transaksi jual beli menjadi tidak sempurna melainkan pembeli melihat barang jualan tersebut dan syarat ini tidak dapat dipenuhi oleh orang cacat penglihatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau bab berjual beli, Islam sangat mengambil serius tentang urusan ini kerana mahu memastikan ia berlaku secara telus dan tidak menimbulkan sebarang syak wasangka.

Baru-baru ini, seorang individu telah menimbulkan persoalan tentang hukum sekiranya kita berurus niaga dengan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.

Jelasnya, golongan OKU mempunyai kekurangan dari segi melihat dengan jelas barangan yang dibeli dari segi bentuk, bilangan dan sebagainya tentang produk pembelian.


Hukum Berjual Beli Dengan Golongan Buta

Memetik sumber dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, rukun jual beli terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Orang yang melakukan akad (penjual dan pembeli)
  • Sesuatu yang diakadkan (harga dan barangan)
  • Lafaz akad (ijab dan qabul)

Bagi setiap rukun, terdapat beberapa syarat yang perlu dilakukan bagi memastikan sesuatu akad itu sah dan antara syaratnya adalah al-Rusyd iaitu penjual dan pembeli mestilah seseorang yang berakal, baligh, mampu mentadbir agama dan mempunyai harta yang baik.

Walau bagaimanapun, jual beli ini melibatkan golongan individu yang buta pula adalah disifatkan sebagai tidak sah mengikut mazhab Syafie meskipun memenuhi syarat al-Rusyd.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Namun, hukum ini boleh menjadi sah sekiranya orang buta tersebut mempunyai wakil yang mampu melihat untuk melakukan urusan jual beli berkenaan bagi pihak dirinya.

Hal ini kerana antara syarat utama barang jualan pula ialah barangan jualan tersebut diketahui jenis, sifat dan kadarnya oleh kedua belah pihak yang berakad.

Jual beli menjadi tidak sempurna melainkan dengan pembeli melihat barang jualan tersebut dan syarat ini tidak dapat dipenuhi oleh orang buta.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Namun pendapat kedua dalam mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali pula menganggap transaksi jual beli melibatkan orang buta sah sekiranya mengetahui sifat barangan tersebut adalah mencukupi tanpa perlu melihatnya.

Sekiranya orang buta ini berjual beli barangan yang pernah dilihatnya sebelum menjadi buta atau hilang penglihatan, maka jual belinya itu adalah sah.

Walau bagaimanapun, barangan yang diniagakan itu mestilah sesuatu yang tidak berubah dan masih mengingati sifat barangan itu.


Kesimpulan

Menurut pandangan muktamad mazhab Syafie, jual beli yang dilakukan oleh orang buta adalah tidak sah.

Namun keadaan boleh bertukar sebaliknya sekiranya wujud individu yang mewakili orang buta tersebut bagi menyemak sifat barangan yang dibeli kekal sama sewaktu akad.

Meskipun begitu, pandangan kedua dalam mazhab Syafie yang turut dipegang oleh mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali pula membenarkan jual beli orang buta dengan syarat mestilah diketahui sifat barangan tersebut.

Pandangan tersebut dianggap sesuai untuk diamalkan pada zaman ini berikutan perkembangan teknologi yang semakin canggih.

Baca Artikel Berkaitan: Trend ‘Cedok-cedok’ Viral, Apa Hukum Sebenar Jual Beli Sebegini?

Baca Artikel Berkaitan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Perjelas Hukum Makan Dulu Sebelum Bayar. Kena Ambil Tahu!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nak Bantu Golongan Buta Jalan Di Kaki Lima? Ini Panduan Yang Tepat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd