Now Reading
Ini Cara Mudah Hapuskan Pepijat Atas Tilam Tanpa Perlu Pest Control

Ini Cara Mudah Hapuskan Pepijat Atas Tilam Tanpa Perlu Pest Control

Seorang pakar kawalan pembasmian serangga dan haiwan (pest control) dikenali sebagai Naim berkata, pepijat amat sensitif dengan suhu yang tinggi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui pepijat merupakan sejenis parasit yang selalunya membiak di persekitaran manusia sebagai contoh di pejabat atau rumah.

Kebanyakan pepijat lebih aktif pada waktu malam dan bertindak menghisap darah manusia sehingga boleh menyebabkan rasa gatal atau kemerahan pada bahagian kulit.

Jika dibiarkan begitu sahaja, ia mampu menyebabkan ketidakselesaan serta menjejaskan kualiti tidur sekiranya pepijat itu membiak di tilam rumah.


Tips Mudah Hapuskan Pepijat Pada Tilam

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@khairunnaim4) apabila seorang pakar kawalan pembasmian serangga dan haiwan (pest control) dikenali sebagai Naim berkongsi tips mudah untuk mengelak pepijat atau bed bug daripada terus membiak di tilam anda.

Jelasnya, jika pepijat di rumah hanya berada pada tilam dan tidak membiak di kawasan lain, anda tidak perlu memanggil mana-mana pest control. Hal ini kerana anda boleh sahaja menggunakan peralatan sedia ada di rumah untuk menghapuskan serangga berkenaan.

Dalam erti kata mudah, lebih menjimatkan kos.

Sumber: Pexels

Caranya adalah dengan menggunakan seterika atau seterika jenis stim. Naim berkata, pepijat amat sensitif dengan suhu yang tinggi. Walaupun anda mempunyai penyembur kimia berfungsi untuk membasmi pepijat, ia mungkin tidak begitu efisien.

Hal ini disebabkan oleh telur pepijat imun terhadap bahan kimia tersebut gara-gara lapisan telur yang menjadi penghalang.

Pun begitu, ia boleh dihapuskan dengan kewujudan haba yang panas.

Sumber: De Hygienique

Seterika Di Bahagian Pelipat Tilam

Perkara yang anda perlu lakukan adalah dengan menyeterika tilam terutamanya pada bahagian pelipat. Kebiasaannya, telur pepijat akan membiak di kawasan itu.

Mungkin ada juga di antara kita yang kurang pasti sama ada tilam ‘dihuni’ pepijat ataupun tidak. Antara cara mudah bagi memastikan perkara tersebut adalah dengan memerhatikan kesan warna atau kesan tompokan.

Sumber: Pest Control Toronto

Sekiranya tilam atau cadar anda mempunyai kesan tompokan berwarna hitam, maka serangga berkenaan telahpun membiak.

@khairunnaim4 Replying to @vimvn.nzr ♬ original sound – NAIM PEST CONTROL

Jemur Tilam Di Bawah Cahaya Matahari Juga Berkesan

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen dilihat berterima kasih kepada Naim kerana sudi berkongsi ilmu baru tentang penjagaan tilam. Selain itu, ada juga netizen yang berkongsi cara mereka tersendiri untuk menghapuskan pepijat yang membiak di atas tilam.

“Patutlah aku jemur tilam bawah matahari terus hilang (pepijat),” kata seorang wanita.

Menurut Naim, teknik menjemur tilam di bawah matahari juga berkesan. Tetapi jika anda mempunyai tilam yang besar dan berat, adalah lebih baik untuk menggunakan seterika sahaja kerana ia sukar untuk dialihkan.

Sumber: TikTok (@khairunnaim4)

Bagaimana Hama Boleh Terperangkap Dalam Selimut & Tilam

Sebelum ini, seorang doktor kesihatan turut berkongsi bagaimana serangga jenis hama boleh terperangkap di permukaan selimut dan tilam seseorang. Jelas pakar berkenaan, hama mampu hidup di kawasan persekitaran yang lembap.

Tilam boleh menjadi lembap sekiranya seseorang kuat berpeluh atau sering menggunakan penghawa dingin. Oleh disebabkan itu, hama boleh membiak dengan mudah.

Sumber: Freepik

Bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, doktor itu mencadangkan orang ramai agar membiarkan dulu katil serta selimut tidak dikemas buat sementara waktu selepas bangun dari tidur dan membuka tingkap bilik seluas-luasnya.

Udara dan cahaya matahari yang menyinari melalui tingkap bilik mampu mengeringkan selimut dan tilam dengan cepat.

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Kemas Katil Terus Lepas Bangun Tidur! Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Cara Untuk Kurangkan Habuk & Haiwan Perosak Di Dinding Rumah

Baca Artikel Berkaitan: Rumah Banyak Serangga? Jom Cuba Tips Ini Untuk Halau Haiwan Perosak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd