Now Reading
Ini 5 Tips Halau Lipas Dari Membiak Dalam Kereta

Ini 5 Tips Halau Lipas Dari Membiak Dalam Kereta

Antara petua menghalau serangga perosak itu adalah dengan menyembur air serai wangi di mana-mana kawasan dalam kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sama seperti di rumah dan kediaman, kenderaan seperti kereta juga memerlukan penjagaan rapi agar ia sentiasa bersih. Jika anda biarkan sahaja dalam keadaan kotor dan tidak terjaga, pelbagai jenis kuman dan serangga akan membiak di dalam kereta.

Kebiasaannya, anda akan mendengar serangga perosak anai-anai ‘menghuni’ di rumah, tetapi dalam kereta pula ia lebih terkenal dengan pembiakan lipas.

Jika dibiarkan begitu sahaja, lebih banyak lipas akan berternak dalam kereta. Bukan sahaja kotor dan geli, nak memandu pun tidak dapat fokus.

Sumber: Unsplash

Baca Artikel Berkaitan: Rumah Banyak Serangga? Jom Cuba Tips Ini Untuk Halau Haiwan Perosak


Tips Elak Lipas Berada Dalam Kereta

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@altimatautogarage) apabila seorang lelaki berkongsi cara-cara mengelakkan lipas membiak dalam kereta anda.

Buat mereka yang mengalami masalah serangga perosak degil dalam kereta, take note! Berikut adalah antara petuanya:

#1. Serai Atau Air Serai Wangi

Perkara pertama yang anda boleh cuba adalah meletakkan serai ke dalam kereta. Sekiranya anda tidak mempunyai serai, anda boleh menggunakan alternatif lain iaitu menyembur air serai wangi ke dalam kereta.

Difahamkan, lipas tidak suka sesuatu yang berbau wangi atau harum. Dengan menyembur air tersebut, ia mampu menghalau lipas daripada kereta anda.

Sumber: Freepik/ X (Twitter @SafiNadhrah)
#2. Sabun Buku

Barangan kedua yang anda boleh cuba adalah dengan meletakkan sabun buku di mana-mana bahagian kereta sama ada di tempat letak kaki, bonet, bawah tempat duduk dan sebagainya.

Sama seperti air serai wangi, sabun buku meninggalkan haruman wangi yang tahan lama untuk membasmi kewujudan lipas dalam kereta.

Sumber: Freepik
#3. Jus Perahan Lemon

Selalunya anda menggunakan jus perahan lemon dalam masakan, tetapi kali ini anda juga boleh jadikan ia sebagai salah satu cara untuk menghalau lipas dalam kenderaan.

Apa yang anda perlu buat adalah perah buah lemon ke dalam satu botol, kemudian jus tersebut boleh disemburkan ke mana-mana kawasan kereta yang anda fikir mempunyai lipas tersorok.

Yang paling penting jangan tertukar pula ya, anda harus menggunakan buah lemon dan bukannya limau.

Sumber: Pexels
#4. Rempah 4 Jenis Sekawan

Petua seterusnya adalah meletakkan rempah empat jenis sekawan yang terdiri daripada buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis.

Ia tidak perlu diasingkan, untuk lebih mudah masukkan kesemua rempah sekali di dalam satu plastik. Cara lain adalah beli sahaja set rempah tersebut di kedai runcit berdekatan. Kemudian, letakkan pula rempah itu di satu sudut di dalam kereta.

Sumber: MyResipi
#5. Kerap Cuci Kereta

Yang terakhir sekali adalah dengan kerap mencuci kenderaan ketika mempunyai masa terluang lebih-lebih lagi buat mereka yang kerap makan dan minum dalam kereta.

Hal ini kerana, sisa makanan yang berada dalam kereta akan menarik perhatian lipas dan serangga lain ke dalam kenderaan anda. Anda tidak perlu pergi ke pusat membersihkan kereta pun, membasuh di rumah juga sudah memadai, asalkan ia bersih dari segala kekotoran.

Sumber: Pexels

Mungkin ada juga di antara kita yang membiarkan sahaja lipas tersebut ‘menyorok’ di dalam kereta kerana berasa takut dan geli. Tetapi ingat, lebih lama anda biarkan lebih banyak ia akan membiak.

Jadi, kalau ternampak jangan biarkan pula. Terus ikuti petua-petua yang dikongsikan di atas. Semoga artikel ini memberi manfaat.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 6 Petua Untuk Bantu Anda Bunuh Anai-anai Di Dalam Rumah Dengan Selamat

Baca Artikel Berkaitan: Banyak Lipas Dalam Rumah? Cuba 3 Bahan Ini Untuk Buat Perangkap


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd