Now Reading
Kenali 7 Jenis Rempah Ini & Cara Untuk Guna Dalam Masakan

Kenali 7 Jenis Rempah Ini & Cara Untuk Guna Dalam Masakan

Walaupun sesetengah serbuk dan herba mempunyai warna serta bentuk yang sama, tetapi ia mempunyai fungsi dan rasa yang berbeza.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pernah tak korang pergi ke pasar raya dan melalui satu ruangan yang mempunyai pelbagai jenis rempah yang dijual dalam botol bertutup?

Kebiasaanya rempah-rempah tersebut dari jenama McCormicks, HEXA serta MasterFoods amat sesuai digunakan untuk masakan Barat seperti pasta, perapan ayam dan sebagainya.

Ada macam-macam warna yang korang akan nampak. Warna hijau, merah kuning, coklat, semua ada. Tapi apa kegunaan kesemua jenis rempah ini dan macam mana nak gunakannya dalam masakan?


Ini Fungsi 7 Jenis Serbuk Rempah Dalam Masakan

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (Twitter @joeboyking93), lelaki ini yang pernah bekerja dalam bidang makanan dan minuman telah berkongsi panduan kepada orang ramai untuk menggunakan serbuk rempah dengan betul dalam masakan.

Antaranya:

#1. Serbuk Mixed Herbs
Sumber: Daily Makan/ Bake With Yen

Serbuk Mixed Herbs ini berwarna hijau dan mempunyai campuran bahan-bahan seperti basil, oregano, rosemary, thyme, sage dan marjoram.

Kegunaan: Boleh digunakan dalam masakan sup, pasta, baked potato serta sos bolognese untuk menaikkan bau dan rasa herba dalam hidangan yang dimasak.

#2. Serbuk Cinnamon Ground
Sumber: Daily Makan/ Simple Recipe

Cinnamon Ground atau dalam bahasa Melayu iaitu serbuk kulit kayu manis ini berwarna coklat cerah dan mempunyai rasa manis, tetapi tidaklah semanis gula.

Kegunaan: Serbuk ini boleh digunakan untuk memberi rasa manis dan savoury dalam hidangan pencuci mulut seperti pai, penkek, mufin atau apa sahaja jenis pastri.

#3. Serbuk Italian Herbs
Sumber: Daily Makan/ Belly Full

Eh, Italian Herbs dengan Mixed Herbs tak sama ke? Ya, walaupun nampak bentuk dan warna macam sama tetapi kedua-duanya mempunyai fungsi berbeza.

Kegunaan: Serbuk ini lebih tertumpu untuk menu dari Itali seperti pasta atau piza.

#4. Serbuk Paprika Ground
Sumber: Daily Makan/ Simple Recipe

Paprika adalah sejenis rempah yang diperbuat daripada cili merah yang dikisar sehingga halus dan memberikan warna merah dalam masakan. Walaupun warnanya merah, tetapi ia tidak memberikan rasa pedas dalam makanan.

Kegunaan: Boleh dimasukkan dalam campuran tepung untuk menggoreng ayam bagi menyerlahkan warna kemerahan ala-ala ayam goreng di kedai mamak.

#5. Serbuk Cumin Seeds Ground
Cumin Seeds Ground

Dalam bahasa mudahnya, Cumin Seed Ground ini adalah serbuk jintan putih yang mempunyai warna lebih cerah dan bersaiz kecil berbanding jintan manis (fennel).

Kegunaan: Serbuk jintan putih ini kebiasaannya dimasukkan dalam masakan berbentuk stew, kari dan ramuan panggang terutamanya masakan kambing serta ayam.

#6. Serbuk Nutmeg Ground
Sumber: Jaya Grocer/ Simple Recipe

Nutmeg ground atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai serbuk buah pala dan ia mempunyai fungsi yang sama seperti serbuk kulit kayu manis iaitu itu untuk memberikan rasa manis serta savoury.

#7. Serbuk Oregano Leaves Ground
Sumber: Daily Makan/ McCormicks

Serbuk ini dibuat dengan cara mengisar halus daun oregano.

Kegunaan: Boleh dimasukkan ke dalam hidangan sos carbonara. Tetapi elakkan dari meletakkannya dalam kuantiti yang banyak kerana boleh menyebabkan hidangan berasa pahit.


Memasak ini tak susah pun sebenarnya. Yang penting kena selalu praktis dan rajin bertanya jika kurang pengetahuan.

Kepada korang yang mempunyai azam tahun ini untuk belajar memasak, semoga perkongsian ini dapat menaikkan semangat korang untuk lebih rajin memasak.

Baca Artikel Berkaitan: Resepi Chili Butter Clams Ini Raih Shares Hampir 8K Di Facebook. Nampak Sedap!

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Resepi Ayam Peri-Peri Jakarta. Sihat Betul Cara Penyediaannya!

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 7K Shares, Resepi Rendang Ayam Sedap & Tahan Lama Ini Dapat Sambutan Di FB. Mudah Je!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd