Now Reading
Kenapa Serangga Lebih Suka Lampu Putih Berbanding Warna Oren? Ini Sebabnya!

Kenapa Serangga Lebih Suka Lampu Putih Berbanding Warna Oren? Ini Sebabnya!

Serangga lebih tertarik kepada cahaya lampu putih yang menghala ke gelombang biru UV dengan band warna sekitar 6,000nm sehingga 10,000nm.

serangga suka lampu putih (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau dalam rumah anda tak ada serangga, memang bertuah. Tak kisahlah anda tinggal di flat, kondominium atau rumah teres sekali pun, mesti akan ada juga.

Antara serangga yang selalu kita nampak adalah seperti lipas, cicak, semut, kelekatu dan sebagainya.

Haiwan perosak ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan kita, malah ia juga boleh menyebabkan anda mengalami kerugian harta benda.


Pencahayaan Lampu Pengaruhi Kehadiran Serangga Di Rumah

Selama ini mungkin anda terfikir bahawa haiwan serangga ini wujud di kediaman anda kerana terdapat sumber makanan.

Kalau anda nak tahu, pencahayaan lampu di rumah juga boleh menjadi faktor kehadiran serangga.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di grup Facebook (Tukang Apa Hari Ini), penggunaan lampu kuning sebenarnya boleh mengurangkan kehadiran serangga seperti cicak dan kelekatu berbanding penggunaan lampu berwarna putih.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Sumber: Tribun Solo
Penjelasan Dari Segi Teknologi

Lampu-lampu pijar dan pendarfluor memberi cahaya putih yang tinggi bersama-sama warna lain pada kadar yang rendah.

Untuk pengetahuan anda, lampu LED putih terdiri daripada tiga jenis LED iaitu merah, biru dan hijau di mana apabila ia bergabung akan membentuk warna putih.

Penjelasan Dari Segi Biologi

Dari sudut biologi, serangga lebih tertarik kepada cahaya berwarna putih yang menghala ke gelombang biru UV (band warna sekitar 6,000nm sehingga 10,000nm) kerana mata mereka lebih melihat kepada warna cahaya tersebut.

Kenapa serangga tidak tertarik kepada pencahayaan lampu berwarna oren? Ia disebabkan oleh band warnanya berada dalam lingkungan 3,000nm sehingga 5,000nm.

Sumber: Facebook Tukang Apa Hari Ini

Kehadiran serangga yang berterbangan juga akan mempengaruhi kehadiran cicak kerana ia adalah sumber makanan mereka.

Jadi kalau anda mahu mengurangkan kehadiran serangga di rumah, bolehlah menukarkan lampu berwarna putih kepada berwarna oren.


Tips Halau Haiwan Perosak Di Rumah

Berikut kami kongsikan beberapa tips berguna menggunakan bahan-bahan mudah bagi menghalau serangga di rumah anda. Antaranya:

Tips halau lipas

Bahan-bahan:

  • Nasi
  • Serbuk sabun
  • Gula merah
  • Air

Caranya adalah dengan mencampurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati. Kemudian letak di kawasan yang sering dilalui lipas. Campuran tersebut juga perlu ditukar dalam tempoh dua minggu sekali.

Tips Halau Cicak

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kulit telur

Caranya adalah dengan meletakkan salah satu bahan ini di kawasan yang selalu dihampiri cicak dan tukar dalam tempoh dua minggu sekali.

Tips Halau Semut

Bahan-bahan:

  • Serbuk sabun
  • Cuka

Caranya adalah dengan mencampurkan kedua-dua bahan dan masukkan ke dalam botol spray. Kemudian anda sembur di kawasan laluan semut berkenaan.

Harap beberapa tips ini dapat membantu anda yang mengalami masalah haiwan perosak di rumah. Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan: Rumah Banyak Serangga? Jom Cuba Tips Ini Untuk Halau Haiwan Perosak

Artikel Berkaitan: Banyak Lipas Dalam Rumah? Cuba 3 Bahan Ini Untuk Buat Perangkap

Artikel Berkaitan: Ubat Gegat Bukan Untuk Lipas. Apa Fungsi Sebenar Ubat Ini?

Sumber: Facebook Tukang Apa Hari Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd