Now Reading
DualSense Controller PlayStation Rekaan Lisa Bakal Tiba Di Malaysia Oktober Ini

DualSense Controller PlayStation Rekaan Lisa Bakal Tiba Di Malaysia Oktober Ini

DualSense PS5 controller Lisa Limited Edition ini boleh didapatkan di kedai permainan video terpilih seluruh Malaysia bermula 30 Oktober 2026.

In Brief
  • Lisa mereka bentuk DualSense PS5 Controller edisi terhad dalam warna Chroma Pearl, dihiasi bangs ikonik, mata, dan tandatangannya.
  • Controller Lisa Limited Edition berharga RM419 dan boleh didapati di kedai terpilih seluruh Malaysia bermula 30 Oktober.
  • Lisa ialah duta global K-pop PlayStation pertama, menghubungkan dunia muzik dengan industri gaming secara rasmi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lisa yang menempa nama dalam industri K-pop kini membina jenamanya sendiri menerusi penglibatan dalam fesyen gaya hidup.

Pada tahun lepas, Lisa bersama PlayStation telah bekerjasama buat pertama kali dalam satu kempen global.

Kali ini, kolaborasi antara dua jenama itu merangkumi controller wireless DualSense PS5 terbaharu yang dikeluarkan oleh PlayStation.

DualSense PS5 Controller Edisi Terhad Dihiasi Sentuhan Kreatif Lisa

Lisa Limited Edition DualSense PS5 Controller edisi terhad direka oleh PlayStation bersama Lisa sendiri.

Didatangkan dalam warna kegemaran Lisa, Chroma Pearl, controller tersebut dihiasi dengan rekaan bangs ikonik dan mata Lisa.

Foto: PlayStation

Terdapat juga tulisan ‘LL’ yang ditampilkan bahagian depan serta tandatangan selebriti itu di belakang.

Buat peminat Lisa, sekali pandang pasti sudah tahu ia dihiasi oleh sentuhan tangan penyanyi berasal dari Thailand itu sendiri.

Foto: PlayStation

Lisa Mula Cipta Nama Dalam Dunia Gaming

Mengulas kolaborasi itu, Lisa berkata dia sering bermain permainan video sebagai cara untuk meluangkan masa dan berasa amat teruja ketika menghasilkan koleksi bersama PlayStation itu.

“Saya amat seronok menambah butiran kecil yang saya tahu peminat saya akan sedar, dan saya mahu peminat dapat mengaitkan diri dengannya.

“Saya suka mengekspresikan diri menerusi muzik dan fesyen, jadi kolaborasi ini memberi saya cara baharu untuk menjadi kreatif dan menonjolkan diri secara berbeza,” katanya.

Sebagai info, Lisa merupakan duta global K-pop PlayStation pertama, sekali gus menghubungkan dunia muzik dengan industri gaming.

Dia pernah membuat penampilan dalam beberapa kempen promosi global bagi permainan video seperti Astro Bot, Tekken 8 dan Helldivers 2.

DualSense PS5 Lisa Limited Edition Dijual Pada Harga RM419

DualSense PS5 controller Lisa Limited Edition ini boleh didapatkan di kedai permainan video terpilih seluruh Malaysia bermula 30 Oktober 2026.

Harga bagi controller ini adalah RM419 dan pre-order dibuka pada 2 Oktober selagi stok masih ada.

Dalam masa sama, Lisa juga bakal mengeluarkan EP terbaharunya, Press Play, pada 23 Oktober.

Ini menjadi EP pertamanya selepas mengeluarkan album debut LALISA (2019) dan album studio Alter Ego (2025).

Baca Artikel Berkaitan: CEO Sony Dedah Tiada Tarikh Pelancaran PS6 Akibat Kenaikan Harga RAM

Baca Artikel Berkaitan: Tak Lama Lagi CD Bakal Pupus Selepas Sony Menamatkan Pengeluarannya Pada 2028

Baca Artikel Berkaitan: Marvel’s Wolverine: Bahasa Melayu, Mandarin & Tamil Dapat Didengari Dalam Permainan Video Baharu PS5


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd