Game ‘Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale’ Buatan Malaysia Diinspirasikan Dari Budaya Asia Tenggara
‘Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale’ dibangunkan oleh studio pembangunan permainan video tempatan, Metronomik, dan bakal dilancarkan pada tahun 2027.
- Metronomik, sebuah studio indie tempatan, membangunkan 'Ondeh Ondeh Kaya's Tasty Tale', diterbitkan bersama Bandai Namco Entertainment Asia.
- Permainan ini bergenre Rhythm & Puzzle Action-Adventure, menampilkan budaya Asia Tenggara menerusi tradisi, muzik dan citarasa tempatan.
- Dijangka dilancarkan pada 2027 untuk PS5, XBOX Series X|S, Steam dan Nintendo Switch 2, boleh disenaraikan dalam Wishlist sekarang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Industri permainan video di Malaysia dilihat semakin berkembang serta menampilkan hits indie yang terkenal seperti No Straight Roads, Simulacra dan Re:Legend.
Dari permainan pengembaraan hingga ke kisah seram, pembangun permainan tempatan turut terlibat dengan penghasilan video game bertaraf global antaranya Elden Ring, Diablo 4, Ghost of Tsushima, The Last of Us Series, dan Spider-Man.
Terbaharu, satu permainan video yang dibangunkan oleh studio pembangunan permainan video indie tempatan, Metronomik, mencuri perhatian ramai.
Metronomik Bakal Keluarkan Game ‘Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale’
‘Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale’ merupakan permainan video ketiga yang dihasilkan oleh studio itu.
Lebih menarik lagi, permainan ini menampilkan budaya Asia Tenggara dalam penceritaannya, sekali gus mengangkat tradisi serantau.
Menerusi hantaran di X, Metronomik berkongsi reveal trailer bagi Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale.
Studio itu turut mengumumkan bahawa permainan ini diterbitkan bersama Bandai Namco Entertainment Asia.
Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale Diinspirasikan Dari Budaya Asia Tenggara
Dengan genre Rhythm & Puzzle Action-Adventure, Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale merupakan permainan pengembaraan 3D berasaskan rentak muzik.
Pemain akan mengembara sebagai watak utama, Kaya, dalam perjalanannya di dunia Selera yang penuh whimsical untuk menjadi WorldBuilder.
Diinspirasikan dari pelbagai budaya Asia Tenggara, perjalanan Kaya dihiasi dengan keajaiban, kenalan baharu serta kisah kekeluargaan, keberanian dan penemuan diri yang menyentuh jiwa.
Pemain juga dapat mendalami budaya Asia Tenggara menerusi tradisi, citarasa tempatan dan muzik rancak yang membentuk rantau ini.
Salah satunya adalah penggunaan lagu ‘Rasa Sayang’ seperti yang ditonjolkan dalam reveal trailer baru-baru ini.
Pemain Boleh Mula Masukkan Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale Dalam Wishlist
Permainan ini akan dilancarkan pada 2027 dan boleh didapatkan di platform PlayStation 5, XBOX Series X|S, Steam dan Nintendo Switch 2.
Harga bagi permainan ini masih belum didedahkan, namun orang ramai boleh mula memasukkannya ke dalam senarai Wishlist di platform Steam, PlayStation 5 dan XBOX Series X|S.
Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale sememangnya menjadi permainan video buatan Malaysia yang dinanti-nantikan oleh orang ramai.
View on Threads
Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale Disenaraikan Dalam Nintendo Direct 9.9
Pada 9 September lalu, Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale turut diumumkan dalam senarai Nintendo Direct terbaharu.
“Selesaikan teka-teki, dapatkan kebolehan baharu dan hunuskan Spoon sementara anda melawan penjahat, meneroka rantau yang diinspirasikan daripada budaya Asia Tenggara, kenali kawan baharu dan temukan kejutan,” kata Nintendo.
Mengulas pengumuman oleh Nintendo itu, pengasas bersama Metronomik, Wan Hazmer Wan Abdul Halim, berkata ia merupakan satu momen yang luar biasa.
“Saya amat berbangga dengan pasukan dan rakan kongsi kami. Dedikasi tanpa henti dan kebijaksanaan kreativiti mereka yang berjaya menghidupkan budaya kita amat menginspirasikan,” katanya di X.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Kebaikan Nintendo Switch Untuk Anak, Atasi Masalah Si Kecil Leka Dengan Telefon Pintar
Metronomik Bakal Lancar ‘No Straight Roads 2’ Pada Tahun Ini
Sebagai info, studio Metronomik telah diasaskan pada tahun 2017 di Kuala Lumpur oleh Wan Hazmer bersama Daim Dziauddin, dengan misi untuk menghasilkan permainan berasaskan muzik.
Pada tahun 2020, syarikat itu menerbitkan permainan pertamanya, ‘No Straight Roads’ (NSR) yang menampilkan muzik rock n roll dan kini mempunyai lebih 500,000 pemain dari seluruh pelusuk dunia.
‘No Straight Roads 2’ (NSR2) bakal dilancarkan pada tahun ini bersama penerbit Shueisha Games.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Demi Bantu Anak Saudara Study Untuk UPKK, Lelaki Bina Game Roblox Tentang Sirah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.