Now Reading
Kenapa Telegram Dikeluarkan Dari Apple App Store? Ini Penjelasannya

Kenapa Telegram Dikeluarkan Dari Apple App Store? Ini Penjelasannya

Pada tahun 2018 lalu, Telegram telah dikeluarkan dari App Store selepas melanggar peraturan Apple.

In Brief
  • Telegram telah dikeluarkan seketika dari App Store Apple kerana kandungan yang melanggar garis panduan CSAM, sebelum dikembalikan semula.
  • Pencipta Telegram, Pavel Durov, mendakwa insiden itu berpunca daripada percubaan memeras ugut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aplikasi chat popular Telegram mempunyai lebih daripada 1 billion pengguna di seluruh dunia menjadi antara yang popular di Apple App Store.

Isnin (3 Ogos) lalu, aplikasi popular ini dikeluarkan seketika dari App Store Apple bagi peranti iOS, berikutan satu insiden seorang pengguna telah berkongsi kandungan haram.

Namun, selang beberapa jam kemudian, aplikasi itu telah dikembalikan semula ke dalam App Store dan boleh dimuat turun seperti biasa.

Persoalannya adalah apa yang sudah berlaku?

Pencipta Telegram, Pavel Durov Dakwa Insiden Itu Berpunca Daripada Percubaan Memeras Ugut

Menerusi satu hantaran di Telegram bercakap tentang insiden itu, Durov menjelaskan punca sebenar di sebalik kejadian tersebut.

Menurutnya, seorang ahli dalam satu group chat telah menyunting satu mesej yang dihantar sebelum ini menggunakan kecerdasan bantuan (AI).

Durov mendakwa tindakan itu dilakukan supaya group chat tersebut bakal dikenakan tindakan kerana telah melanggar peraturan. Beliau juga percaya ia berpunca daripada admin kumpulan ini enggan membayar wang saman.

Apple Sahkan Pengeluaran Berikutan Kandungan Langgar Garis Panduan CSAM

Disebabkan tindakan itu, Apple telah mengeluarkan aplikasi Telegram itu sepenuhnya dari App Store sehingga pengguna pun tidak boleh menggunakannya.

Menurut CNET, Apple telah mengesahkan bahawa Telegram masih boleh dimuat turun di Mac App Store berasingan, dan pengguna yang sudah ada Telegram sebelum ini tidak terjejas.

“Kami telah mengeluarkan Telegram seketika dari App Store selepas semakan kami menemukan kandungan yang melanggar garis panduan ketat melarang bahan penderaan seksual kanak-kanak,” kata Apple dalam satu kenyataan.

“Aplikasi itu kemudian dikembalikan semula selepas pembangunannya dengan segera membuang kandungan tersebut dan mengharamkan pengguna memuat naiknya.”

Telegram Beri Amaran Kepada Pencipta Aplikasi Lain

Apple App Store: (Foto: AppleInsider)

Durov turut memberi amaran bahawa perkara sama boleh berlaku kepada mana-mana aplikasi lain yang membolehkan pengguna menghasilkan kandungan.

Pihak yang memeras ugut itu telah memperdaya Apple sehingga bertindak secara keterlaluan, lalu mengeluarkan Telegram tanpa sebarang amaran.

“Jika sebuah aplikasi yang digunakan oleh lebih 1 bilion orang boleh dikeluarkan dari App Store tanpa amaran terlebih dahulu, mana-mana aplikasi juga boleh mengalami perkara sama.”

Selain itu, akaun rasmi Telegram di X turut mengkritik tindakan Apple menerusi beberapa hantaran seperti “reports of my demise are greatly exaggerated,” diikuti dengan emoji buah epal.

“Saya pasti pendirian ini akan digunakan pakai secara sama rata kepada semua aplikasi lain di ‘kedai’ itu pada masa depan, betul tak? @Apple,” tambah Durov.

Telegram Sedang Berdepan Pelbagai Isu Berkaitan Dengan Ciptaan Kandungan

Telegram Messenger. (Foto: Britannica)

Insiden ini berlaku ketika Telegram berdepan pelbagai pertikaian berkaitan kandungan di platformnya.

Contohnya, Telegram sedang berdepan pertikaian berterusan dengan pihak berkuasa Australia berhubung kandungan berkaitan keganasan dan keselamatan kanak-kanak selepas didenda AU$1 juta (RM2.8 juta) kerana gagal memberi sebarang maklum balas.

Kesannya, kerajaan Australia mengambil tindakan hukuman terhadap aplikasi tersebut.

Selain itu, Durov turut menjadi sasaran pihak berkuasa Rusia, yang menuduhnya memudahkan kegiatan keganasan menerusi Telegram, dan beliau pernah ditahan di Perancis pada 2024 berkaitan satu siasatan mengenai cara aplikasi ini mengendalikan dakwaan kegiatan jenayah di platformnya.

Pada tahun 2018 pula, Apple juga pernah mengeluarkan Telegram dan Telegram X, dari App Store selepas mendapati “kandungan tidak sesuai” boleh diakses menerusi aplikasi itu. Kemudian, ia dikembalikan pada hari yang sama setelah Telegram menambah langkah perlindungan.

Telegram Ditubuhkan Pada 2013 Oleh Adik-Beradik Durov Dari Rusia

Untuk pengetahuan umum, Telegram ditubuhkan pada 2013 oleh adik-beradik Pavel dan Nikolai Durov, dengan ibu pejabatnya terletak di Dubai.

Telegram pernah menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun di dunia pada Januari 2021, berjaya mencecah lebih daripada 1 bilion muat turun secara global.

Sebelum Telegram, kedua-dua adik-beradik ini pernah menghasilkan aplikasi sosial lain di Rusia, bernama VK, sebelum meninggalkannya pada tahun 2014 kerana mendakwa ia telah diambil alih oleh pihak kerajaan.

Selepas itu, Nikolai telah mencipta MTProto yang menjadi asas kepada Telegram, manakala Pavel pula menyediakan sokongan dari segi kewangan serta infrastrukturnya.

Baca Artikel Berkaitan: OpenAI Akui Kehilangan Kawalan Terhadap AI? Ini Penjelasan Sebenarnya | TRP

Baca Artikel Berkaitan: WhatsApp Umum Ciri “Username”, Tak Perlu Dedah Nombor Telefon Lagi | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd