Samsung Galaxy Fold & Flip 8 Perkenal Ciri Keselamatan Baharu, Telefon Dikunci Jika Salah Kod Laluan 13 Kali
Menerusi ciri keselamatan baharu ini, peranti yang dikunci hanya boleh dibuka dengan melakukan factory reset sahaja.
- Samsung Galaxy Z Fold 8 dan Flip 8 akan dikunci selamanya jika kod laluan gagal dimasukkan sebanyak 13 kali.
- Fungsi 'smart counting' dalam One UI 9.0 mengelakkan peranti terkunci tidak sengaja akibat kemasukan kod salah yang berulang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kod laluan yang ditetapkan pada telefon pintar bertujuan untuk menjaga keselamatan dan privasi pengguna.
Jika kod yang dimasukkan salah, seseorang tidak akan dapat mengakses data yang terkandung dalam peranti berkenaan.
Baru-baru ini, Samsung memperkenalkan ciri keselamatan yang lebih ketat bagi peranti pintar keluaran terbaharunya, Galaxy Z Fold 8, Z Fold 8 Ultra dan Z Flip 8.
Samsung Akan Kunci Peranti Selamanya Jika 13 Kali Percubaan Kod Laluan Gagal
Memetik Amanz, ciri keselamatan ini dijalankan menerusi perisian One UI 9.0 berasaskan Android 17 yang memperkenalkan protokol keselamatan toleransi sifar dengan lebih ketat.
Di bawah protokol baharu, jika kod laluan gagal dimasukkan sebanyak 13 kali, pengguna perlu melakukan tetapan semula kilang (factory reset) bagi peranti berkenaan.
Ini bermakna segala data yang terdapat dalam peranti tersebut akan dipadam, sekali gus melindungi maklumat peribadi pengguna, termasuk data perbankan, aktiviti harian dan sejarah penggunaan sekiranya peranti hilang atau dicuri.
Hanya 4 Kali Percubaan Gagal Diberikan Sebelum Berdepan Sekatan Masa
Jika sebelum ini kod laluan boleh dimasukkan berkali-kali dengan hanya menunggu antara 30 saat ke seminit jika gagal, ciri baharu ini menetapkan masa yang berbeza mengikut bilangan percubaan.
Pengguna hanya diberi empat kali percubaan sebelum dikenakan sekatan masa. Menurut Samsung Community, pengguna akan dikenakan tempoh menunggu seperti berikut apabila percubaan seterusnya masih gagal:
- 5 kali percubaan – 1 minit
- 6 kali percubaan – 5 minit
- 7 kali percubaan – 15 minit
- 8 kali percubaan – 30 minit
- 9 kali percubaan – 90 minit
- 10 kali percubaan – 4 jam
- 11 kali percubaan – 12 jam
- 12 kali percubaan – 24 jam
Pada percubaan gagal ke-13, peranti Galaxy itu akan dikunci buat selama-lamanya dan hanya boleh dibuka semula dengan melakukan factory reset.
Dengan ciri baharu ini, serangan brute-force iaitu meneka kata laluan secara berulang kali untuk mendapatkan akses tanpa kebenaran, akan menjadi lebih sukar.
Bukan sahaja tiada lagi percubaan yang diberikan setelah peranti dikunci, tetapi telefon pintar juga tidak boleh dibuka walaupun dengan bantuan Samsung Support.

Boleh Dapat Semula Data Jika Ada Backup Di Cloud
Pun begitu, pemilik boleh mendapatkan semula data ketika setup jika telah membuat backup di Samsung Cloud atau Google Drive.
Namun bagi melepasi ciri Perlindungan Tetapan Semula Kilang (Factory Reset Protection, FRP), pemilik asal juga perlu mengesahkan identiti menggunakan akaun Google atau Samsung yang didaftarkan sebelum ini.
Jadi penting untuk pemilik mengingati e-mel dan kata laluan yang digunakan agar dapat melepasi skrin setup.
Fungsi Smart Counting Elak Risiko Peranti Terkunci Tidak Sengaja
Mungkin ada pemilik yang risau jika mereka sendiri tidak mengingati kod yang ditetapkan.
Menurut Awani, One UI 9.0 turut dilengkapi fungsi ‘smart counting‘ yang tidak mengira kemasukan kod salah yang sama secara berulang sebagai beberapa cubaan berasingan.
Perkara ini dapat mengurangkan risiko peranti terkunci akibat kesilapan tidak sengaja.
Apa Perlu Lakukan Jika Peranti Terkunci?
Jika peranti anda dikunci selama-lamanya dengan tidak sengaja, ia hanya boleh dibuka dengan menggunakan Factory Data Reset menerusi Recovery Mode.
Berikut merupakan cara-cara untuk melakukan tetapan semula peranti:
- Sambungkan peranti yang dikunci pada skrin lain seperti PC/Laptop, Smart TV atau setup Type-C menggunakan kabel USB.
- Lakukan Force Shut Down dengan menekan butang Volume Down dan Power sekitar 10 ke 15 saat sehingga skrin menjadi gelap.
- Mulakan Recovery Mode sebaik sahaja skrin peranti terpadam dengan terus menekan pada butang Power, lepaskan butang Volume Down dan tekan pada Volume Up. Lepaskan kedua-dua butang apabila muncul logo Samsung pada skrin.
- Di Android Recovery Menu, lakukan proses Wipe Data/ Factory Reset. Gunakan butang Volume Down untuk membuat pilihan dan butang Power untuk mengesahkan pilihan.
- Sahkan tetapan semula kilang dan but semula (reboot) sistem setelah proses selesai.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.