Now Reading
Harga Apple Music Naik Sekali Lagi Di Malaysia, Ini Yang Perlu Anda Tahu

Harga Apple Music Naik Sekali Lagi Di Malaysia, Ini Yang Perlu Anda Tahu

Harga Pelan Individu Apple Music kini telah meningkat kepada RM17.90 berbanding RM16.90 bulan lalu.

In Brief
  • Apple Music telah menaikkan harga langganan di Malaysia antara RM0.60 hingga RM2.00 sebulan, berkuat kuasa terkini.
  • Kenaikan harga berpunca daripada peningkatan kos pelesenan dan hak cipta muzik yang semakin mahal.
  • Pengguna boleh jimat dengan berkongsi Pelan Family bersama enam orang, kos hanya RM4.65 seorang sebulan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kini, semakin ramai orang melanggan perkhidmatan penstriman muzik bagi menikmati lagu kegemaran yang menjadi sebahagian daripada rutin harian.

Terdapat pelbagai pilihan aplikasi yang boleh dipilih mengikut cita rasa masing-masing, antara paling popular seperti Apple Music.

Namun, berita buruk bagi peminatnya kerana Apple telah mengemas kini harga langganannya di Malaysia dengan kenaikan antara RM0.60 hingga RM2.00 sebulan.

Kadar Pelan Langganan Individu Dan Family Naik RM2 Sebulan

Apple Music. (Foto: Tech Radar)

Kenaikan harga bukanlah berita yang kita ingin dengar selalu tetapi perubahan terkini masih lembut jika dibandingkan sebelum ini.

Menurut Apple, kenaikan harga telah meningkat antara RM0.60 hingga RM2.00 bergantung pada pelan langganan anda.

Berikut ialah perbandingan antara harga lama dengan yang baharu setelah dikemas kini:

  • Pelan Pelajar: RM8.90 kepada RM9.50 (Naik RM0.60)
  • Pelan Individu: RM16.90 kepada RM17.90 (Naik RM1.00)
  • Pelan Family: RM25.90 kepada RM27.90 (Naik RM2.00)

Di samping itu, pelan pek Apple One buat masa ini harganya masih kekal dan tidak berubah menjadikannya alternatif kepada pengguna yang ingin menikmatinya.

Harga Telah Meningkat Akibat Kos Pelesenan Muzik Semakin Mahal

Penyanyi. (Foto: Virtu.academy)

Perlu diingatkan, kenaikan harga Apple Music bukanlah berlaku tanpa sebab.

Menurut Musicbusinessworld, peningkatan harga tersebut berpunca daripada kos pelesenan dan hak cipta muzik semakin mahal.

“Akibat peningkatan kos pelesenan, kami telah menaikkan harga langganan Apple Music. ” kata Apple.

Selain itu, kali terakhir harga Apple Music telah meningkat berlaku pada tahun 2022.

Manakala, pesaingnya Spotify telah beberapa kali menukar harga perkhidmatannya dengan kenaikan terakhir pada Ogos 2025.

Walau bagaimanapun, Apple masih menawarkan tempoh percubaan percuma selama satu bulan untuk pengguna baharu, memberikan ruang terlebih dahulu sebelum sebarang caj pembayaran bermula.

Tips Jimat, Anda Boleh Kongsi Pelan Family Bersama 6 Orang

Bagi mereka yang mahu mengekalkan perkhidmatan penstriman Apple Music tanpa perlu bayar harga mahal boleh cuba tips ini menggunakan pelan Family.

Menerusi pelan ini, langganan anda boleh dikongsi dan dibahagikan sama rata kepada enam akaun berbeza.

Setiap individu akan menerima akaun peribadi masing-masing. Jadi senarai, cadangan dan minat lagu akan kekal secara peribadi.

Tambahan pula, apabila dibahagikan sama rata antara enam pengguna, kosnya yang perlu dibayar hanya RM4.65 seoarang.

Jauh lebih murah berbanding mengekalkan langganan individu secara berasingan.

Spotify Turut Menaikkan Harga Langganan Lebih Awal Tahun Lalu

Spotify Premium. (Foto: Spotify Newsroom)

Selain Apple Music, Spotify telah menaikkan harga langganan Premium di Malaysia sejak 6 Ogos 2025 lalu.

Berikut adalah kadar harga baharu Spotify Premium pada hari ini:

  • Individu: RM15.90 kepada RM17.50 (naik RM1.60)
  • Duo: RM21.50 kepada RM24.50 (naik RM3.00)
  • Family: RM24.90 kepada RM27.90 (naik RM3.00)
  • Pelajar: RM8.50 kepada RM9.50 (naik RM1.00)

Langkah ini telah dilakukan selepas Spotify mengumumkan ia akan menaikkan harga di pasaran-pasaran terpilih seperti Asia Selatan, Timur Tengah, Afrika, Eropah, Amerika Latin dan Asia-Pasifik dalam usahanya meningkatkan keuntungan.

YouTube Premium Menawarkan Muzik Bersama Kelebihan Video Tanpa Iklan

Selain Apple Music dan Spotify, YouTube Premium turut menjadi pilihan alternatif bagi peminat muzik.

Diperkenalkan sejak 2019, YouTube Premium membolehkan pengguna menonton video tanpa gangguan iklan, dipasang di latar belakang, serta memuat turun video untuk tontonan tanpa penggunaan internet.

Menariknya, pelanggan YouTube Premium turut mendapat akses percuma ke YouTube Music, perkhidmatan penstriman muzik yang serupa dengan Spotify dan Apple Music.

Di samping itu, terdapat juga tempoh percubaan percuma selama satu bulan bagi mereka yang belum pernah melanggan.

Berikut ialah kadar bulanan YouTube Premium dan Music terkini:

  • Premium Lite: RM12.90 (tanpa YouTube Music, iklan masih muncul pada Shorts, video muzik dan carian)
  • Premium (Individu): RM20.90 (bebas iklan pada semua kandungan serta YouTube Music)
  • Pelajar: RM12.90 (bebas iklan dan YouTube Music, khusus pelajar dengan pengesahan tahunan)
  • Family: RM41.90 (bebas iklan dan YouTube Music, sehingga 5 ahli tambahan)

Setiap Perkhidmatan Muzik Ada Kelebihan & Kekurangan Tersendiri, Mana Satu Patut Anda Pilih?

Syarikat teknologi gergasi, Apple. (Foto: Investopedia)

Berikut adalah kelebihan serta kelemahan setiap satu platform perkhidmatan penstriman muzik untuk memudahkan anda melakukan keputusan seterusnya:

Apple Music

Kebaikan

  • Menawarkan kualiti lagu yang paling tinggi berbanding aplikasi lain dengan koleksi lagu yang pelbagai.
  • Mempunyai kandungan eksklusif daripada artis.
  • Apple Music Radio dan ciri SharePlay dalam kereta

Kelemahan

  • Mempunyai user interface (UI) yang agak sukar untuk digunakan dan membosankan
Spotify

Kebaikan

  • Menggabungkan muzik, podcast dan audiobook dalam satu aplikasi untuk memudahkan pengguna
  • Ciri Spotify Wrapped yang dikeluarkan pada hujung tahun menjadi kegemaran ramai
  • Boleh menghasilkan playlist lagu bersama kawan menerusi ciri Jam

Kelemahan

  • Paparan UI yang sesak serta mempunyai algoritma berulang dan tidak semua lagu mempunyai lirik
YouTube Premium & Music

Kebaikan

  • Menawarkan katalog muzik yang luas serta mudah digunakan melalui aplikasi YouTube
  • Tiada sebarang iklan dalam YouTube dan YouTube Music
  • Boleh muat turun video dan lagu untuk digunakan tanpa internet

Kelemahan

  • Tiada perbezaan berbanding YouTube percuma.

Baca Artikel Berkaitan: WhatsApp Umum Ciri “Username”, Tak Perlu Dedah Nombor Telefon Lagi | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Apple Naikkan Harga MacBook, iPad Di Malaysia Akibat Harga Cip Memori Melonjak | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd