Penantian 13 Tahun Berakhir, GTA6 Dijual Pada Harga RM339 Untuk Edisi Asas Dan RM419 Untuk Edisi Ultimate
GTA6 akan dilancarkan pada 19 November untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X dan boleh ditempah menerusi PlayStation Store, Microsoft Store.
- GTA6 akan dijual pada harga RM339 untuk Edisi Asas dan RM419 untuk Edisi Ultimate, dengan pelancaran pada 19 November.
- Edisi fizikal GTA6 tidak lagi mengandungi CD, sebaliknya hanya kod muat turun digital sahaja disertakan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Penantian lebih daripada 10 tahun bakal berakhir selepas Rockstar Games akhirnya mendedahkan harga bagi salah satu permainan video paling dinanti tahun ini, iaitu Grand Theft Auto 6 (GTA6).
Edisi asasnya akan dijual pada harga RM339, manakala edisi Ultimate yang dilengkapi dengan pelbagai ganjaran serta bonus berharga RM419.
Pra-tempahannya telah dibuka di seluruh dunia pada Jun 25 lalu.
Edisi Fizikal Tanpa Cakera Padat (CD), Hanya Kod Muat Turun Sahaja

Menurut laporan BBC, salah satu perkara yang paling mengejutkan peminat ialah edisi fizikal GTA6 kerana ia tidak lagi akan mengandungi CD.
Sebaliknya, hanya satu kod untuk memuat turunnya secara digital.
Keputusan tersebut telah menimbulkan banyak persoalan dan ketiadaan CD telah mengecewakan sebahagian peminat lama serta pengumpul tegar.
Dari sudut Rockstar, keputusan itu sebenarnya agak munasabah kerana ia akan mengurangkan amalan jual beli semula permainan video selain membantu mengelakkan kebocoran.
Mod Singleplayer Ketika Pelancaran, Multiplayer Perlu Tunggu
Rockstar turut mengesahkan bahawa GTA6 hanya menawarkan pengalaman pemain tunggal (singleplayer) ketika tempoh pelancaran dan buat masa ini, syarikat itu tidak menyebut sebarang mod permainan dalam talian atau berbilang pemain (multiplayer).
Selain itu, Rockstar turut menggambarkan GTA 6 sebagai “satu pengalaman dalam evolusi siri yang paling besar serta mendalam setakat ini,”.
Tarikh Pra-Tempahan, Pelancaran Dan Ganjaran

GTA6 akan dilancarkan pada 19 November untuk PlayStation 5, PlayStation 5 Pro, Xbox Series X dan Xbox Series S dan pra tempahan boleh dibeli menerusi PlayStation Store, Microsoft Store, Rockstar Games Store dan lain-lain.
Mereka yang membuat pra-tempahan digital boleh mula memuat turun GTA6 pada 12 November termasuklah edisi fizikal juga mula dijual pada tarikh yang sama.
Semua pra-tempahan dan pembelian sebelum 20 November akan menerima ganjaran eksklusif dari Rockstar iaitu Vintage Vice City Pack serta langganan percuma GTA+ selama sebulan.
Latar Belakang Cerita Antara Dua Watak

Berikut adalah sinopsis GTA6 mengisahkan dua watak utama ialah Jason dan Lucia, yang terperangkap dalam satu konspirasi besar di Leonida selepas satu rancangan bertukar menjadi bencana.
Lucia turut mencipta sejarah sebagai watak utama wanita pertama yang boleh digunakan oleh pemain dalam francais ini.
Selain itu, GTA6 merupakan sambungan yang dinanti-nantikan selepas GTA5 pada tahun 2013.
Sehingga hari ini, GTA5 telah terjual hampir 230 juta salinan, menjadikannya antara permainan video paling laris sepanjang masa.
Untuk pengetahuan umum, Rockstar telah mengusahakan GTA6 sejak tahun 2022 dan pernah digodam menyebabkan tarikh pelancaran ditangguhkan beberapa kali sehinggalah ke November 2026.
Baca Artikel Berkaitan: Syarikat Di AS Isytihar Cuti Khas Sempena Pelancaran Permainan Video, GTA 6 | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Omega Seamaster 007 First Light: Jam James Bond Pertama Dari Permainan Video | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.