Apple Naikkan Harga MacBook, iPad Di Malaysia Akibat Harga Cip Memori Melonjak
Syarikat Micron mengutamakan cip AI berbanding bekalan memori menyebabkan harga MacBook, iPad meningkat.
- Apple menaikkan harga MacBook dan iPad di Malaysia akibat lonjakan harga memori yang didorong permintaan pusat data AI.
- Harga DRAM melonjak sehingga 98% pada suku pertama 2026, situasi yang digelar RAMageddon, menjejaskan seluruh industri teknologi.
- iPhone dijangka turut mengalami kenaikan harga menjelang pelancaran September, menurut Pengarah Penyelidikan Kanan IDC, Nabila Popal.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Berita kurang menggembirakan bagi peminat Apple di Malaysia kerana sebahagian besar barisan produk seperti Macbook, iPad kini dinaikkan harga.
Punca utamanya adalah permintaan tinggi terhadap memori bagi pembinaan pusat data kecerdasan buatan (AI) di seluruh dunia yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Lebih membimbangkan, keadaan ini akan memberi kesan kepada harga iPhone yang bakal dikeluarkan sekitar bulan September nanti.
Baca Artikel Berkaitan: iPhone Juga Ada Fungsi ‘Background Sounds’, Tak Perlu Pasang YouTube Untuk Dengar Bunyi Menenangkan | TRP
Harga MacBook Naik, Termasuk Model Neo
Kenaikan harga dapat dilihat di seluruh barisan MacBook termasuk MacBook Air, MacBook Pro dan MacBook Neo melalui laman rasminya.
- MacBook Neo, naik daripada RM2,499 kepada RM2,999.
- MacBook Air 13 inci naik daripada RM4,699 kepada RM5,499.
- MacBook Pro 14 inci daripada RM7,499 kepada RM8,299.
MacBook Pro 16 inci yang dinaik taraf sepenuhnya dengan memori dan simpanan maksimum kini melonjak daripada RM29,899 kepada RM43,499, perbezaan sebanyak RM13,600 bagi satu peranti.
iPad Dan Mac Tidak Terkecuali Dengan Kenaikan Harga
Selain itu, iPad turut terkesan dengan kenaikan harga daripada varian asas sehingga varian Pro.
- iPad A16 versi WIFI naik daripada RM1,599 kepada RM2,049.
- iPad Air 11 inci naik daripada RM2,799 kepada RM3,499.
- iPad Pro 13 inci daripada RM5,799 kepada RM6,499.
Mengapa Satu Komponen Kecil Boleh Menyebabkan Harga Naik?

Random Access Memory (RAM) digunakan dalam hampir semua peranti teknologi moden yang dihasilkan oleh syarikat bernama Micron.
Menurut The Guardian, Micron kini lebih mengutamakan pesanan daripada pembuat cip AI seperti Nvidia menyebabkan bekalan memori untuk menghasilkan komputer dan telefon menjadi terhad, kesannya adalah peningkatan harga.
Harga DRAM, iaitu sejenis memori telah melonjak sehingga 98% pada suku pertama 2026 dan bakal dijangka naik antara 58%-63% pada suku ini sehingga digelar RAMageddon.
Malah, Apple turut mengakui keadaan seperti ini sangat luar biasa.
“Kami tidak pernah melihat kenaikan harga komponen sebanyak ini, dalam tempoh begitu pantas.” kata syarikat gergasi itu dalam laporan The Guardian.
iPhone 18 Mungkin Akan Naik Harga Juga

Buat peminat iPhone, setakat ini kenaikan harga belum menyentuh peranti ini. Namun, ramai menjangka harganya turut naik tidak lama lagi.
“iPhone pun tidak terkecuali, kenaikan harganya akan tiba,” kata Pengarah Penyelidikan Kanan IDC, Nabila Popal.
Menurutnya, langkah Apple mengumumkan kenaikan harga produk lain sebelum pelancaran iPhone musim luruh adalah satu strategi bijak.
Ini kerana tumpuan ketika pelancaran nanti adalah pada model baharu, bukan pada kenaikan harga.
Bagi peminat di Malaysia, anda perlu bersiap sedia untuk menjangka harga lebih tinggi menjelang September nanti.
Selain itu, kenaikan harga ini turut dijangka bakal memberi tekanan kepada jualan peranti sepanjang tahun ini. Contohnya seperti pasaran komputer peribadi (PC) pula dijangka jatuh sebanyak 11.3% kerana kesan krisis memori tersebut.
Ini bermakna bukan Apple sahaja yang terasa, malah seluruh industri teknologi.
Baca Artikel Berkaitan: Apple Dijangka Lancar iPhone Ultra Baharu, Boleh Lipat Dengan Harga Cecah RM8,000 | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Apple Memperkenalkan Siri AI, IOS27 Dan Beberapa Ciri Baharu Di WWDC26 | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.