[Video] Still Guna DSLR Untuk Buat Kandungan? Gen Z Dah Lama ‘Move On’ Pakai Phone Je!
Dengan kamera telefon semakin canggih, ramai pencipta kandungan kini pakai phone je untuk rakam, sunting dan muat naik kandungan dengan cepat.
- Gen Z kini rakam kandungan guna telefon sahaja, tanpa perlu kamera besar, tripod atau peralatan tambahan yang membebankan.
- Xiaomi 17T Pro dilengkapi kamera Leica tiga lensa, rakaman 4K 120FPS dan bateri 7,000mAh sesuai untuk pencipta kandungan.
- Dijual bermula RM2,899, pembeli boleh dapat Redmi Pad 2 percuma semasa tempoh pra-tempah sehingga 11 Jun.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Okay, let’s be real. Cara orang buat kandungan sekarang dah berubah. Kalau dulu nak rakam kandungan kena bawa kamera besar, tripod, gimbal, mikrofon dengan lampu.
Sekarang Gen-Z datang dengan telefon pun dah boleh jalan. Segelintir orang masih percaya peralatan tambahan nampak lebih profesional, tetapi dalam dunia media sosial, kandungan yang menang bukan paling berat tapi setup paling power, spontan dan kena dengan trend.
Sebab itu, telefon yang boleh rakam cantik, suntingan yang lancar dan tahan lama sepanjang hari sudah jadi keperluan. Bukan sekadar untuk scroll, tapi untuk kerja, kandungan, hiburan dan semua benda dalam satu masa.
Di sinilah Xiaomi 17T Pro masuk sebagai daily driver yang memang sesuai.
Kandungan Sekarang Kena Cepat, Bukan Serabut

Dalam dunia media sosial, waktu boleh tentukan sama ada sesuatu kandungan itu masih relevan atau sudah basi.
Nak buat review makanan, cipta kandungan mengulas, interview santai atau video trending, semuanya perlukan peranti yang boleh terus digunakan tanpa setup terlalu lama.
Xiaomi 17T Pro dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 9500, menjadikannya sesuai untuk pengguna yang banyak bertukar antara kamera, aplikasi suntingan, media sosial dan e-mel dalam satu hari.
Ia turut hadir dengan Xiaomi HyperOS 3 untuk pengalaman penggunaan yang lebih kemas dan responsif.
Pendek kata, kalau kerja anda banyak rakam, semak footage, sunting dan upload, telefon ini memang membantu proses itu jadi lebih lancar.
Kamera Leica Untuk Pencipta Kandungan Yang Mahukan Lebih Fleksibiliti

Bahagian paling menarik pada Xiaomi 17T Pro sudah tentu terletak pada sistem kameranya. Telefon ini hadir dengan kamera Leica Summilux 50MP dan sistem tiga kamera yang merangkumi 15mm, 23mm dan 115mm.
Untuk shot kawasan luas atau ruang sempit, lensa 15mm ultra-wide boleh digunakan supaya visual nampak lebih lapang. Sesuai untuk rakaman kedai makan atau suasana lokasi.
Untuk kegunaan harian pula, lensa 23mm wide-angle sesuai untuk merakam makanan, produk, suasana atau momen spontan.
Jika mahu ambil gambar produk atau subjek dari jarak lebih jauh, kamera telefoto 115mm dengan 5x optical zoom dan 10x lossless zoom memberi lebih fleksibiliti untuk bermain dengan framing tanpa perlu terlalu dekat dengan subjek.
Untuk yang selalu buat selfie, POV atau video santai pula, kamera depan 32MP boleh melengkapkan pengalaman mencipta kandungan.
Dalam kata lain, nak buat apa-apa kandungan pun tiada masalah, asalkan ada idea je.
Bila Nak Kandungan Nampak Lagi “On”
Dari segi rakaman video, Xiaomi 17T Pro menyokong rakaman sehingga 4K 120FPS dan 4K 60FPS. Selain itu rakaman video LOG sehingga 4K60FPS untuk pengguna yang mahukan lebih kawalan ketika proses suntingan.
Menariknya, telefon ini turut hadir dengan 4K 60FPS Movie Mode pada lensa telefoto, membolehkan pengguna merakam subjek dari jarak lebih jauh dengan gaya visual yang lebih sinematik.
Jadi kalau dulu nak hasilkan shot yang nampak cantik perlu banyak peralatan tambahan, sekarang sebahagiannya boleh dibuat terus dari Xiaomi 17T Pro.
Fast, Smooth & Bateri Yang Tidak Cepat Mengalah

Xiaomi 17T Pro hadir dengan paparan 6.83 inci, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan sehingga 3,500 nits, menjadikan pengalaman menonton, scrolling dan menyunting kandungan terasa lebih smooth dan jelas.
Telefon ini turut menerima pensijilan TÜV Rheinland Quadruple Eye Care, sesuai untuk mereka yang sering menghadap skrin sepanjang hari.
Dari segi bateri pula, Xiaomi 17T Pro dilengkapi kapasiti 7,000mAh untuk penggunaan harian yang lebih meyakinkan. Ia turut menyokong 100W wired HyperCharge, 50W wireless HyperCharge dan 22.5W reverse wired charging.
Maksudnya, tak adalah baru separuh hari rakam kandungan sudah panik cari charger macam satu ofis bergantung pada satu plug.
Direka Untuk Generasi Yang Suka Mencipta Kandungan

Xiaomi 17T Pro sesuai untuk mereka yang mahukan satu telefon untuk kerja, kandungan dan hiburan harian.
Dengan kamera Leica, cip MediaTek Dimensity 9500, bateri besar dan IP68, ia cukup praktikal untuk mencipta kandungan.
Xiaomi 17T Pro dijual bermula daripada RM2,899. Untuk tempoh pra-tempah sekarang sehingga 11 Jun, pembeli boleh dapatkan Redmi Pad 2 9.7 (4+64GB) bernilai RM 569 secara percuma, sementara stok masih ada.
Pembeli boleh membuat pra-tempahan atau pembelian menerusi Kedai Xiaomi, layari Mi.com, Shopee dan Lazada serta untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Xiaomi.
Saksikan TRP’s Millennial cuba mencipta kandungan Gen Z menggunakan Xiaomi 17T Pro.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.