Now Reading
YouTube Premium Lite Masuk Malaysia Secara Rasmi, Bermula RM12.90/sebulan

YouTube Premium Lite Masuk Malaysia Secara Rasmi, Bermula RM12.90/sebulan

Pelan lebih murah ini menawarkan pengalaman bebas iklan, namun tidak termasuk akses kepada YouTube Music.

YouTube bukan hanya platform untuk menonton video sahaja, ia sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian ramai untuk belajar, mengikuti perkembangan semasa atau mencari hiburan pantas.

Dengan sekitar 2.70 bilion pengguna di seluruh dunia menurut laporan dari Global Media Insights. YouTube kekal sebagai antara platform media sosial terbesar, sebaris dengan Facebook, Instagram.

Dalam masa sama, tabiat menonton video yang semakin kerap membuatkan pengalaman bebas iklan lebih relevan. Atas sebab itu, YouTube Premium Lite kini ditawarkan sebagai pilihan mampu milik untuk pengguna yang tidak semestinya memerlukan pelan Premium penuh.

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Dapat Diskaun Kaw-kaw, Ini Tips Guna E-Wallet Dengan Bijak

YouTube Premium Lite Kini Ditawarkan Di Malaysia

YouTube Premium Lite. (Foto: Variety)

YouTube Premium Lite bermula dengan harga RM12.90 menurusi laman web Google.

Pelan ini membolehkan pengguna menonton semua video termasuk kandungan umum, podcast, vlog, berita dan lain-lain kecuali video muzik.

Selain itu, pelan ini turut menyokong fungsi muat turun video dan sokongan main di latar belakang.

Terdapat 4 Jenis Pelan YouTube Premium, Berikut Adalah Senarai Di Malaysia
Kini ada 4 jenis pelan. (Foto: Android Police)

Buat masa ini, YouTube kini menawarkan 4 jenis pelan di Malaysia. Antaranya:

  • YouTube Premium Lite – RM12.90/bulan
  • YouTube Premium – RM20.90/bulan
  • YouTube Premium Family – RM41.90/bulan
  • YouTube Premium Student – RM12.90/bulan

Untuk melanggan pelan ini boleh dibuat menerusi pelayar web atau melalui aplikasi YouTube.

Perbezaan Antara Premium Lite Dan Premium?
Perbezaan Premium dan Premium Lite. (Foto: Google)

Perbezaan utama di antara dua pelan ini terletak pada jenis kandungan yang bebas iklan.

Untuk Premium Lite, pengalaman tanpa iklan hanya tertumpa pada video bukan dikategorikan sebagai video muzik.

Ini bermaksud jika anda menonton video kategori lain seperti gaming, info, vlog dan sebagainya. Pelan ini sudah mencukupi.

Namun, iklan masih boleh muncul pada kandungan berkaitan muzik, seperti cover lagu, video tarian.

Pelan ini juga tidak disertakan dengan akses penuh kepada YouTube Music.

Siapakah Yang Sesuai Untuk Melanggan Premium Lite?
Melayari YouTube. (Foto: Unsplash)

Pelan ini lebih sesuai untuk pengguna yang menggunakan YouTube sebagai platform video harian, bukan sebagai aplikasi mendengar lagu.

Jika anda jarang dengar lagu di YouTube dan lebih gemar menonton video. Pelan ini sesuai untuk anda.

Tetapi, bagi pengguna yang sering mendengar lagu melalui YouTube dan ingin menonton video tanpa gangguan iklan. Pelan Premium lebih sesuai untuk anda.

Secara ringkasnya, Premium Lite boleh dilihat sebagai pilihan alternatif untuk pengguna yang mahu pengalaman menonton tanpa ganguan iklan tanpa perlu membayar harga penuh.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Laptop VS iPad, Mana Satu Lebih Praktikal Untuk Pelajar Universiti?

Baca Artikel Berkaitan: iPhone Juga Ada Fungsi ‘Background Sounds’, Tak Perlu Pasang YouTube Untuk Dengar Bunyi Menenangkan | TRP

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd