Now Reading
iPhone Juga Ada Fungsi ‘Background Sounds’, Tak Perlu Pasang YouTube Untuk Dengar Bunyi Menenangkan

iPhone Juga Ada Fungsi ‘Background Sounds’, Tak Perlu Pasang YouTube Untuk Dengar Bunyi Menenangkan

Bunyi relaxing seperti alunan ombak dan hujan mampu membuatkan seseorang kekal fokus atau membantu menenangkan diri anda.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramai sebenarnya antara kita memerlukan bunyi latar belakang yang menenangkan untuk kekal fokus ketika melakukan sesuatu tugasan tidak kira golongan pelajar atau para pekerja.

Hal ini kerana bunyi di kawasan sekeliling yang bingit dan bising boleh mengganggu tumpuan seseorang. Bila dah hilang fokus, mulalah fikiran mula membayangkan perkara lain dan bukannya kerja-kerja bertimbun di depan mata.

Oleh disebabkan itu, ramai individu akan membuka YouTube dan memasang bunyi menenangkan seperti ombak, hujan, aliran sungai dan lain-lain yang berdurasi lama sebagai contoh satu, dua atau hingga tiga jam lamanya.

Baca Artikel Berkaitan: Belajar 25 Minit, Rehat 5 Minit. Ini Cara Teknik Pomodoro Bantu Pelajar Kekal Fokus

Baca Artikel Berkaitan: Ramadan 2025: Ini 7 Tips Untuk Murid Fokus Belajar Sepanjang Bulan Puasa

Baca Artikel Berkaitan: Penasihat Kesihatan Mental Sarankan Buat Perkara ini Untuk Tingkatkan ‘Energy Capacity’ Otak [Video]

Fungsi ‘Background Sounds’ Tersedia Pada Peranti iPhone

Namun sebenarnya fungsi ini yang diberi nama Background Sounds sudah tersedia pada telefon pintar, iPhone dengan sistem operasi Apple iOS 15 dan ke atas dan bunyi latar ini boleh dilayari tanpa perlu memasangnya menerusi YouTube lagi.

Antaranya seperti bunyi hujan, alunan ombak di laut, white noise dan lain-lain.

Baca Artikel Berkaitan: Sudah Boleh Dikemaskini, Ini Antara Ciri Baharu Yang Ada Pada iOS 15

Bukan sahaja bermanfaat untuk mereka yang mahu kekal fokus, malah Background Sounds ini juga membantu individu yang mahu berehat, tenangkan diri atau tidur dengan nyenyak.

Foto: Janaan AI

3 Cara Untuk Guna & Aktifkan Background Sounds Pada iPhone

Ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk menggunakan Background Sounds ini pada iPhone masing-masing. Antaranya:

#1 Menerusi Fungsi Settings

  • Klik mengikut urutan berikut; Settings Accessibility Audio/Visual (pada bahagian Hearing) → Background Sounds.
  • Kemudian anda boleh memilih bunyi latar mengikut pilihan masing-masing. Antaranya: Rain, Bright Noise, Dark Noise, Stream, Rain on Roof, Fire, Quiet Night dan lain-lain.
  • Tetapkan volume bunyi mengikut keselesaan.
  • Anda juga boleh menetapkan pemasa (timer) untuk durasi bunyi dimainkan.

#2 Akses Menerusi Control Centre

  • Buka Control Centre iaitu slide skrin dari bahagian atas kanan ke bawah.
  • Tekan ikon + di bahagian atas sebelah kiri.
  • Kemudian klik ikon Hearing (gambar telinga).
  • Anda boleh aktifkan Background Sounds tanpa perlu pergi ke Settings.

#3 Gunakan Shortcut

  • Klik mengikut urutan berikut; SettingsAccessibility Shortcut
  • Kemudian tekan klik pada Background Sounds
  • Anda akan lihat ikon ✓ berwarna biru menyala pada sebelah kiri perkataan Background Sounds
  • Triple-click (klik tiga kali) butang sebelah kanan untuk aktifkan dan nyahaktifkannya (on & off).

Apa Lagi Anda Perlu Tahu Tentang Background Sounds?

Untuk info, fungsi Background Sounds ini bukan sahaja tersedia buat pengguna iPhone, malah ada juga pada iPad dan juga MacBook.

Lebih menarik lagi Background Sounds ini boleh diaktifkan sewaktu audio media lain turut dipasang. Bagaimanapun bunyi itu akan berhenti secara automatik sekiranya peranti dikunci (locked).

Jika mahukan bunyi yang lebih jelas, anda disarankan untuk mendengar Background Sounds menggunakan fon telinga (earphone), fon kepala (headphone) dan sebagainya.

View on Threads

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd