TNG eWallet Hentikan Debit Auto Reload & Quick Payment Bermula 13 Mei Ini
Perubahan ini dijangka memberi kesan kepada pengguna yang bergantung pada fungsi tambah nilai automatik dalam TNG eWallet.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bermula 13 Mei 2026, TNG Digital akan menghentikan fungsi Auto Reload dan Quick Payment menggunakan kad debit dalam aplikasi dompet digital, TNG eWallet menerusi pengumuman baru-baru ini.
Perubahan ini memberi kesan kepada beberapa pengguna yang bergantung pada ciri ini untuk menambah nilai secara automatik atau melakukan sembarang pembayaran tanpa gangguan.
Namun, bagi pengguna yang menggunakan kad kredit, fungsi ini masih boleh digunakan seperti biasa.
Fungsi Kad Debit Auto Reload Digantung Selepas Semakan Prestasi Transaksi

Menurut kenyataan rasmi pihak TNG Digital, “Melalui semakan ini, kami membuat keputusan untuk menghentikan sokongan untuk ciri ini untuk kad debit bermula 13 Mei 2026. Ini bagi memastikan sebarang pembayaran boleh dipercayai.”
Walau bagaimanapun, pengguna boleh terus muat semula eWallet menggunakan kaedah pembayaran lain yang tersedia dalam aplikasi. Seperti, DuitNow Transfer dan tambah nilai kad debit secara manual, kad kredit dan PIN tambah nilai.
Apa Maknanya Untuk Pengguna?
Untuk pengguna yang sebelum ini bergantung pada fungsi Auto Reload menggunakan kad debit. Perubahan ini mungkin sedikit sebanyak mengubah cara anda menggunakannya.
Kini anda perlu:
- Menambah nilai duit secara manual
- Menggunakan DuitNow Transfer dari aplikasi dompet digital yang lain
- Tukar ke kad kredit untuk meneruskan penggunaan Auto Reload
Caj Tambahan Sebanyak 1% Untuk Penggunaan Kad Kredit

Dalam masa sama, perlu diingatkan bahawa jika anda ingin menukar ke kad kredit untuk meneruskan pengguna Auto Reload, anda bakal dikenakan caj sebanyak 1% dari jumlah tambah nilai. Sebagai contoh, tambah nilai RM100 akan dikenakan caj sebanyak RM102.
Bagi kad yang dikeluarkan oleh bank luar negara pula, caj yang dikenakan adalah lebih tinggi berbanding bank tempatan. Sebanyak 2.6% akan dicaj daripada jumlah tambah nilai.
Untuk mengelak daripada dikenakan sebarang caj, anda boleh menggunakan beberapa kaedah lain seperti:
- Menggunakan DuitNow Transfer
- Menggunakan Reload PIN yang dikreditkan ke dalam Non-Transferable Balance
- Menggunakan kad debit atau prepaid tempatan
Reaksi Netizen Terhadap Pengumuman TNG Digital
Menerusi laman web Reddit, beberapa pengguna meluahkan pandangan terhadap perubahan ini.
Sebahagian melihat langkah ini wajar dilakukan. Ini kerana fungsi Auto Reload mempunyai risiko dari sudut keselamatan.

Selain itu, terdapat juga pendapat mempersoalkan keperlukan fungsi tersebut dengan sebahagian pengguna merasakan DuitNow sudah mencukupi untuk tujuan tambah nilai tanpa perlu bergantung pada Auto Reload.

Secara keseluruhan, segilintir pengguna kecewa dengan perubahan ini kerana merasakan proses yang mudah telah bertukar menjadi sukar.
Baca Artikel Berkaitan: Kad Touch ‘n Go Hilang? Ini Cara Dapatkan ‘Refund’ Baki Wang Dalam Kad Anda | TRP
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Perasan Kad TNG Kurang Baki? Ini Cara Untuk Lepas Tol Tanpa Perlu Tambah Nilai Saat Akhir | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Touch ‘n Go Tampil Dengan RFID Tag Oyen Bikin Ramai Tak Keruan! | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



